Poskad Elephant Sanctuary Kuala Gandah

Assalammualaikum wbt dan salam sejahtera.
Semalam,  14 Mei 2016, saya mengikuti rombongan sekolah ke Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang.

Pusat ini merupakan tempat di mana gajah-gajah yang diselamatkan ditempatkan dan dirawat. Apa yang mereka lakukan sangat mengagumkan. Gajah-gajah juga dilihat sangat sihat dan gembira dengan aktiviti yang dilakukan.

Apabila tiba di sana, saya segera ke kaunter pertanyaan dan staf memaklumkan kemungkinan poskad boleh didapati di kedai cenderahati.
Namun kedai tersebut telah dikosongkan.

Usai solat zohor di surau, saya singgah di Cafe Jumbo untuk membeli ais krim dek kerana kepanasan sementara menunggu rakan lain menunaikan solat.

Terkejut dan gembira apabila terlihat rak poskad yang sedikit tersorok di belakang peti ais krim. 

Terdapat 8 keping poskad dalam bungkusan ini.
Poskad ini dijual dengan harga RM15.
Saiz poskad ialah standard antarabangsa

7 keping poskad memaparkan gajah yang sedang mandi di sungai dalam Pusat ini manakala 1 lagi poskad gajah di atas trak.

Kualiti poskad sangat cantik dan gambar poskad di ambil oleh Gary Quah.

1 set








Untuk yang berminat mungkin anda boleh hantarkan email kepada 
quahkkj17@gmail.com

0 comments:

Post a Comment


up