Flag of the World Series: Malaysia




[Coming Soon] Masjid Al Hussain, Kuala Perlis, Perlis


148 mm x 105 mm
260 gsm Matte Laminated

4th Malaysia Postcrossing Meet Up







Poskad Tujuh Keajaiban Flora & Fauna Malaysia

Salam,
Pada 23 Ogos 2016 yang lalu, Pos Malaysia telah melancarkan setem 7 Keajaiban Flora dan Fauna di Malaysia.
Kali ini set poskad boleh didapati dengan harga RM7.40 bagi 7 keping poskad.

Syukur, poskad kali ini bersaiz 14.8 x 10.5 cm iaitu standard antarabangsa.
Kualiti Glossy Laminated One Side.

Setem dan poskad kali ini adalah dengan kerjasama Zoo Negara, Universiti Malaya dan Crystal.







Saya membeli poskad ini di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur dan dimaklumkan hanya di sini sahaja poskad ini boleh dibeli pada 23.08.2016.

Set ini dijual dalam kotak berikut

Postmark 23.08.2016 yang comel :


Saya juga sempat membuat beberapa set maxicard.

Poskad kali ini memang cantik.
Semoga Pos Malaysia akan mencetak banyak lagi poskad pada masa akan datang



Poskad Untuk di Jual: Lighthouse Tanjung Chali, Kedah

Lighthouse Tanjung Chali, Alor Setar, Kedah

148 x 105 mm
250 gsm Matte Laminated
Matte one side
Coloured both sides
90 sen 



[Poskad untuk dijual] Postcard by Chako. No.9 Flower

Poskad Double U Design

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera
Ramadhan Kareem
Baru-baru ini, saya membeli poskad di FB yang memaparkan sekitar Ipoh, Perak.
Poskad-poskad ini dicetak oleh Wincy.
Poskad-poskad ini bersaiz
17 x 10.8 cm


The buildings in Concubine Lane were constructed in 1908

The Ipoh railway sttion was opened in 1917, designed by Athur Benison Hubback

The Ipoh town hal was compeleted in 1916 by Arthur Benison Hubback 

'Art of OLDTOWN' wall mural - An Old Uncle Drinking Coffee


Untuk yang berminat, boleh hubungi Wincy dengan menghantar email kepada:
doubledesign15@gmail.com

Unofficial Greetings from

Ramadan Kareem
Poskad Greetings from telah menjadi kegilaan segelintir pengumpul poskad.

Oleh itu, berinspirasikan poskad Greetings from, ramai juga postcrosser yang telah mencetak sendiri poskad greeting from dengan pelbagai tema.

Salah seorang yang telah menghasilkan poskad berinspirasikan poskad Greetings from dari Malaysia ialah Natasha.
Sehingga hari ini, beliau telah menghasilkan 3 poskad: Greeting from KL Bird Park, Putrajaya dan terkini Penang Hill.



Kualiti poskad ialah Art Card, tebal jika tidak silap saya 210gsm.


Saiz poskad KL Bird Park dan Putrajaya ialah 9.6 x 14.5 cm manakala Penang Hill pula 10.8 x 17 cm.

Harga RM1.20 sekeping

Untuk sesiapa yang berminat boleh hubungi Natasha melalui
 email: natputri89@gmail.com
Instagram: scha_eyong 

Selamat berbuka 

Sultan & Sultanah of Terengganu

Sultan

Sultanah


Poskad Shaped Postbox oleh Pos Malaysia

Assalammualaikuk wbt dan salam sejahtera.
Mungkin ramai yang tidak sedar akan kewujudan Kelab Setem dan Filateli (KESEF) di sekolah-sekolah.
Sejak tahun tahun, Pos Malaysia akan mengeluarkan poskad bagi pertandingan antara KESEF.
Pada tahun ini, Pos Malaysia telah mengeluarkan 2 shaped postbox yang comel dan hanya boleh dibeli melalui KESEF sekolah tertentu.

Sumber: Pos Malaysia

Poskad ini dijual dalam set 2 poskad dan 2 keping setemku KESEF bernilai 30c sehelai.




Poskad ini mendapat sambutan dikalangan postcrosser kerana terdapat beberapa negara lain seperti Japan, Taiwan dan Indonesia telah lebih awal mempunyai shaped postbox.
Saya juga pengumpul shaped postbox tetapi  mendapatkannya bukan mudah.

Ta ta.

Poskad Elephant Sanctuary Kuala Gandah

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Semalam,  14 Mei 2016, saya mengikuti rombongan sekolah ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang.

Pusat ini merupakan tempat di mana gajah-gajah yang diselamatkan ditempatkan dan dirawat. Apa yang mereka lakukan sangat mengagumkan. Gajah-gajah juga dilihat sangat sihat dan gembira dengan aktiviti yang dilakukan.

Apabila tiba di sana, saya segera ke kaunter pertanyaan dan staf memaklumkan kemungkinan poskad boleh didapati di kedai cenderahati.
Namun kedai tersebut telah dikosongkan.

Usai solat zohor di surau, saya singgah di Cafe Jumbo untuk membeli ais krim dek kerana kepanasan sementara menunggu rakan lain menunaikan solat.

Terkejut dan gembira apabila terlihat rak poskad yang sedikit tersorok di belakang peti ais krim. 

Terdapat 8 keping poskad dalam bungkusan ini.
Poskad ini dijual dengan harga RM15.
Saiz poskad ialah standard antarabangsa

7 keping poskad memaparkan gajah yang sedang mandi di sungai dalam Pusat ini manakala 1 lagi poskad gajah di atas trak.

Kualiti poskad sangat cantik dan gambar poskad di ambil oleh Gary Quah.

1 set








Untuk yang berminat mungkin anda boleh hantarkan email kepada 
quahkkj17@gmail.com

Poskad Mersing, Johor


Assalammualaikum wbt dan Salam sejahtera,
Poskad Johor memang boleh dikatakan 'rare'
Postcrosser dari Johor juga 'rare' 
Hahahaha...
Oleh itu, salah seorang Malaysia Postcrosser, Tiko Ong telah mengambil gambar Mersinh dan mencetak ke poskad.
Poskad ini bukanlah standard size.
16.5 x 10.9 cm



Untuk yang berminat, boleh hubungi Tiko Ong melalui email:
theoriginalmarket@yahoo.com

Poskad dari Gempak Starz 2015

Assalammualaikum wbt
Ini bukan kai pertama Majalah Gempak mengeluarkan poskad.
Poskad ini diperoleh semasa Pesta Buku 2015 di PWTC KL.
Dengan sebarang pembeian komik, pembeli boleh mengambil poskad ini secara percuma.

Poskad ini sangat besar dengan ukuran 19 x 13 cm
Apa yang paling saya suka hampir semua karakter dalam majalah gempak disumbat dalam poskad ini



Harap tahun tahun mendatang Gempak akan menghasilkan poskad lagi

Poskad Untuk Dijual: Masjid Alwi, Kangar, Perlis


148 mm x 105 mm
Matte Laminated
RM1


Untuk yang berminat boleh email kepada
honeysha85@gmail.com

2016 Malaysia Foliage and Blooms by Tourism Malaysia

Assalammualaikum w.b.t
Peminat poskad di Malaysia sangat bertuah kerana pada setiap tahun Kemenenterian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mencetak poskad untuk digunakan bagi mempromosikan Malaysia.

Tidak seperti tahun-tahun yang sudah, TM (Tourism Malaysia)  mencetak tema tempat-tempat pelancongan menarik di Malaysia, kali ini bunga dipilih sebagai tema bagi 2016.

Pada tahun ini, TM mengeluarkan poskad bertema bunga: Foliage dan Blooms.


Terdapat 2 set buku poskad yang boleh diperolehi secara percuma di Pusat Informasi TM di seluruh Malaysia. 
Set 1: Foliage dan Set 2: Blooms.
Setiap set terdiri daripada 5 keping poskad yang warnanya agak menarik dan berkilat.

Foliage :






Blooms:






Kesimpulannya, poskad kali ini memang cun!
Tahniah TM 



up