Showing posts with label Hobi. Show all posts
Showing posts with label Hobi. Show all posts

Postcard by Emila Yusof


Assalammualaikum wbt,
Pada minggu lepas telah diadakan Festival Sastera Kanak-Kanak 2015 di Dataran Underground, Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Selepas ke Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur bagi memdapatkan cop hari pertama Minggu Setem 2015, saya terus ke Dataran Underground bagi mencari Emila Yusof.

Emila Yusof merupakan seorang Illustrator dan penulis buku kanak-kanak. Untuk mengenali beliau, boleh layari ke laman sesawang beliau Emilatopia.
Anda juga boleh follow Emila Yusof di instagram.
Anak buah saya pun suka baca buku besar beliu, Di mana ibu saya?
Saya juga pernah melihat iklan Hush Puppies yang menggunakan khidmat Emila Yusof.

Saya gembira dapat bertemu sendiri dengan Emila Yusof dan membeli poskad beliau yang tidak boleh dibeli secara online.

Jom lihat poskad beliau. Sangat comel.
Poskad ini dibeli dengan harga RM25 bagi satu set yang mengandungi 10 keping poskad.

A Girl and Pigeons
Emma
Rabbit Girl
I Dream of Trees
Sleeping in the Garden
Dream of Paperboats
A Girl and A Cat
Koala Girl
Suraya
Playing in the Garden

Comel-comel kan?

 Belakang poskad yang telah ditanda tangan.
Sedang menurunkan tanda tangan di setiap helaian poskad =D

Terima kasih kak Emila sanggup turunkan tanda tangan di setiap poskad yang dibeli oleh saya. 


Setem Penny Black

Penny Black merupakan setem berpelekat pertama di dunia yang digunakan dalam sistem pos awam.
Setem ini dikeluarkan oleh Great Britian pada 1 May 1840 dan digunakan secara rasmi pada 6 May tahun yang sama.
Penny Black memaparkan profil Queen Victoria yang direka berdasarkan ukiran potret pada pingat Queen Victoria.

Sempena ulang tahun ke-175 Penny Black pada tahun ini, banyak Pejabat Pos di dunia mencetak semula setem ini dan tidak terkecuali Pos Malaysia.

Malaysia:

Ini merupakan koleksi peribadi saya hasil pertukaran di forum Postcrossing.

Russia:

Austria:

German:

Switzerland:

Italy:

Saya masih lagi berusaha mencari cover Penny Black dari serata dunia. =)

Poskad JOTA Pengakap


Poskad JOTA Pengakap pemberian Cikgu Muhammad, rakan setugas!
JOTA merupakan singkatan bagi Jamboree On The Air (Jambori di Udara).

Terima kasih!


Poskad Rumah Terbalik

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah saya dan anda masih berpeluang bernafas di bumi Allah s.w.t ini.
Hari ini saya menerima sekeping poskad dari kawan semasa di bangku Sekolah menengah, Goh Yin Lee.
beliau melancong ke Sabah dan mengirimkan saya sekeping poskad memandangkan rakannya ini seorang yang gilakan poskad.
Terima kasih banyak-banyak Yin Lee



Poskad ini memaparkan sebuah rumah tradisional Sabah yang terletak di Tuaran, Sabah serta dilengkapi dengan dapur, ruang tamu, bilik tidur dan bilik air dalam keadaan terbalik.
Rumah ini telah dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.
Berdasarkan rujukan saya di laman pakcik google, pengunjung dewasa perlu membayar RM10, manakala pengunjung kanak-kanak pula RM5 untuk lawatan selama 30-45 minit.

Berikut merupakan rumah-rumah terbalik yang terdapat di muka bumi Allah ini.

Restoran Sakasa, Jepun

Florida, USA

Wonderworks, Florida & Tennessee USA

House of Katmandu, Spain

Korea

Austria

Semuanya nampak sangat awesome!
Terima kasih pakcik google atas sumber gambar di atas.

750 Tahun Melaka

Assalammualaikum wbt
Hari ini saya berjaya mendapatkan sampul surat hari pertama, setem dan lembaran mini 750 tahun Melaka.
Bersempena dengan Sambutan Memperingati 750 Tahun Pengasasan Empayar Kerajkaan Melayu Melaka pada tahun ini, Kerajaan Negeri melaka dan Perbadanan Muzium Melaka dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad telah mengeluarkan Serem kenang-Kenangan untuk memperingati acara. Seperti mana yang kita tahu, Melaka telahpun mendapat pengiktirafan sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO.



 Saya pasti ramai kawan-kawan di luar negara akan  gembira menerima setem ini. Pos Malaysia mengeluarkan 2 jenis setem dengan nilai 50 sen dan 90 sen. Setem 50 sen menunjukkan Tokong Cheng Hoon Teng, Melaka yang terletak berdekatan dengan Masjid Kampung Hulu dan juga Kuil Poyyata Vinayagar Moorthi di sebatang jalan yang dipanggil Jalan Harmoni. Tokong ini siap dibina pada tahun 1646 dan merupakan satu-satunya bangunan rumah ibadat penganut Buddha yang tertua di Malaysia. Senibina bangunan ini bercorakkan Hokkien dengan dengan saduran unsur-unsur budaya tempatan masa itu. Tokong ini masih menjadi tumpuan untuk aktiviti keagamaan dan kebudayaan masyarakat Cina. bangunan ini telah menerima pengiktirafan UNESCO dalam senarai Anugerah Merit untuk Pemuliharaan Warisan Budaya.


Masjid Kampung Hulu, Melaka pula diabadikan pada setem 90 sen. Bangunan yang indah ini dibina berdasarkan rekabentuk tradisional Sumatera yang diterapkan dengan unsur-unsur tempatan dan merupakan masjid tertua yang masih digunakan di Malaysia. Ia dibina antara 1720 dan 1728 dan masih tegap berdiri di tapak asalnya. Pembinaan masjid ini telah diusahakan oleh pemerintah Belanda. Masjid ini telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya 1988. Ia merupakan lokasi kunjungan utama para pelancong ke Melaka dan terletak di dalam kawasan Banadraya Warisan Dunia UNESCO.


Lembaran mini yang bernilai 750 sen mengimbau kisau pentadbiran Melaka pada era moden melalui Muzium yang di-Pertua Negeri. Bangunan ini telah didirikan sejurus Belanda mengambil alih kuasa daripada Portugis pada kurun ke-17. Bangunan yang kemudiannya diokenali sebagai Seri Melaka bermula sebagai rumah kediaman rasmi serta pejabat Gabenor Belanda Melaka di zaman silam. Sejurus Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, bangunan ini telah dijadikan kediaman rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri melaka sehingga tahun 2002. Kini, Perbadanan Muzium Melaka telah mengambil alih pentadbiran bangunan ini dan menjadikannya muzium untuk mempamerkan koleksi kesemua barangan milik Tuan Yang di-Pertua Negeri melaka sejak kemerdeekaan Malaysia pada tahun 1957 

Sumber daripada Risalah 750 tahun Melaka

Poskad The Sepia Collection

Assalammualaikum wbt,

Saya ingin berkongsi poskad yang dibeli di CM dengan harga RM1.00
Koleksi poskad berwarna hitam putih. sangat nostalgia!
Dipersembahkan.....The Sepia Collection.

 Sekitar Sungai Kelang

Masjid Jamek

Bangunan bersejarah Melaka

 Rumah tradisional Melayu 

Setem Keretapi Tanah Melayu

Diterbitkan pada 22 Jun 2010.


Poskad Phuket & Krabi

Poskad ini dibeli semasa menziarahi Phuket dan Krabi pada Disember lepas.

Phuket

Krabi


Poskad Taman Tamadun Islam

Poskad dari Taman Tamadun Islam, Terengganu.
Terima kasih kepada Abang Ipar!





Poskad ARCH Malaysia

Poskad yang dikeluarkan oleh Arch Malaysia.








Dijual dengan harga RM1.00 sekeping di Pusat Kraf Jalan Conlay

Poskad Anuar Dan Siri 3

Poskad yang dibeli di Pusat Kraf Jalan Conlay.
Koleksi Anuar Dan Siri Ketiga.
berharga RM7.50 untuk 10 keping.












up