Mutiara Kata

Hari Kanak-Kanak Remaja


Assalammualaikum w.b.t
Selawat dan salam kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w
Syukur atas segala rezeki yang diberi oleh-Nya.
Rezeki udara, kesihatan, kebahagiaan dan segala-galanya.
Terlalu banyak yang tidak terhingga Allah s.w.t telah berikan sehingga tak termampu untuk ditaip.

Bersarang lagi blog ini.
Terasa sibuk sehingga tidak sempat menyempat menaip.
Bertimbun-timbun cerita untuk dikongsikan, tetapi masih banyak tugas yang perlu diselesaikan.

Bagi saya, semasa di sekolah kekuatan seorang guru terletak kepada muridnya.
Segala respon murid akan memberi kesan kepada mood guru untuk mengajar.
Kekadang reaksi murid mampu memberikan kegembiraan kepada guru.
Kekadang reaksi murid mampu membuatkan guru berat hari untuk memasuki kelas untuk mengajar.
Namun, sebagai seorang guru, benci atau suka, tugas mendidik harus diteruskan.

Ohhh....post kali ini nak kongsi gambar bebudak kelas 3 Amanah yang diambil sebelum cuti sekolah yang lepas. Mereka meruapaka pelajar terbaik di Tingkatan 3. Setelah usai pembelajaran, secara tiba-tiba kelas bertukar rupa. Semuanya berubah menjadi seperti kanak-kanak. Hahahahah....
Mungkin ini cara mereka melepaskan tekanan =). 












Semua nampak sangat gembira. 
Tahun ini mereka di Tingkatan 3, pejam celik semua akan berada pula di Tingkatan 4. 
Mungkin mereka juga sudah bukan seperti ini.
Harapan saya semoga mereka berjaya dalam hidup, berani membuat keputusan, berani melakukan perkara yang mereka sukakan dan percaya akan kebolehan diri mereka sendiri.
Kamu semua sentiasa dalam doa cikgu!

“Success is a lousy teacher. It seduces smart people into thinking they can’t lose.” -Bill Gates

World Thinking Day


Happy World Thinking Day to all girl guides and girl scouts all around the world


Belajar Ikatan

Assalammualaikum wbt.

Tidak sabar rasanya mahu merasai cuti sempena Tahun Baru Cina!!!
Setelah melalui beberapa minggu yang sibuk, saya berhak untuk berehat sepuas-puasnya.
Hari ini merupakan perjumpaan terakhir Pandu Puteri renjer sebelum cuti-cuti yang ditunggu.
Hari ini perjumpaan kelima Pandu Puteri Renjer. 
Jika minggu lepas kami Memasak, pada hari ini saya memohon bantuan daripada Leonard, bakal Pengakap Raja untuk mengajar ahli persatuan cara ikatan asas.



Segalanya disediakan terlebih dahulu, kertas, tali rafia (sangat tidak sesuai untuk ikatan, tapi dah terdesak), lidi dan tape.



Belajar ikatan untuk persediaan bagi projek mini gajet yang akan dilakukan pada minggu selepas cuti Tahun Baru Cina sempena Hari Peringatan Sedunia yang bakal disambut oleh Pandu Puteri serta Pengakap.
Kami akan bersama-sama menyediakan gajet sebagai aktiviti Hari Peringatan.


Selain daripada itu juga, Pandu Puteri Renjer akan menunjukkan segala poskad yang ditukar dengan Pandu Puteri di luar negara sempena World Thinking Day.
Kami juga akan melekatkan risalah-risalah dan informasi berdasarkan tema World Thinking Day 2013:
together we can save children's lives & every mother's life and health is precious




 Terima kasih Leonard dan kawannya kerana membantu kami =)


Mesyuarat Agung Majlis Belia Malaysia 2013

Assalammualaikum wbt
Semoga anda semua dalam keadaan sihat-sihat.
Sibuk sungguh minggu ini. Minggu ini sahaja saya menghadiri Mesyuarat Pandu Puteri Peringkat Negeri, Mesyuarat Pandu Puteri Peringkat Daerah dan Mesyuarat Majlis Belia Selangor.
Minggu ini juga saya sibuk mencari sukarelawan yang terdiri daripada ahli Pandu Puteri Selangor untuk ke Program My Beautiful Malaysia Kesukarelawan yang akan dijalankan pada Ahad ini.
Terasa tanggungjawab semakin bertambah.


Hari ini merupakan hari terakhir saya menjadi Setiausaha PIBG. 
Saya merupakan wakil Pandu Puteri Selangor ke Majlis Belia Selangor.
Menjadi orang tengah antara Persatuan Pandu Puteri dan Majlis Belia.
Saya perlu menghadiri mesyuarat serta aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Belia Selangor.
Bagi saya semua peluang ini perlu digunakan sebaik mungkin.
Bagi saya, inilah masanya saya perlu menimba sebanyak mana ilmu untuk digunakan pada masa akan datang.
Jika sebelum ini, tanggungjawab tertumpu kepada sekolah, insyaAllah pada tahun ini matlamat saya lebih jauh.


Pada 18 hingga 20 januari yang lalu, saya bersama 9 orang Pandu Puteri yang lain telah dihantar untuk menjadi Pewakilan Pandu Puteri Malaysia ke Mesyuarat Agung Majlis Belia Malaysia dan diketuai oleh Nurnuha di Hotel Summit USJ.



Buat pertama kalinya saya menghadiri Mesyuarat Agung untuk majlis yang besar.
Di sinilah saya mula memahami fungsi saya sebagai wakil Pandu Puteri. Berkongsi pelbagai pendapat dengan  Majlis Gabungan yang lain.



Paling seronok dapat jumpa Nuha yang merupakan peserta bagi 10th Asia Pacific Regional Conference di Maldives pada tiga tahun yang lepas. Saya berharap dapat berjodoh lagi dengan si Pandu Puteri Raja ini kelak yang juga merupakan Ketua Pewakilan Pandu Puteri Malaysia.




Saya masih dalam kategori belia sehinggalah umur saya mencecah 40 tahun. Jadi masih jauh lagi untuk keluar dari istilah belia. XD
Sangat penat untuk menaip...........layan gambar jelah yer....
Gambarkan mampu menceritakan segala-galanya.
=)




Superbusy


Assalammualaikum wbt.
Segala puji-pujian kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w.

"Superbusy"
Ini merupakan tahun pertama sekolah menjalankan persekolahan 1 sesi.
Sememangnya amat memenatkan. Setiap hari pulang lewat ke rumah dek menyiapkan tugasan di sekolah.
Hari ini, selepas tamat persekolahan padapukul 1.50 tengah hari, saya bergegas untuk mengerjakan solat Zohor. Kemudian terus menghadiri mesyuarat dan pada 2.30 petang pula menguruskan perjumpaan Persatuan Renjer Puteri sehingga pukul 4.00 petang.


Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana saya hanya menguruskan lebih kurang 30 orang Pandu Puteri Renjer sahaja. Dari tahun lepas saya memikirkan cara bagi mengendalikan ahli-ahli yang terdiri daripada ahli lama dan baru. Tahun ini alhamdulillah saya menyelesaikan masalah ini dengan cara saya sendiri dengan bantuan ahli-ahli lama yang telah cekap dengan asas kepanduan.

Berdasarkan buku ujian, seorang Pandu Puteri Renjer seharusnya telah melepasi Pra-Persetiaan dan Kelas Dua. Tetapi masalah akan timbul dengan kemasukkan ahli-ahli baru ataupun semasa ahli tersebut menjadi ahli Pandu Puteri Remaja, beliau tidak memenuhi kriteria untuk ujian Pra-Persetiaan dan Kelas Dua.
Saya hanya mempunyai 7 orang ahli Pandu Puteri Renjer yang telah saya latih sejak tahun lepas untuk mendapatkan Tali Pekelilingan. Walaupun tidaklah setinggi mana, sekurang-kurangnya barisan inilah yang menjadi tulang belakang dalam segala aktiviti yang akan dirancang.

Pada hari ini, saya fokus kepada asas Pandu Puteri. Berusaha untuk memenuhi ujian Pra-Persetiaan.
Saya hanya fotokopi 2 helai buku pengesahan ujian dan menyertakan bersama buku log pelajar. Menyiapkan beberapa point dan mengarahkan Pandu Puteri menghantarnya pada hari ini juga.
Sememangnya saya tahu, sedangkan homework sekolah pun sukar disiapkan, inikan pula kerja tambahan Pandu Puteri. Jadi lebih senang, siapkan hari ini dan hantar hari ini juga,
Hari ini matlamat saya tercapai!

Pada hari ini juga, saya mengajar mereka Lagu Dunia, Taps Siang, Taps Petang, Persetiaan Pandu Puteri, Undang-Undang Pandu Puteri, Panji-panji, Cogan Kata, Logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Logo Dunia, Tanda-tanda Mengesan dan Isyarat wisel. Saya telah menyediakan muka hadapan untuk buku log, senarai Jawatankuasa Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Negeri dan Daerah; dan Sejarah penubuhan Pandu Puteri.

Minggu depan pula, depan bantuan ahli-ahli yang lama akan membantu saya menjayakan ujian berjalan sejauh 2.5km disamping menguji ahli-ahli baru untuk ujian Pra-Persetiaan. Kami merancang untuk melakukan ini bermula dari sekolah dan seterusnya berjalan di kawasan kejiranan sekitar sekolah.
Semoga segalanya berjalan lancar =)
InsyaAllah.

Kesibukan bertambah apabila setiap hari Khamis saya menambah 1 masa terakhir untuk mengajar Fizik Tingkatan 4. Saya terpaksa menggunakan masa yang ada. Syukur kerana pelajar-pelajar 4 Amanah pada tahun ini sungguh positif dan bersemangat! Moga-moga semangat ini kekal sehingga akhir tahun.
Saya amat berharap dapat menghabiskan silibus secepat mungkin supaya saya mampu membuat banyak latihan dengan pelajar saya. Penat, memang penat. Tapi semangat yang ditonjolkan pelajar akan mengatasi kelelahan saya.

Pulang ke rumah pula perlu sentiasa menyemak program edmodo sebagai salah satu cara belajar menggunakan internet. Pada masa akan datang saya akan menjelaskan tentang program yang hebat ini,

Saya pasti pelajar-pelajar juga penat seperti saya.........Sabar, sabar, sabar!!!
Demi Allah, InsyaAllah segala-galanya akan menjadi mudah!!!!!


up