Main dengan Buku


Proses Buku baru.
Ermm....banyak sangat kerja.
Alhamdulillah Pengawas pusat Sumber hari ini rajin.
Hampir semua buku telah siap Slip Kerja Buku.
Slip kerja Buku ialah data buku yang direkodkan dalam kertas sebelum direkodkan ke dalam komputer.
Dengan bantuan 4 orang penawas, siap semua slip kerja untuk 162 buah buku PTS Publications.
Terima kasih ditujukan kepada:
1. Sharifah Fatimah
2. Syazwani
3. Wee Vee
4. Syamimi


Sedang membuat kerja, kami pun bermain dengan buku-buku. Kebetulan terdapat sebuah buku yang berjudul FATIMAH FATTY, sesuai sangat dengan Fatimah!

Dia ialah Fatimah Fatty

Putera Impian adalah seorang perempuan?

Semasa saya ke kelas, sempatlah pengawas-pengawas bermain dengan kamera yang dibawa. ini merupakan hasilnya:

Comelkan aksi budak atas ni?

Hahahhaa...seronok hari ini!

Kucing

Assalammualaikum w.b.t
Pada dua hari yang lepas, saya dan suami telah menjumpai 2 ekor anak kucing yang masih kecil di kawasan tong sampah di kawasan rumah kami.
Jadi kami tidak sampai hati dan terus mengambil kucing tersebut dan membawanya ke rumah kerana masih kecil.
Tiba di rumah saya terus memberinya makan dan sesudah itu, memandikannya. Banyak kutu yang telah jatuh hasil dari ubat dalam syampu mandian kucing.
Usai mandi, kami keringkan badannya.
Jadi kami mengambil keputusan untuk membelanya sehingga ia dikasi dan cukup besar untuk berdikari mencari makanan sendiri (itupun kalau sampai hati lepaskan). Inilah kucing yang baru diambil maka, jumlah keseluruham kucing di rumah pada masa sekarang ialah 8 ekor!


Hari ini, saya telah memerhatikan kekejaman sebuah kereta Toyota Wish berwarna putih di kawasan rumah saya dengan selambanya melanggar seekor kucing yang sedang melintas. Bayangkan menggelabah kucing tersebut dan kakinya terkena tayar kereta tersebut.
Apalah salahnya berhenti seketika dan biarkan kucing habis melintas. Kucing bukannya mempunyai akal fikiran. Sedangkan manusia pun yang dikurniakan akal fikiranpun tidak tahu cara melintas dengan baik, inikan pula kucing yang hanyalah makhluk kecil.
Saya dan suami terus berhenti memeriksan sama ada terdapat kecederaan pada kucing tersebut. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan dan saya terus memberikan sedikit makanan kucing yang memang dibawa dan diletakkan di dalam kereta. Kebetulan saya memang baru pulang dari membeli ikan kucing, saya pun memberikan seekor ikan kepadanya.

Seminggu sekali saya dan suami akan membeli ikan untuk kucing kami. Selain makanan kering, Iams, kami akan merebus ikan dan digaulkan dengan nasi. Kucingpun bosan juga sentiasa makan Iams sahaja. Sesekali perlu memberikan ikan, makanan dalam tin sepeti Avoderm, Whiskas dan Frieskis.

Ikan dibeli di sebuah kedai yang terletak di Taman Melati. Sebut sahaja mahu beli ikan untuk kucing, pekerja kedai tersebut akan memberikan seplastik besar ikan dan menjualnya dengan harga yang sangat murah. Ikan yang tidak habis dijual semalam akan disimpan dan dibuang setelah beberapa hari tiada yang mahu membelinya. Kiranya ikan yang dibeli merupakan ikan yang mahu dibuang tetapi masih dalam keadaan yang baik. Ikan kembung yang amat banyak dengan harga RM5 sahaja. Murahkan? Gambar di atas inipun separuh daripada ikan yang telah dimasukkan dalam periuk untuk direbus.
Seronoklah semua kucing kami dapat makan ikan malam ni.
Terima kasih Allah s.w.t atas rezeki ini

Kerja & Tuesday With Morrie

Assalammualaikum w.b.t
Hari ini saya terasa sejuk dan sangat tengang membuat kerja.
Mungkin sebab puasa atau sebab seseorang itu tiada.
Hahahahhahaha~~~

Hari ini saya melengkapkan Fail Pentaksir Sains. Lega rasanya segala-galanya telah lengkap.
Saya menyambung kerja merekod buku-buku PTS yang telah lama sampai sejak 2 minggu sebelum cuti sekolah yang lalu. ramai pelajar telah mendesak supaya proses buku dipercepatkan kerana buku PTS sememangnya buku pilihan ramai pelajar.


Jadi saya gagahkan diri merekod satu persatu 162 buah buku PTS tersebut. Masih tidak lengkap merekod. Terima kasih kepada Kong Yng Yng yang membantu merekod harga buku dalam Rekod Perolehan Buku. Besok saya masih perlu menyambung merekod buku-buku tersebut.

Sesekali memerhatikan pelajar petang yang datang awal ke sekolah rajin memasuki Pusat Sumber membuatkan hati ini sejuk.

Penat merekod, saya menenangkan fikiran saya dengan membaca sebuah buku terbitan PTS yang juga International Best Seller yang diterjemahkan ke Bahasa Melayu iaitu buku Tuesday With Morrie. Buku ini menceritakan keakraban antara Mitch Abom dengan seorang bekas pensyarah sosiologinya yang bernama Morrie Schwartz dan sedang menunggu hari kematiaanya disebabkan penyakit ALS (amyotrophic lateral sclerosis) iaitu sejenis penyakit saraf.
Keakraban antara sang murid dan sang gurunya telah menjadi sebuah kuliah bagi menghasilkan sebuah 'tesis terakhir' tentang cara bagaimana menjalani hidup sebaik-baiknya.
Saya asyik membaca sehingga meneruskan pembacaan semasa mesyuarat Aset selepas tamat waktu persekolahan sesi pagi.


Saya masih belum menamatkan pembacaan. InsyaAllah saya akan menulis refleksi buku ini!

Kemaskini Fail

Assalammualaikum wbt,
Pada 20 Jun ini pentaksir kawasan bagi mentaksir PEKA akan datang ke sekolah.
Sibuklah guru-guru Sains untuk menyiapkan eksperimen yang perlu dibuat. Lebih-lebih lagi guru Tingkatan 5 dan Tingakatan 3.
Termasuklah saya yang masih tidak lengkap melaksanakan 1 lagi eksperimen bagi pelajar Sains Tingakatan 5.
Apa pun, saya akan cuba menyempurnakan setiap tuagas sebaik mungkin.
Alhamdulillah Fail pentaksir bagi Fizik telah siap sepenuhnya.
Hanya tinggal Fail Pentaksir bagi Sains sahaja.

Kemudian pada bulan Julai pula, Nazir akan datang kesekolah bagi meneymak semua fail sekolah. Saya perlu memastikan fail-fail Pusat Sumber (hampir 50 keping fail),
fail PIBG dan Fail Panitia Fizik (hampir 14 keping fail) lengkap.

Alhamdulillah, Fail Panitia telah dilengkapkan pada hari ini, fail Pusat Sumber pula memang setiap hari saya lengkapkan dan hanya tinggal fail PIBG sahaja.

Pagi tadi saya ke CIMB Cawangan Kelana Jaya bagi urusan mendapatkan dana bagi PIBG dan tajaan untuk Hari Terbuka Sekolah.
Kemudian selepas tamat persekolahan, saya bergegas ke SK Perdana Jaya (SK SS17), Subang Jaya bagi urusan pengumpulan data NILAM Setengah Tahun.
Hari yang memenatkan~~

Pembantu NILAM

Assalammualaikum w.b.t
Hari ini seharian saya bersama 2 orang pelajar saya melengkapkan pengumpulan data NILAM untuk dihantar kepada Pejabat Pelajaran Daerah Petaling Utama.
Tidak tahulah jika tiada dua orang pelajar ini, mungkin saya akan mengambil masa seminggu untuk menyempurnakannya.

Di sekolah, saya tidak menggunakan buku NILAM, namun jika ada pelajar yang mahu menggunakan buku NILAM tiada masalah. Sukar bagi memastikan setiap pelajar membeli buku NILAM. Maka, saya mengambil langkah membuat salinan buku tersebut dan meletakkan di almari NILAM. Setiap kali waktu NILAM, guru BM dan BI hanya perlu mengedarkan kertas tersebut seterusnya mengumpulkan kertas tersebut sebelum tamat masa NILAM.

Jadi apabila menggunakan kertas, banyaklah kerja perlu dilakukan. Bayangkan kertas NILAM untuk pelajar bagi satu sekolah perlu dinilai dan direkodkan, sangat penat.

Kertas & fail NILAM

Bersyukur kerana budak dua orang ini sedia membantu menyempurnakan tugas ini di rumah saya.
Jadi, saya perlu memberikan perangsang...iaitu mengorbankan bekalan cokelat yang dibeli di Langkawi dan belanja mereka makan.

Cokelat yang dijadikan makanan perangsang bekerja


Tak sampai 1 hari semua kerja siap!
Dari pukul 10.30 pagi hingga 7.00 malam.
Bersyukur dan gembira.


Sedang sibuk memasukkan data ke dalam komputer.

Terima kasih Cikgu ucapkan kepada kamu berdua.
Terima kasih Allah s.w.t kerana memudahkan jalan saya.

Folk Art #3

Assalammualaikum w.b.t
Tinggal 3 hari lagi akan berakhirnya cuti sekolah.
Masih banyak kerja yang belum disiapkan.
Setibanya dari Singapura, saya dan suami terpaksa bergegas pulang ke Perlis bagi menziarahi Mak Teh suami yang sedang sakit.
Kemudian, suami pula jatuh sakit.
"Apabila berfikir tentang sekolah, kepeningan menjelma.
Apabila berfikir tentang lukisan, kegembiraan menjelma."
Saya minat mengajar, namun kerja-kerja pengkeranian memeningkan kepala saya.
Bagi saya, cara menghilangkan tekanan ialah melakukan Folk Art.
Sudah masuk 2 minggu saya tidak ke kelas Cikgu Laksmi.
Pada kelas seterusnya Cikgu akan mengajar saya melukis Bunga Tulip.
Tidak sabar rasanya.

Pada kelas pertama, saya diajar melukis bunga Daisy.
Setiap kali kelas, saya perlu menyiapkan satu projek.
Berikut merupakan projek bagi kelas pertama:

Kelas kedua dan ketiga ialah Bunga Raja Deli

Setiap kali kelas, saya perlu membawa sendiri alat-alat asas bagi melukis seperti warna, palette, berus dan lain-lain. Warna dan berus bagi melukis Folk Art agak mahal harganya.
Menurut Cikgu, warna arcylic yang terbaik ialah dari jenama Joe Sonja'sbuatan Australia atau Americana buatan UK. Cikgu menasihati supaya tidak membeli dari buatan China kerana ia boleh merosakkan berus. Manakala berus pula, beli berus Loew-Cornelll buatan Sri Lanka dan bukannya berus lukisan masa sekolah dulu.

Di Singapura, saya sempat membeli 2 lagi warna arcylic yang juga dari Australia.

Papan bagi melukis juga agak mahal. Ini disebabkan tidak banyak kedai yang menjual peralatan bagi melukis Folk Art. Bayangkan papan di bawah ini sahaja berharga RM15 di Craft Haven yang berlokasi di One Utama, Bandar Utama.

Di Singapura, terdapat satu kedai yang bernama SPOTLIGHT terletak di Plaza Singapura, Dobby Ghaut yang menjual pelbagai peralatan untuk projek seni. Papan sahaja terdapat lebih daripada 30 bentuk. Harga? tak perlu dikatakan mestilah lebih mahal dari Malaysia.

Di sebelah kedai Spotlight pula, terletaknya kedai Daiso yang umum tahu semua barangannya dibawa dari Jepun.
Jika di Malaysia, Daiso menjual semua barangannya dengan harga RM5, di Singapura ianya dijual dengan harga 2 sin dollar (RM4.88). Daiso di sini sangat besar dan produknya juga pelbagai. Saya membeli 6 papan bagi melukis Folk Art yang tiada di Daiso Malaysia.
Walaupun bentuknya tidaklah secantik papan di Spotlight ataupun Craft Haven, namun permukaannya tetap sama dan lebih besar. Paling penting murah.

Itu sahaja.
Minggu ini saya akan ke kelas Cikgu Laksmi.
Tulip oh Tulip.

Universal Studios, Singapura

Assalammualaikum wbt.
Selama satu tahun kami menunggu peluang bagi memasuki Universal Studios.
Pada tahun lepas kami tiba semasa perasmiannya dan tiket sangat terhad.
Kami tidak berjaya membeli tiket tersebut.
Pada tahun ini persiapan awal dilakukan.
Kami membeli tiket melalui internet dengan harga 72 sin dollar (RM175.68) disebabkan musim cuti persekolahan. Jika musim biasa harganya ialah 66 sin dollar (RM161.04) sahaja.

Kami tiba pada pukul 3 pagi menaiki bas Five Star Executives Coach yang hanya berharga RM55 bagi perjalanan dua hala. Tiket dibeli semasa Pameran MATTA di PWTC pada bulan dua yang lepas.

Dalam Bas

Tiba seawal pagi begini kami menuju ke Waterfront yang terletak berdekatan dengan Universal Studio dan tidur di sana sementara menunggu Monorail Sentosa memulakan operasi.
Solat di Waterfront dengan berpandukan kompas kerana tiada ruang solat disediakan di Pulau Sentosa dan usai solat, kami menghayati keindahan pagi di sana.

Permandangan langit di Waterfront pada waktu pagi


Pada tepat pukul 9.00 pagi kami menuju ke kaunter bagi mendapatkan tiket bagi memasuki Universal Studio yang telah ditempah lebih awal. Kemudian kami menaiki monorail ke Vivo City dan seterusnya menaiki MRT Harbourfront menuju ke stesyen MRT Aljuined untuk mendaftar masuk ke hotel penginapan kami yang terletak di Lorong Geylang.

Di bumbung Vivo City

Tentang MRT di Singapura, ianya harus dipuji dan dijadikan contoh. Bayangkan terdapat 4 MRT yang berlainan tetapi bekerjasama bagi memudahkan penumpang. Bagi menukar laluan, penumpang tidak perlu membeli tiket yang berlainan cukuplah hanya dengan satu tiket, penumpang boleh menukar laluan masing-masing. Contohnya jika di Malaysia, saya mahu menukar laluan dari LRT Putra ke LRT Star, saya perlu membeli 2 tiket yang berlainan dan perlu keluar dari satu stesyen ke satu stesyen yang lain. Berlainan dengan Singapura. Setiap MRT yang bertemu di tempat yang sama, penumpang hanya perlu menukar MRT di dalam stesyen tersebut sahaja tanpa perlu membeli tiket yang berlainan. Saya hanya perlu merancang perjalanan menggunakan MRT. Jika satu laluan ini sesak, saya boleh memilih laluan alternatif yang lain bagi menuju ke tempat yang ingin ditujui hanya dengan menggunakan MRT. Terdapat stesyen pertembungan yang memiliki banyak escalator bagi memudahkan penumpang menukar laluan mereka. Setiap kad MRT yang dibeli boleh dituntut depositnya sebanyak 1 sin dollar (RM2.44) di mesin.

Escalator di MRT Dobby Ghaut

Kami menjejakkan kaki di Universal Studios pada hari kedua.
Seawal 9.30 pagi kami tiba disana.
Harga tiket bagi menaiki monorail Sentosa ialah 3 sin dollar (RM7.32) bagi perjalanan 2 hala. Universal Studios buka pada tepat pukul 10 pagi.
Memasuki tempat ini seumpama memasuki satu dunia yang lain.

Di New York

Dunia riang ria dengan pelbagai stuktur bangunan yang unik dan menarik, serta karektor kartun disney yang comel.

Bagi kami, tempat yang paling menarik ialah Shrek 4D Adventure; Light, Camera, Action di New York; Waterworld dan Revenge of The Mummy.

Kami telah membawa bekal makanan kerana kami sedia maklum harga makanan dan minuman di sini sangat mahal walaupun ianya mempunyai tanda halal. Bayangkan secawan air sahaja mencecah 4 sin dollar (RM9.76) manakala sebotol air kecil mineral berharga 5 sin dollar (RM12.20). Kami berbekalkan roti dan tuna bersama air mineral.
Tentang solat pula, tiada tempat solat yang khusus di sini. Kami solat di Information Centre dan ruang yang diberikan untuk kami solat bercampur lelaki dan perempuan, manakala tempat wuduk pula di bilik air.

Sesiapa yang akan ke sini, ini beberapa nasihat saya:

1. Datang seawal pagi yang mungkin bermula pada pukul 10 pagi kerana ianya tutup pada pukul 7.00 malam.

2. Bermulalah di tempat yang paling jauh sekali kerana kebanyakkan orang mula memasuki tempat-tempat yang berdekatan dengan pintu masuk. Pada pendapat saya, bermula dengan Far far Away, Lost World, Ancient Egypt, Sci Fi City, New York, Hollywood dan Madagascar. Sila rujuk peta Universal Studios

3. Bawa bekalan makanan dan minuman yang secukupnya

4. Bawa baju hujan kerana terdapat dua tempat yang memerlukan pengunjung memakai baju hujan iaitu di Jurassic Park Rapids Adventure dan Waterworld. Juga bagi persiapan jika hujan. Baju hujan ada dijual di Jurassic Park dengan harga 2 sin dollar (RM4.88) tetapi jika boleh dapat lebih murah, silalah beli dahulu.

Di Jurassic Park Rapids Adventures

5. Jangan bawa beg yang terlalu besar kerana terdapat tempat yang tidak dibenarkan membawa beg masuk dan peti simpana beg sangat mahal iaitu 4 sin dollar (4 x RM2.44) bagi setiap 1 jam.

6. Solat Jama' di Information Centre yang berdekatan dengan pintu masuk utama Universal Studios yang terletak di Hollywood.

Kami berjalan di Universal Studios sehingga pukul 6.00 petang. Mungkin tiada kali kedua untuk memasuki tempat ini. Cukuplah hanya sekali.
InsyaAllah pada bulan September ini kami akan memasuki Disneyland Hong Kong pula.

berikut merupakan gambar-gambar kami di Universal Studio.

video

Terima kasih kepada Allah s.w.t kerana memberikan kami rezeki ini.
Sepanjang berada di Singapura saya berjaya menamatkan pembacaan buku Sutera Bidadari oleh Ramlee Awang Murshid.

Science Centre, Singapura

Assalammualaikum w.b.t.
Pusat Sains Singapura terletak di Science Centre Road yang berdekatan dengan Jurong.
Tidak sukar untuk ke sana.
Pertama sekali, kami menaiki MRT dari stesyen MRT Aljunied ke stesyen MRT Jurong. Tiada pertukaran stesyen diperlukan. Setibanya di MRT Jurong, kami terus menuju ke Stesyen Pertukaran Bas Jurong yang terletak bersebelahan dengan Stesyen MRT Jurong bagi menaiki bas ke Pusat Sains Singapura. Terdapat dua cara bagi menuju ke Pusat Sains ini.

Pertama,
pengunjung boleh menaiki bas bernombor 335 yang tambangnya berharga 1 sin dollar (RM2.44).

Stesyen pertukaran bas Jurong yang bersistematik

Kedua,
pengunjung boleh berjalan kaki selama 10 minit menuju ke sana.

Setibanya di sana, kami memasuki Kinetic Garden yang menempatkan pelbagai model sains ringkas.

Antaranya, model mengangkat blok logam seberat 200kg.

Kerusi yang 2 kali ganda besarnya


Mengira jisim menggunakan muatan bulat dan pelbagai lagi.


Pusat Sains Singapura terbahagi kepada 4 bahagian iaitu Science Centre, Omni-Theatre, Snow City dan The Annexe.
Dengan kebesaran 7500 kaki persegi, pengunjung perlu menggunakan masa sehari bagi mengunjungi setiap sudut pameran.
Bayaran berasingan bagi memasuki setiap bahagian berlainan dan kami memilih pakej melawat Science Centre dan menonton Omni-Theatre yang berharga 16 sin dollar (RM39.04).

Loker bagi meletak barang sangat murah. Hanya 1 sin dollar (RM2.44) bagi muatan besar dan 0.50 sin sen (RM1.22) bagi muatan kecil tidak mengira jumlah waktu yang digunakan.
Pameran di Science Centre dimulakan dengan bahagian The Eye's Mind dan terdapat Anamoforsis yang pelbagai dan mengagumkan.

Kemudian, kami memasuki sebelah tengah Science Centre yang menempatkan Pusat Persembahan Utama (The Atrium).

Kebetulan semasa saya tiba, sedang berlangsungnya persembahan bagi Tesla Coil. Di sini terdapat beberapa gerbang yang memisahkan beberapa bahagian pusat pameran. Antara pusat pameran yang terdapat di sini ialah
Sound
Living For Viruses
BioEthics
DNA Lab
Scientist For A Day

Robotics

Newton Room

Ecogarden

Kemudian, kami menuju ke Omni theatre yang menggunakan teknologi IMAX bagi menonton Legends of The Flight ditayangkan di NanoSeam dome Screen.
Tiada surau disediakan di sini. Kami terpaksa mencari ruang sendiri bagi menunaikan solat di dalam Science Centre berpandukan kompas yang dibawa.

Kesimpulannya, Pusat Sains Singapura sangat berinformasi dan menarik. Setiap ruang digunakan dengan baik.

up