.:Proses Buku:.

Assalammualaikum wbt,
Semoga hari anda-anda yang membaca sentiasa dilimpahi rezeki yanng meluah-luah oleh Allah swt.

Alhamdulillah hari ini tiada apa-apa perkara negatif berlaku.
Saya tiba di sekolah pada pukul 6.45 pagi, menyemak pigeon hole dan terus ke Pusat Sumber.
Untuk ke Pusat Sumber, saya perlu membuka 1 mangga kunci. Sedang membuka, tiba-tiba mangga tersebut terjatuh bersama-sama kunci saya dan rantai mangga.
Addooooiiii...patah kunci saya...separuh kunci kat dalam mangga.
Lantaklah..ermm.

Setibanya di Pusat Sumber saya terus membuat rekod buku baru di dalam Rekod Perolehan Buku. terdapat 66 buah buku PTS yang tiba dua hari sebelum cuti sekolah.
7.30 pagi ke Perhimpunan dan selesai perhimpunan saya menyambung kembali kerja saya.
Hari ini, tiada seorang pengawas PSS pun datang bertugas. Maka, dengan emosi yang sangat baik saya menyapu PSS, menyusun buku dan membuang habuk di setiap rak. Laju jugalah saya buat.hahaaha...dah buat sorang-sorang katakan...

66 buku sudah siap direkod.
Berikut merupakan proses bagi buku baru:

1. Merekod buku di dalam Rekod Perolehan Buku
2. Membuat Slip Kerja
3. Meletakkan Pelekat Nombor Perolehan pada Tetulang Buku
4. Cop Hak Milik PSS SMKKJ
5. Melekatkan Slip Peminjaman Buku
6. Membalut Buku
7. Automasi Buku

Proses 1-5 telah siap dilakukan pada hari ini dengan bantuan pengawas yang bertugas pada sesi petang dan volunteer iaitu Izzati, Syaza, Syukrin, Zan dan Irzuan.
"Terima kasih sangat kat korang membantu saya pada hari ini"

Hanya tinggal separuh lagi buku yang belum berbalut dan proses 7 insyaAllah akan dilakukan pada hari besok oleh Pengawas PSS. Kebanyakkan Pengawas PSS berebut-rebut mahu melakukan Proses 7. Entah aper-aper tah. Mungkin disebabkan ia melibatkan komputer, maka proses 7 menjadi rebutan.

Saya sedar saya menggunakan ayat-ayat yang sangat skema dalam blog saya. Bukannya apa, saya rasa sangat bersalah jika menggunakan ayat singkat atau mencampurkan BM dan BI kerana pada pendapat saya ianya seperti melacurkan bahasa. Bahasa Jiwa Bangsa. Maka, gunakanlah bahasa dengan sebaik-baiknya.

Sekian sahaja dari saya.


up