Maxicard Year of the Monkey 2016 Malaysia

Salam,
Saya bukanlah penggumpul tegar maxicard.
Tapi kalau nilai setem yang rendah dan terdapat poskad yang bersesuaian dalam simpanan, apa salahnya kan buat maxicard?

Poskad monyet bukan sesuatu yang sukar untuk dicari.
Monyet pun senang je nak jumpa.

Saya kongsikan beberapa poskad yang sempat saya 'maxi'kan =P

Setem Primates Siri 2/2016 Macaque 60sen:






Miniature Primates Siri 2/2016 Gibbon RM3 :



Poskad Agile Gibbon ini saya peroleh semasa Postcrossing Meet up di Melaka. Diberikan oleh Vera. 

Saya turut membuat maxicard dengan menggunakan setem Primates Siri 1/ 2003 yang memaparkan Proboscis Monkey, 50 sen:







Saya suka sangat tengok Proboscis Monkey. Comel. Poskad Proboscis Monkey hanya boleh didapati di Sabah. Hanya sekeping sahaja diberikan secara percuma oleh Torism Malaysia.
Terima kasih kepada rakan-rakan Malaysian Postcrosser yang membantu mendapatkan poskad Proboscis Monkey yang comel-comel.

Setem Primates Siri 1/2003, Red Leaf Monkey, 30sen:


Membuat maxicard adalah sekadar suka-suka. Tolong jangan kecam saya jika terdapat kesilapan dalam tatacara membuat maxicard.

Pernah suatu ketika dahulu saya berputus asa dengan maxicard kerana ink yang tidak sesuai iaitu berasaskan air.
Segala setem dan poskad rosak begitu sahaja.
Namun, sekarang tidak lagi apabila saya menemui ink yang sesuai dan kering dalam masa 3 saat. =)
Mungkin saya akan kongsikan pada post akan datang.

Sekian sahaja perkongsian ini.
Selamat Malam.

Poskad Dakwah oleh SRVNT


Assalammualaikum wbt
Poskad seadanya diketahui bukan sahaja mampu mempromosikan sesuatu tempat atau barangan, namun ia boleh dijadikan bahan bagi menyebarkan dakwah.

Saya amat teruja apabila mengetahui sebuah badan yang dikenali dengan SRVNT DA'WAH & CREATIVE NETWORK berusaha menyebarkan dakwah Islam dengan cara mereka sendiri terutamanya melalui poskad.
SRVNT bukan sahaja telah mencetak poskad, mereka juga turut mencetak poster yang simple tetapi penuh mesej.

Saya cuba mengejar booth SRVNT. Saya dapati SRVNT membuka booth di program-program atau festival Islam.
Alhamdulillah saya berjaya membeli poskad ini pada 2 tahun yang lepas di PICC, Putrajaya.

Poskad-poskad ini dijual secara set di dalam sebuah kotak yang cantik.


Tak silap saya terdapat 14 keping poskad semuanya.
Saiz poskad : 14 x 10.5 cm
















Di belakang setiap poskad disertakan tafsir Al-Quran dan hadis


Berminat?
SRVNT boleh dihubungi melalui Facebook, Instagram dan Tweeter


Paling best, sekarang ini anda boleh mendapatkan poskad ini dengan percuma!!
Bagaimana?
Jom kejar trak makanan Barba Bros di area Bangi.
Setiap pembelian produk Barba (makanan dan minuman yang Halal Toyyiban) akan akan diberi secara percuma poskad SRVNT. 
Follow instagram @barba_bros untuk maklumat terkini tentang lokasi mereka.



Sumber dari instagram Barba_bros

Mari berdakwah dengan menghantar poskad.

Semoga segala urusan mereka sentiasa dipermudahkan.
Amin

Poskad Year of Festivals Siri 2/ 2015

Assalammualaikum wbt, dan selamat sejahtera semua.
Pada tahun lepas, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia telah mengeluarkan 2 siri bagi Year of Festivals 2015.
Siri kedua ini dilihat lebih bertepatan dengan tema "Year of Festivals" dan bukan semata-mata memaparkan bangunan-bangunan yang terdapat di Malaysia. 


Kali ini saya memberikan tanda jari "bagus" dan syabas kepada Bahagian Promosi Pelancongan Malaysia.

Saya sendiri tidak pasti berapa keping poskad yang terdapat dalam siri ini.
Apa yang pasti, siri ini hanya boleh diperolehi di Lapangan Terbang sahaja secara percuma.

Akhirnya poskad TM (Tourism Malaysia) dicetak dengan saiz standard antarabangsa bagi poskad iaitu 15.3 x 10.8 cm.
Tolonglah kekalkan untuk tahun-tahun akan datang.

Putra Mosque, Putrajaya

Proboscis Monkey Sanctuary, Sabah

Rafflesia, Sabah National Park

Gunung Mulu National Park, Sarawak

Sea Turtle

Gestival Ramadhan

Mount Kinabalu, Sabah

1Malaysia Mega Sale Carnival

Rainforest World Music Festival

Hari Raya Aidilfitri

Central Market, Kuala Lumpur

George Town Festival

Homestay Programme in a Traditional Village

Semporna, Sabah

Kelantan International Kite Festival

Gawai Dayak Festival

Wayang Kulit

Gurney Drive, Penang

Nasi Kandar

Kuala Lumpur City Centre (KLCC)

Sibuan Island, Sabah

Malaysia Day

Cameron Highlands, Pahang

Belakang poskad:


Cantik kan siri kali ini?
Setakat ini, saya mempunyai 23 keping hasil sedekah dan pemberian rakan-rakan Malaysian Postcrosser.

Jadi, apa yang ditunggu lagi? Jika anda peminat poskad, moh kita serbu Lapangan Terbang!!






up