Alhamdulillah
Pada 12-15 September 2014, saya berpeluang menyertai Program Perkongsian Pintar dan Lawatan Sambil Belajar Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Brunei dan Brunei Darussalam.
Ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki pesawat Royal Brunei.
Emak sangat risau dengan kenderaan udara memandangkan siri kemalangan yang terjadi sebelum ini.
Kekalutan jiwa ditenangkan dengan bacaan doa sebelum berlepas.
Royal Brunei merupakan satu daripada dua syarikat penerbangan di dunia yang membaca doa sebelum berlepas.
Tiket penerbangan telah ditempah 3 minggu sebelum tarikh jadual.
Dengan harga RM507 bagi return tiket, saya anggap ianya sangat munasabah dengan makanan yang dihidangkan, layanan yang baik dan paling penting usaha untuk mendapatkan redha Allah seperti bacaan doa, penunjuk arah kiblat serta pakaian pramugari yang bertudung
Perjalanan dari KLIA ke Brunei International Airport mengambil masa sekitar 2 jam 15 minit.Setibanya di balai ketibaan, azan asar usai kedengaran. Semua muslim berhenti menadah tangan dan membaca doa.
Kami di bawa ke Times Hotel yang terletak di Anggerik Desa, 5 minit dari Airport.
Satu bilik 3 orang. Walaupun sedikit sempit untuk kami, saya tetap berpuas hati dengan ruangnya. =)
Rehat sebentar untuk solat.
Hari besok akan bermulanya program kami.
Rehat sebentar untuk solat.
Hari besok akan bermulanya program kami.
0 comments:
Post a Comment