Poskad Nasi Lemak dan Satay

Sempena keluaran bersama setem Malaysia-Hong Kong, Matthew telah mencetak 2 poskad bagi digunakan bersama-sama setem tersebut atau dibuat maxicard.

Sumber: Pos Malaysia

Gambar di poskad merupakan sumber daripada foodhunterconcon.blogspot.com dan Matthew telah mendapatkan kebenaran daripada pemilik blog berkenaan.

Satay dan nasi lemak merupakan makanan tipikal Malaysia. Walaupun makanan tersebut boleh didapati di beberapa negara jiran, rasanya amat berlainan sekali.

 
Satay
Nasi Lemak

Poskad ini dicetak pada tahun 2014 dan bersaiz A6.

Belakang poskad

Sekian

Poskad Sempena Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara

Masjid Negara telah meraikan Jubli Emas 50 tahun pada akhir bulan Ogos yang lepas.

Sehubungan dengan itu, 12 keping poskad telah dikeluarkan oleh Pejabat Masjid Negara semasa sambutan tersebut di perkarangan Masjid Negara dan dijual pada harga RM10 bagi satu set.
Semua poskad  ini bersaiz 13.9 cm x 9 cm dan dicetak menggunakan Glossy Art Card. 

Masjid Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Selangor

Masjid Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Selangor

Masjid Negara, Kuala Lumpur

Masjid Negara, Kuala Lumpur

Masjid Putra, Putrajaya

Masjid Putra, Putrajaya

Masjid Negara, Kuala Lumpur

Masjid Negara Kuala Lumpur

Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Masjid Negara, Kuala Lumpur

Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Masjid Negara, Kuala Lumpur

Sempena dengan perayaan Jubli Emas ini juga, Pos Malaysia turut mengeluarkan setem Masjid-Masjid di Malaysia pada 27 Ogos 2015 yang memaparkan Masjid Negara, Masjid Kota Kinabalu dan Masjid Zahir Kedah.


Philatelic Society of Malaysia dan World Comm turut mencetak poskad khas bagi digunakan bersama-sama setem keluaran Pos Malaysia.


Poskad ini bersaiz 15.2 cm x 10.2 cm dan dijual dengan harga RM1.50 sekeping.

Sekian

Poskad Year of Festivals Siri 1/2015

Setiap tahun, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengeluarkan poskad khas bagi mempromosikan Malaysia di mata dunia.

Saya yakin kebanyakkan Malaysian Postcrosser amat mendahagakan bekalan poskad Malaysia yang cantik-cantik.
Malaysian Postcrosser merupakan agen kecil pelancongan yang menghantar segala poskad Malaysia ke seluruh dunia.

Kami gembira apabila Kementerian Pelancongan dapat mengeluarkan poskad-poskad yang lain dari yang lain pada setiap tahun.
Paling menggembirakan apabila satu persatu permohonan Malaysian Postcrosser diluluskan bagi mendapatkan bekalan poskad. Terima kasih Kementerian Pelancongan.

Pada tahun ini, 2015, (sepatutnya review dilakukan pada awal tahun) Kementerian Pelancongan telah mengeluarkan poskad ilustrasi bagi setiap negeri di Malaysia.
Sekali lagi, saiz yang dihasilkan bukan standard.
 Poskad ini bersaiz 20.7 cm x 12.1 cm.

Poskad-poskad ini menggunakan khidmat Chin Kon Yin, yang merupakan seorang pelukis. Beliau telah menghasilkan beberapa buat buku sketchbook yang boleh didapati di kedai-kedai buku besar di Malaysia.
















Poskad-poskad di atas dibukukan dalam 3 buah buku poskad yang mengandungi 5 helai poskad.
Setiap poskad perlu diceraikan.
Kalau nak nampak kemas gunting sikit kesan ceraian di poskad.


Pada saya, poskad-poskad pada tahun ini sangat cantik. Syabas Kementerian Pelancongan. 

Buku poskad ini boleh didapati secara percuma di Pusat Informasi Pelancongan Malaysia berdekatan anda.
Ianya bergantung kepada stok.

Ucapan terima kasih ditujukan kepada En Abuz Zayn atas pemberian poskad-poskad di atas.
Semoga Allah swt sahaja yang membalasnya.

Sekian


Poskad Pulau-Pulau di Sabah

Sabah memang terkenal dengan Pulau-Pulau yang cantik dan air yang bersih.
Poska-poskad ini telah menyedarkan saya bahawa Sabah mempunyai banyak pulau-pulau yang cantik dengan bentuk-bentuk yang menarik.
Selama ini saya hanya mengetahui tentang Pulau Sipadan sahaja.

Inilah kehebatan poskad.
Syarikat PUS Publication telah berjaya memberi pendedahan tentang kewujudan pulau-pulau ini di Sabah dan Malaysia amnya.

Poskad-poskad ini menjadi tarikan ramai postcrosser.
Apabila ditawarkan untuk pertukaran, poskad ini pasti habis ditukar dalam masa yang sekejap.

Taman Negara Tunku Abdul Rahman atau Taman Marin merangkumi 5 buah pulau iaitu  Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.

Jom lihat poskad-poskad yang memaparkan Taman Negara Tunku Abdul Rahman dan pulau-pulau cantik di Sabah












Semua poskad yang bersaiz A6 ini dikeluarkan pada tahun 2011 kecuali Manukan Island pada 2014 oleh PUS Publications Kota Kinabalu.
Tel: 233098
Berdasarkan belakang poskad, laman sesawang syarikat ialah www.opus.my tapi saya gagal melayarinya.

Poskad-poskad ini hanya boleh dibeli di Sabah.
Rakan saya Anny May telah membantu saya mendapatkan poskad ini di Kota Kinabalu.

Poskad yang cantik membuatkan saya teringin mengunjungi pulau-pulau tersebut. 

Sekian

Poskad Collections of the Farmers' Brand Sdn Bhd

The Farmers' Brand Sdn Bhd antara syarikat yang senantiasa mengeluarkan poskad yang cantik dan terkini.

Poskad yang hanya memaparkan bangunan-bangunan sangat mudah ditemui, tetapi saya amat tertarik dengan sisi lain poskad yang diterbitkan oleh syarikat ini.

Sangat cantik dan saya pasti ramai postcrosser menekan butang favourite di postcard wall Postcrossing.

Saiz poskad ialah 12.7 cm x 18 cm

TFB443A15

TFB446A15

TFB450A15

TFB444A15

 TFB448A15

TFB449A15

 TFB451A15

 TFB452A15

TFB454A15

 TFB445A15

TFB447A15

TFB443A15

Poskad-poskad ini dijual di Sabah. Tetapi mungkin kelak boleh diperolehi melalui laman sesawang rasmi The Farmers' Brand Sdn Bhd 

Terima kasih kepada juru gambar dan syarikat ini kerana mencetak poskad-poskad yang awesome ini!! 

Terima kasih kepada Fiona Wong yang sudi membelikan poskad-poskad di atas untuk saya. 


up