.:Kucing:.

Assalammualaikum w.b.t
Sejak kecil lagi Abah dan Mak mengajar saya untuk bertanggungjawab terhadap seekor kucing.
Tiga beradik diber seekor kucing untuk dijaga. Waktu itu saya baru melangkah ke alam tadika. Kucing pertama saya diberi nama 'Comel'.
Kini tradisi membela kucing masih diteruskan.
Saya bersyukur mempunyai soulmate yang mempunyai minat yang sama seperti saya.
Suami juga merupakan seorang yang sangat sayangkan kucing. Keluarganya juga seperti keluarga saya yang membela kucing sejak sekian lama.

Saya dan suami membela 4 ekor kucing pada masa sekarang.
Kucing-kucing yang dibelatidak pernah dibeli. Kebanyakkan kucing merupakan kucing jalanan yang dikutip. Terdapat juga kucing yang diberikan oleh orang lain kepada kami.

Kucing pertama kami ialah SARJAN TARA. Sarjan Tara diberi oleh Safiyyah, pelajar saya. Tara merupakan kucing jalanan di sekitar rumah Safiyyah.


Kucing kedua pula diberi nama WIRA.Wira diberikan oleh Pn. Rafidah, rakan setugas. Wira merupakan kucing kacukan Scottish dan Bengal.

Kucing ketiga pula ialah YUTEH.Yuteh meruakan kucing angkat yang diambil di salah sebuah kedai kucing di Danau Kota.

Seterusnya ialah DORA yang dikutip di lot memakir kenderaan di kawasan rumah saya.

Pada setiap hari Ahad, saya dan suami akan membawa kesemua kucing kami berjalan-jalan di Taman Riang, Kota Damansara. Walaupun kos membela kucing sedikit tinggi, namun kami gembira dengan kehadiran kucing-kucing sebagai sebahagian daripada ahli keluarga kami. Kami memenuhi semua keperluan kucing-kucing kami sebagai seekor kucing.
Kucing-kucing kami sangat setia kerana apabila dilepaskan di taman, mereka semua akan mengikut kami ke mana sahaja kami pergi tanpa sebarang tali. Apabilapulang dari kerja, semua kan menunggu di pintu dan tidur bersama-sama di atas katil.

Saya dan suami sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki supaya kami terus dapat membela kucing. Kami menanam impian untuk membina sebuah rumah kucing yang besar jika kami dapat berpindah ke Perlis.

Selamat Hari Raya


Assalammualaikum w.b.t
Bulan Ramadan telahpun berlalu
Sedih kerana tidak banyak amalan yang dapat dilakukan sepanjang bulan Ramadan disebabkan kesihatan yang tidak memuaskan. Saya berdoa agar berpeluang bertemu dengan Ramadan akan datang supaya saya dapat melakukan banyak amalan.

Raya ini merupakan raya pertama saya bersama suami.
Selama seminggu kami beraya di Tok Pulau Perlis.
Raya pertama saya membantu ibu mertua di dapur bagi menyiapkan juadah untuk tetamu yang datang ke rumah.
Raya kedua pula, keluarga sibuk beraya di rumah saudara-saudara di sekitar Perlis dan Kedah.
Raya seterusnya ula, saya dan suami ke Jitra untukberaya di rumah Kak Aisyah iaitu rakan setugas suami di sekolah.

Saya gembira apabila berada di Perlis.
Perlis tidaklah seperti di Kuala Lumpur. Walaupun jalan utama di Perlis kebanyakkannya ialah jalan raya satu barisan bagi satu hala, tetapi keadaan ini lebih baik daripada kesesakan di Kuala Lumpur walaupun jalan mempunyai banyak barisan kereta bagi satu hala.
Tempat yang tidak akan saya lepaskan untuk pergi ialah Radix Chicken House dan Radix Fried Chicken. Kedai makan ini konsepnya seperti Kentucky Fried Chicken (KFC) tetapi menggunakan ayam organik yang dibela sendiri dibawah Syarikat HPA.
HPA juga turt mengembangkan perniagaannya dengan membuka pelbagai jenis kedai makan,kedai dobi, hotel dan kedai baju di sekitar Kedah dan Perlis.
Semoga HPA terus berkembang.

Akhir sekali, sayaa dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya.
Saya memohon kemaafan atas segala kekhilafan dan kesalahan dalam sedar ataupun tidak sedar kepada semua yang mengenali saya.


up