Mesyuarat Agung Majlis Belia Malaysia 2013

Assalammualaikum wbt
Semoga anda semua dalam keadaan sihat-sihat.
Sibuk sungguh minggu ini. Minggu ini sahaja saya menghadiri Mesyuarat Pandu Puteri Peringkat Negeri, Mesyuarat Pandu Puteri Peringkat Daerah dan Mesyuarat Majlis Belia Selangor.
Minggu ini juga saya sibuk mencari sukarelawan yang terdiri daripada ahli Pandu Puteri Selangor untuk ke Program My Beautiful Malaysia Kesukarelawan yang akan dijalankan pada Ahad ini.
Terasa tanggungjawab semakin bertambah.


Hari ini merupakan hari terakhir saya menjadi Setiausaha PIBG. 
Saya merupakan wakil Pandu Puteri Selangor ke Majlis Belia Selangor.
Menjadi orang tengah antara Persatuan Pandu Puteri dan Majlis Belia.
Saya perlu menghadiri mesyuarat serta aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Belia Selangor.
Bagi saya semua peluang ini perlu digunakan sebaik mungkin.
Bagi saya, inilah masanya saya perlu menimba sebanyak mana ilmu untuk digunakan pada masa akan datang.
Jika sebelum ini, tanggungjawab tertumpu kepada sekolah, insyaAllah pada tahun ini matlamat saya lebih jauh.


Pada 18 hingga 20 januari yang lalu, saya bersama 9 orang Pandu Puteri yang lain telah dihantar untuk menjadi Pewakilan Pandu Puteri Malaysia ke Mesyuarat Agung Majlis Belia Malaysia dan diketuai oleh Nurnuha di Hotel Summit USJ.



Buat pertama kalinya saya menghadiri Mesyuarat Agung untuk majlis yang besar.
Di sinilah saya mula memahami fungsi saya sebagai wakil Pandu Puteri. Berkongsi pelbagai pendapat dengan  Majlis Gabungan yang lain.



Paling seronok dapat jumpa Nuha yang merupakan peserta bagi 10th Asia Pacific Regional Conference di Maldives pada tiga tahun yang lepas. Saya berharap dapat berjodoh lagi dengan si Pandu Puteri Raja ini kelak yang juga merupakan Ketua Pewakilan Pandu Puteri Malaysia.




Saya masih dalam kategori belia sehinggalah umur saya mencecah 40 tahun. Jadi masih jauh lagi untuk keluar dari istilah belia. XD
Sangat penat untuk menaip...........layan gambar jelah yer....
Gambarkan mampu menceritakan segala-galanya.
=)




0 comments:

Post a Comment


up