Showing posts with label Pos Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Pos Malaysia. Show all posts

Poskad Tujuh Keajaiban Flora & Fauna Malaysia

Salam,
Pada 23 Ogos 2016 yang lalu, Pos Malaysia telah melancarkan setem 7 Keajaiban Flora dan Fauna di Malaysia.
Kali ini set poskad boleh didapati dengan harga RM7.40 bagi 7 keping poskad.

Syukur, poskad kali ini bersaiz 14.8 x 10.5 cm iaitu standard antarabangsa.
Kualiti Glossy Laminated One Side.

Setem dan poskad kali ini adalah dengan kerjasama Zoo Negara, Universiti Malaya dan Crystal.







Saya membeli poskad ini di Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur dan dimaklumkan hanya di sini sahaja poskad ini boleh dibeli pada 23.08.2016.

Set ini dijual dalam kotak berikut

Postmark 23.08.2016 yang comel :


Saya juga sempat membuat beberapa set maxicard.

Poskad kali ini memang cantik.
Semoga Pos Malaysia akan mencetak banyak lagi poskad pada masa akan datang



Poskad Shaped Postbox oleh Pos Malaysia

Assalammualaikuk wbt dan salam sejahtera.
Mungkin ramai yang tidak sedar akan kewujudan Kelab Setem dan Filateli (KESEF) di sekolah-sekolah.
Sejak tahun tahun, Pos Malaysia akan mengeluarkan poskad bagi pertandingan antara KESEF.
Pada tahun ini, Pos Malaysia telah mengeluarkan 2 shaped postbox yang comel dan hanya boleh dibeli melalui KESEF sekolah tertentu.

Sumber: Pos Malaysia

Poskad ini dijual dalam set 2 poskad dan 2 keping setemku KESEF bernilai 30c sehelai.




Poskad ini mendapat sambutan dikalangan postcrosser kerana terdapat beberapa negara lain seperti Japan, Taiwan dan Indonesia telah lebih awal mempunyai shaped postbox.
Saya juga pengumpul shaped postbox tetapi  mendapatkannya bukan mudah.

Ta ta.


up