Hari Ke-2 di INTAN & Hadiah Hari Guru

Assalammualaikum w.b.t
Hari ini merupakan hari kedua saya berkursus di INTAN
Saya sangat gembira berkursus di sana.
Selain memperolehi ilmu dan meningkatkan kemahiran, saya juga berpeluang berkongsi masalah dan pengalaman bersama peserta yang lain memandangkan setiap peserta bekerja di Jabatan Kerajaan dan Swasta yang berlainan.
Terdapat peserta berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Tanah Negeri, Jabatan Kastam, Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Perguruan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain lagi.
Saya dapat mendengar pendapat yang berbeza dari perspektif kerja yang berlainan.
Saya dapat memberikan cadangan dan memperbetulkan salah tanggapan terhadap pendidikan.

Tiada tekanan semasa berkursus. Setiap hari kami diberikan tugasan kumpulan yang membolehkan kami berkomunikasi dan mengenali antara satu sama lain.

Pada sebelah malam, Cik Tiang datang ke rumah saya. kami bertungkus lumus menyempurnakan hadiah yang diamanahkan oleh hamba Allah ini yang tidak mahu namanya ditulis. Beliau memberikan saya sejumlah wang supaya ia dapat digunakan bagi membeli hadiah untuk guru-guru di sekolah saya. Apa yang boleh saya katakan beliau sangat merendah diri dengan pemberian tersebut.

Sebagai setiausaha Kelab Guru, saya telah memberikan Cik Tiang yang merupakan Pengerusi Kelab Guru, surat bagi mendapatkan tajaan/sumbangan untuk Jamuan Tahunan Guru dan surat penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan untuk Sambutan Hari Guru.
telah banyak yang dilakukan oleh Kelab Guru pada tahun ini. Namun, masih terdapat segelintir guru yang tidak berpuas hati. Sememangnya sukar bagi menyenangkan hati semua pihak. Apapun yang berlaku, yang penting AJK Kelab Guru telah cuba sedaya upaya bagi memenuhi kehendak guru.

Saya & Cik Tiang di Langkawi

"Minta maaf Cik Tiang kerana tiada di sekolah selama seminggu dan tidak dapat membantu Cikgu untuk persiapan Hari Guru pada hari Jumaat ini."
Tapi saya percaya Cik Tiang mampu melakukan yang terbaik!

0 comments:

Post a Comment


up