Perkhemahan Pandu Puteri Peringkat Kebangsaan 2012

Assalammualaikum wbt.

AMARAN: Post kali ini amat panjang lebar dan anda dinasihati untuk tidak bosan membacanya

Penat tetapi puas. Itu yang boleh saya katakan tentang penyertaan saya di Perkhemahan Pandu puteri Peringkat Kebangsaan 2012. Perkhemahan yang telah dijalankan di Tapak Perkhemahan Puan Tan Chay Yan, Melaka pada 1 hingga 5 November 2012.
Perkehmahan yang dijalankan selama 5 hari ini mencatatkan banyak kenangan dan mencipta pengalaman yang mungkin tidak dapat di mana-mana program. Ini merupakan perkhemahan yang paling besar pernah saya sertai. Melibatkan hampir 550 orang peserta daripada seluruh Malaysia kecuali Kelantan. Mungkin jadual peperiksaan di Kelantan tidak sesuai dengan tarikh perkhemahan ini.
Selangor mengantar 2 kontigen iaitu Selangor A dan B. Setiap kontigen mempunyai sekuang-kurangnya 3 orang guru pemimpin yang dilantik untuk memegang jawatan-jawatan Ketua Kontigen, Jurumasak dan Juru Pertolongan Cemas. memandangkan saya pernah mengambil Ujian Juru Pertolongan Cemas, saya telah dilantik untuk memegang tugas tersebut.



Perkhemahan ini diadakan sebagai peluang untuk setiap peserta mendapat lencana Antarabangsa: WAGGGS Global Action Theme/ Millenium Development Goals. Setiap peserta dibekalkan sebuah passport aktiviti yang dimasukkan dalam tag dan digantungkan dileher supaya sentiasa dibawa.
Peserta dikehendaki menjalankan sekurang-kurangnya 12 aktiviti untuk mencapai 'WAGGGS GAT Specialist Activity Badge' dan mendapat lencana GAT peringkat Emas serta Sijil GAT. pelbagai aktiviti GAT yang kreatif  dan dijalankan di peringkat antarabangsa akan dijalankan secara individu, berkumpulan dan berpasukan. 



Peserta juga berpeluang melawat ke Zoo Negara, menyelusuri Sungai Melaka menggunakan River Cruise Melaka dan melihat Bandar melaka dari Menara Taming Sari semasa aktiviti lawatan.




Selain itu juga, aktiviti Explorace yang dijalankan memberi peluang kepada peserta untuk meneroka Bandar Melaka dengan berjalan kaki. Peserta berpeluang melalui Kota A Famosa, mendaki Bukit St Paul, memasuki Muzium Melaka dan menapak di Jalan Jonker. Melalui aktiviti Explorace, saya menyedari masih banyak tempat yang menarik di Melaka yang belum dilawati oleh saya terutamanya Jalan Jonker. Di sini terdapat taman Warisan Dunia yang menempatkan tugu peringatan Orang Kuat. Selain itu juga, banyak kedai yang menjual pelbagai barangan yang menarik. Paling unik ialah di satu jalan yang dipanggil Jalan Tukang Besi terdapat Masjid, Kuil Hindu dan Kuil Cina yang kedudukannya hanya bersebelahan.





.


Peserta juga dicabar dari segi fizikal di samping meningkatkan jati diri dalam menyempurnakan aktiviti pengembaraan, berbasikal dan paintball. Semasa pengembaraan, peserta diberikan beberapa cabaran untuk disempurnakan antaranya melukis, membongkarkan kod rahsia dan membaca bearing.







Pada malam hari kedua diadakan Malam Tema. Tema perkhemahan ini ailah SHARE atau perkongsian. Kontigen negeri Selangor B, Wilayah Persekutuan KL, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pulau Pinang, pahang, terengganu dan Perlis, masing-masing menyampaikan persembahan yang berkaitan dengan tema tersebut. Saya tidak dapat menyertai Malam Tema memandangkan saya terpaksa mengiringi pelajar yang terlibat dengan hal kecemasan ke Hospital Melaka.

Pada hari ketiga, iaitu pada 3 November 2012, semua peserta terlibat dengan Hari Terbuka. Hari Terbuka merangkumi pameran untuk mempromosikan negari masing-masing. Setiap kontigen juga dikehendaki menyediakan makanan tradisional untuk dicuba rasa oleh peserta-peserta lain. peserta juga digalakkan memakai baju tradisional negeri masing-masing. namun disebabkan hujan lebat pada hari kedua, kebanyakkan baju peserta telah basah. Kami hanya memakai baju aktiviti.






Kontigen Selangor bersyukur kerana Tourism Selangor telah membekalkan pelabagai bahan edaran dan pameran. Cenderamata juga diberikan selepas kertas soal selidik diisi.
Saya bertemu beberapa rakan yang pernah meneyrtai Seminar Dato Hendon.



Pada malam ketiga pula, diadakan Malam Malaysia. negeri Selangor A, Sabah, Sarawak, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak mempersembahkan kebudayaan mengikut keistimewaan negeri masing-masing. sangat meriah. Semua peserta bersemangat untuk menunjukkan budaya mereka.



Pada malam terakhir diadakan Malam Unggun Api. Sangat gempak. Unggun Api yang membakar sehinggamelihatkan perkataan SHARE. Serius cantik. Pada malam ini juga peserta boleh membuat pertukaran hadiah dengan peserta yang lain. Saya turut mengambil peluang menukar semaksima yang boleh.







Perkhemahan Peringkat Kebangsaan hanya akan dijalankan 3 tahun sekali sahaja. Jadi sememangnya rugi jika peserta tidak berusaha mendapatkan lencana yang ditawarkan. saya juga turut berusaha melengkapkan aktiviti yang disediakan walaupun sibuk sebagai Juru Pertolongan Cemas. Setiap peserta yang terlibat akan diberikan sijil manakala peserta yang berjaya memperolehi lencana pula akan turut mendapat sijil pencapaian aktiviti serta lencana.






Saya sangat gembira! Semoga saya dipanjangkan umur untuk menyertai perkhemahan seperti ini lagi.
Saya menyimpan harapan supaya dapat menyertai Perkhemahan peringkat Antarabangsa pula.
Amin.

Cenderamata Pandu Puteri

Assalammualaikum wbt

Pagi ini saya akan menghadiri Taklimat Pengawasan SPM dan kemudian bergegas ke Rumah Pandu Puteri Selangor untuk menyertai Kontigen Selangor ke Perkhemahan Pandu Puteri Peringkat Kebangsaan di Melaka sehingga 5 November 2012. Pada 5 November saya juga perlu bergegas untuk menjadi Pengawas SPM. Sangat penat.
Hampir 400 Pandu Puteri daripada seluruh Malaysia akan menyertai perkhemahan yang diadakan di Tapak Perkhemahan Pengakap Puan Tan Chay Yan, Melaka.
Sekolah saya mengantar 6 orang Pandu Puteri, Pn. Jasmine dipilih sebagai Ketua Kontigen Selangor A dan saya pula Juru Pertolongan Cemas Kontigen A. 
Saya membantu ketua Kontigen saya untuk menyediakan cenderamata bagi sesi pertukaran cenderamata dengan Pandu Puteri dari negeri lain. 


Sebanyak 400 keping cenderamata perlu disiapkan. Alhamdulillah sekumpulan pelajar Tingkatan 3 membantu saya melengkapkan tugasan ini.

Bagi cenderamata daripada Kontigen Selangor, saya hanya membuat cenderamata yang ringkas. 
Apa yang kami buat hanyalah proses mengunting, tampal dan cop. 
Proses mengecop huruf sangat rumit. Lebih-lebih lagi perlu melakukannya untuk 400 keping.







Sangat ringkas dan diharap sesiapan yang mendapatnya gembira. 
terima kasih kepada pelajar Tingkatan 3 yang telah bersusah payah datang ke sekolah untuk membantu saya.
=)
Terima kasih kepada Izyan, Firzanah, Fatimah, Syazwani Hashim, Syazwani samsolnizam, Natrah, Aini, Nasiha, Hanifah dan Qausar.
Wassalam.


up