Maxicard Tarian Tradisional






Poskad Sanrio Hello Kitty Town, Puteri Harbour

Sempena cuti sekolah bagi Tahun Baru Cina ni, saya nak kongsi poskad yang diberikan oleh Kakak Ipar saya.

Poskad ini diperolehi apabila membayar masuk ke Sanrio Hello Kitty Town, Puteri Harbour, Johor.

Tiket masuk RM65 dan hanya sesuai untuk kanak-kanak sahaja.

Poskad ini merupakan tiket masuk bagi setiap aktiviti. Comel =D 

Inilah poskadnya:



Bolehlah guna buat hantar kepada kawan. 
=)

Poskad Keretapi-Keretapi di Sabah

Assalammualaikum wbt,
Pada tahun akhir 2015, Pos Malaysia mengeluarkan Setem Keretapi-Keretapi di Sabah yang amat cantik.

Oleh itu, rakan-rakan Malaysian Postcrosser yang menetap di Sabah telah mencetak poskad bagi digunakan bersama-sama dengan setem keluaran Pos Malaysia.

Cikgu Dale dari Kota Kinabalu telah mencetak poskad yang memaparkan Vulcan Steam Locomotive di North Borneo Railway dan sama seperti miniature RM5.


Jesse pula mencetak Diesel Multiple Unit Train yang terletak di Beaufort Train Station, Sabah.
Poskad ini sama seperti setem 70 sen.


Anny May dari Tenom turut mencetak poskad Hitachi Diesel Hydraulic Locomotive yang berada di Tenom Railway Station, Sabah.
Poskad ini sama seperti setem 60 sen.


Paling menggembirakan apabila Anny May turut menghantar sekeping poskad berserta tiket keretapi tersebut di belakang poskad. Memandangkan tiada postmark hari pertama, Anny telah mendapatkan postmark Tenom yang jelas serta cop Stesen Tenom.
Terima kasih Anny.


Saya turut mendapat maxicard dari Mimie Jimmy dari Putatan Sabah.
(Atas kelalaian sendiri, lupa letak mana)

Pada hari keluaran setem tersebut, saya tidak dapat ke Pejabat Pos dek kerana komitmen lain di Sekinchan.

Saya bertuah kerana terdapat rakan-rakan Malaysian Postcrosser yang sudi membantu membelikan setem keluaran Pos Malaysia. 

Keretapi mempunyai ramai peminat. Saya juga salah seorang peminat keretapi dan menggumpul setem serta poskad yang berkaitan dengan keretapi.
Tak rugi beli setem keretapi banyak-banyak sebab memang keluaran kali ini sangat cantik.

Tahniah Pos Malaysia.


Poskad Airwells: Elemental Spaces

Georgetown World Heritage Inc (GWHO) merupakan agensi negeri yang dilantik untuk mengekalkan  warisan di Georgetown. Agensi ini berusaha untuk memelihara landskap sejarah di bandar bersejarah, Georgetown

Atas sebab itu, GTWHI telah mengeluarkan poskad-poskad yang memaparkan kehidupan masyarakat dalam ruang bangunan bersejarah di Georgetown.


Semua poskad ini dilukis oleh pelukis bertangan kidal, Lefty Julian

 1 set terdapat 7 keping poskad.
Saiz pula ialah 15 x 10 cm









Belakang poskad:


Set ini dibelikan oleh rakan Malaysian Postcrosser dengan harga RM7.50 (tak silap saya) di GTWHI Penang.
Saya pernah lihat set ini dijual dengan harga RM11.90 di Kinokinuya, KLCC.

Sekian.


up