Bercuti di Pulau Jerejak

Assalammualaikum wbt
Pada Cuti Hari Malaysia yang lalu, saya dan En Suami ke Pulau Jerejak bagi menikmati cuti bersama.
kami telah membeli kupon semalam ini pada MATTA Fair bulan 3 yang lepas dan hampir terlupa akan kewujudan kupon ini. Atas keprihatinan En. Suami, Alhamdulillah kami berpeluang ke Pulau Penjara ini.
Kami beli pada harga RM80 untuk semalam dan ianya amat berbaloi.
Kami bertolak dari Kuala Lumpur dan melalui Jambatan Pertama Pulau Pinang dan seterusnya menuju ke Bayan Lepas.


Terdapat papan tanda Pulau Jerejak selepas Jambatan Pertama tetapi hilang begitu sahaja.


Menujulah ke Queenbay Mall tapi selepas melihat tanda di bawah ini, masuk dan di sinilah Jeti ke Pulau Jerejak. 


Terdapat jadual bagi menaiki bot ke Pulau Jerejak.
Saya nasihat anda supaya tidak terpengaruh dengan laman sesawang mana-mana tentang jadual perjalanan bot tersebut. Berhubunglah terus dengan pihak Resort bagi jadual yang terkini. 
Kerana akibat percaya dengan laman seswang blogger lain, saya terpaksa menunggu 2 jam lamanya untuk bot seterusnya. Kos menaiki bot ialah percuma. Pergi dan balik.



Kami menginap di blok Samudera. Tentang makanan, harga RM80 untuk tidur je, jadi makanan kami dah siap bawa kerana seadanya kami maklum dengan harga resort yang kemungkinan besar mahal harganya.


Besok pagi kami bersiap untuk menikmati swimming pool yang besar.
Seakan-akan kami yang punya kerana tiada sesiapa pun!
Pelik juga kerana bagi saya semuanya ok di sini entah mengapa tiada orang yang mahu datang ke sini?
Kalau ada lagi promosi RM80 memang saya akan beli lagi.



Sejam bermandian, kami mengambil keputusan untuk menyelusuri Prison Trail dengan berjalan kaki.
Sudah lama tidak berjalan jauh dengan En Suami.
Kalau anda mahu melihat bekas hospital, perlu menyelusuri Balqis Trail.
Kami kesuntukan masa, jadi Prison Trail merupakan pilihan kami.


Saya menasihati anda supaya memakai baju berlengan panjang, berseluar panjang serta kasut yang tertutup.
Terdapat banyak nyamuk, tebuan, tumbuhan menjalar, pokok semalu dan seangkatan dengannya.
kalau boleh bawa bekas besi yang mengandungi lingkaran nyamuk yang berasap-asap, itu lebih baik!
Hahhahahahahhaha.....



Kami mengambil masa 1 jam untuk sampai ke tapak penjara. Berhenti-henti di pantai, duduk-duduk, lepak-lepak. Itulah sejam perjalanan kami.
Sepanjang perjalanan, anda dapat melihat pelbagai bangunan yang ditinggalkan.
Saya pun tidak pasti adakah ianya bangunan sejak zaman dahulu ataupun 10 tahun punya.
Terdapat nilai angker tetapi disebabkan ianya berdekatan dengan persisir pantai, gagahkan juga.





Anda tidak akan bosan sepanjang perjalanan kerana terdapat banyak kapal terbang yang melalui ruang udara. Siap boleh main teka-teka dengan En.Suami syarikat kapal terbang yang sedang melalui pulau ini,


Berjalanlah sehingga anda melihat jeti lama dan di situlah Penjara Jerejak terletak.



Ini pula dikatakan Penjara Jerejak.
Tiada sebarang direktori, jadi pandai-pandailah agak dengan terteranya tahun di bangunan tersebut.

Sebelum Francis Light tiba di Pulau Pinang, beliau tiba di Pulau Jerejak terlebih dahulu. pada 1910, pulau ini dijadikan pusat kuarantin kesihatan bagi imigran. Para imigran akan disahkan kesihatannya sebelum dihantar ke Pulau Pinang.
Pada 1930 pula, pulau ini dijadikan tempat bagi pesakit yang mengidap penyakit Tuberculosis.
Seterusnya Pulau Jerejak dikenali sebagai Alcatraz Malaysia kerana pada tahun 1969 sebuah penjara keselematan tertinggi dibina.



Dikesempatan ini, kamipun mengambil gambar kenangan di jeti lama Pulau Jerejak.
Dari sini anda boleh melihat Jambatan Pertama Pulau Pinang dengan jelas.



 Kami berjalan pulang dengan durasi 30 minit. 
Seterusnya kami menunggu bot untuk ke Pulau Pinang.


Brunei Darussalam: Hari 1


Alhamdulillah
 Pada 12-15 September 2014, saya berpeluang menyertai Program Perkongsian Pintar dan Lawatan Sambil Belajar Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Brunei dan Brunei Darussalam.

 Ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki pesawat Royal Brunei.
 Emak sangat risau dengan kenderaan udara memandangkan siri kemalangan yang terjadi sebelum ini.
 Kekalutan jiwa ditenangkan dengan bacaan doa sebelum berlepas.
 Royal Brunei merupakan satu daripada dua syarikat penerbangan di dunia yang membaca doa sebelum berlepas.
 Tiket penerbangan telah ditempah 3 minggu sebelum tarikh jadual.
 Dengan harga RM507 bagi return tiket, saya anggap ianya sangat munasabah dengan makanan yang dihidangkan, layanan yang baik dan paling penting usaha untuk mendapatkan redha Allah seperti bacaan doa, penunjuk arah kiblat serta pakaian pramugari yang bertudung




 Perjalanan dari KLIA ke Brunei International Airport mengambil masa sekitar 2 jam 15 minit.Setibanya di balai  ketibaan, azan asar usai kedengaran. Semua muslim berhenti menadah tangan dan membaca doa.
 Kami di bawa ke Times Hotel yang terletak di Anggerik Desa, 5 minit dari Airport.



Satu bilik 3 orang. Walaupun sedikit sempit untuk kami, saya tetap berpuas hati dengan ruangnya. =)

Rehat sebentar untuk solat.
Hari besok akan bermulanya program kami.











up