Kembali ke Singapura

Pada pukul 10.30 malam saya dan suami akan bertolak ke Singapura buat kali kedua.
Semasa MATTA Fair, kami telah membeli 2 tiket pergi balik untuk menaiki bus VVIP Five Star yang hanya berharga RM55 seorang.

Kami merancang untuk ke:

1. Universal Studio



2. Mustafa Centre

3. Science Centre

4. Orchard Road

5. Jurong Bird Park
6. Dan lain-lain. Hahahah...

Pulang pada 2 Jun.
Selamat bercuti kepada semua

Kerja Cuti Sekolah

Walaupun telah bermulanya cuti sekolah
Masih banyak kerja yang perlu disempurnakan

Antaranya:
1. Kemaskini data NILAM Sekolah
2. Kemaskini Fail-fail Pusat Sumber, PIBG, Panitia, ULBS Fizik untuk pemantauan pada 7 Julai.
3. Tanda kertas peperiksaan Fizik & Sains
4. Menulis minit mesyuarat ke-2 AJK PIBG

Semua ini akan disempurnakan pada minggu kedua cuti kerana minggu pertama akan ke Singapura.

Tropicana Mall


Hari ini merupakan hari terakhir kursus di INTAN.
Saya minta untuk keluar awal untuk Sambutan Hari Guru di sekolah.
Saya tidak sempat untuk ke Dewan Sekolah. Banyak urusan perlu diuruskan sebelum bermulanya cuti sekolah.
Berakhirnya sambutan, saya dan Cikgu Syuhada bersama 2 orang pelajar ke Tropicana Mall.
hajat mahu menemani Cikgu Syuhada membeli barang, tetapi saya pula yang membeli banyak barang. Semua ini gambar saya dengan Safiyyah



Hari Ke-2 di INTAN & Hadiah Hari Guru

Assalammualaikum w.b.t
Hari ini merupakan hari kedua saya berkursus di INTAN
Saya sangat gembira berkursus di sana.
Selain memperolehi ilmu dan meningkatkan kemahiran, saya juga berpeluang berkongsi masalah dan pengalaman bersama peserta yang lain memandangkan setiap peserta bekerja di Jabatan Kerajaan dan Swasta yang berlainan.
Terdapat peserta berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Tanah Negeri, Jabatan Kastam, Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Perguruan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain lagi.
Saya dapat mendengar pendapat yang berbeza dari perspektif kerja yang berlainan.
Saya dapat memberikan cadangan dan memperbetulkan salah tanggapan terhadap pendidikan.

Tiada tekanan semasa berkursus. Setiap hari kami diberikan tugasan kumpulan yang membolehkan kami berkomunikasi dan mengenali antara satu sama lain.

Pada sebelah malam, Cik Tiang datang ke rumah saya. kami bertungkus lumus menyempurnakan hadiah yang diamanahkan oleh hamba Allah ini yang tidak mahu namanya ditulis. Beliau memberikan saya sejumlah wang supaya ia dapat digunakan bagi membeli hadiah untuk guru-guru di sekolah saya. Apa yang boleh saya katakan beliau sangat merendah diri dengan pemberian tersebut.

Sebagai setiausaha Kelab Guru, saya telah memberikan Cik Tiang yang merupakan Pengerusi Kelab Guru, surat bagi mendapatkan tajaan/sumbangan untuk Jamuan Tahunan Guru dan surat penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan untuk Sambutan Hari Guru.
telah banyak yang dilakukan oleh Kelab Guru pada tahun ini. Namun, masih terdapat segelintir guru yang tidak berpuas hati. Sememangnya sukar bagi menyenangkan hati semua pihak. Apapun yang berlaku, yang penting AJK Kelab Guru telah cuba sedaya upaya bagi memenuhi kehendak guru.

Saya & Cik Tiang di Langkawi

"Minta maaf Cik Tiang kerana tiada di sekolah selama seminggu dan tidak dapat membantu Cikgu untuk persiapan Hari Guru pada hari Jumaat ini."
Tapi saya percaya Cik Tiang mampu melakukan yang terbaik!

Kursus Kepimpinan & Pengurusan Organisasi

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI
23-27 Mei 2011
di INTAN, Bukit Kiara

Tahniah Safiyyah

Siapa Safiyyah?
Safiyyah ialah pelajar saya yang belajar di kelas 5 Berani
Dia merupakan pelajar yang paling rapat dengan saya.
Saya juga selalu makan tengah hari di rumah dia.
(ambil kesempatan sebab malas masak)
Keluarganya juga sangat baik.
Ayah Safiyyah, Haji Abdul Rahman juga merupakan kawan kepada abah saya.

Pada hari ini, keluarga Safiyyah telah menerima ahli keluarga baru. Kakaknya telah berkahwin dan ini merupakan kenduri yang pertama bagi keluarganya.
Saya ke kenduri tersebut hanya selepas usai mesyuarat AJK PIBG di sekolah.

Cikgu mengucapkan tahniah kepada awak, Safiyyah kerana telah mendapat abang ipar yang baru!

Folk Art #2

Assalammualaikum w.bt
Sudah dua kali saya belajar di rumah Cikgu Laksmi.
Kali ini saya belajar melukis Bunga Raja Deli.
Sungguh sukar melukis bunga ini.
Setelah pulang ke rumah, saya cuba sekali lagi melukis bunga ini.

Ruang untuk saya melukis

Warna

Rujuk buku

Ini hasilnya yang tak sepenuhnya siap

Saya masih perlu berlatih lagi!


up