Showing posts with label Setem. Show all posts
Showing posts with label Setem. Show all posts

Maxicard Tarian Tradisional






Maxicard Year of the Monkey 2016 Malaysia

Salam,
Saya bukanlah penggumpul tegar maxicard.
Tapi kalau nilai setem yang rendah dan terdapat poskad yang bersesuaian dalam simpanan, apa salahnya kan buat maxicard?

Poskad monyet bukan sesuatu yang sukar untuk dicari.
Monyet pun senang je nak jumpa.

Saya kongsikan beberapa poskad yang sempat saya 'maxi'kan =P

Setem Primates Siri 2/2016 Macaque 60sen:






Miniature Primates Siri 2/2016 Gibbon RM3 :



Poskad Agile Gibbon ini saya peroleh semasa Postcrossing Meet up di Melaka. Diberikan oleh Vera. 

Saya turut membuat maxicard dengan menggunakan setem Primates Siri 1/ 2003 yang memaparkan Proboscis Monkey, 50 sen:







Saya suka sangat tengok Proboscis Monkey. Comel. Poskad Proboscis Monkey hanya boleh didapati di Sabah. Hanya sekeping sahaja diberikan secara percuma oleh Torism Malaysia.
Terima kasih kepada rakan-rakan Malaysian Postcrosser yang membantu mendapatkan poskad Proboscis Monkey yang comel-comel.

Setem Primates Siri 1/2003, Red Leaf Monkey, 30sen:


Membuat maxicard adalah sekadar suka-suka. Tolong jangan kecam saya jika terdapat kesilapan dalam tatacara membuat maxicard.

Pernah suatu ketika dahulu saya berputus asa dengan maxicard kerana ink yang tidak sesuai iaitu berasaskan air.
Segala setem dan poskad rosak begitu sahaja.
Namun, sekarang tidak lagi apabila saya menemui ink yang sesuai dan kering dalam masa 3 saat. =)
Mungkin saya akan kongsikan pada post akan datang.

Sekian sahaja perkongsian ini.
Selamat Malam.

Setem dan Poskad Tahun Monyet 2016

Pos Malaysia akan mengeluarkan setem bersempena Tahun Monyet pada 26.1.15.
Beberapa negara negara telah mengeluarkan setem Tahun Monyet.

Saya kongsikan koleksi saya yang tidak seberapa ini.

Canada:


China:

Singapore:

Slovenia:

Taiwan:


Ukraine:

Japan:




South Korea:


Poskad ASEAN


Pada tahun ini, 2015, Malaysia menjadi Pengerusi bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-26.
Sehubungan dengan itu, Pos Malaysia telah mengeluarkan beberapa edisi setem peringatan bagi Persidangan ini.

Terdapat 2 poskad yang boleh dibeli untuk digunakan bersama-sama setem peringatan ASEAN.

Poskad ini dikeluarkan pada tahun 2007 sebelum Timor Leste merdeka dan menyertai ASEAN. Poskad ini hanya boleh dibeli di Sabah.

Photo by Albert Teo
Published by Sabah Handicraft Centre
www.borneocitours.com

Poskad ini pula dicetak oleh salah seorang Malaysian Postcrosser dan Timor Leste dimasukkan sebagai salah satu negara ASEAN

Designed by Matthew07
Map: Courtesy if the University of Texas Libraries, University of Texas at Austin

Pos Malaysia telah menggeluarkan setem  Keluaran Bersama Komuniti ASEAN.
10 negara telah mengeluarkan setem yang sama. Seronok kalau dapat 10 setem dari negara ASEAN sebagai koleksi.


Setem ini sangat sesuai digunakan bersama poskad ASEAN. 





Setem Postcrossing

Hampir 10 tahun dan 10 juta poskad telah dihantar dan diterima dalam projek Postcrossing. Projek pertukaran poskad ini semakin dikenali dan mendapat perhatian beberapa Pos di dunia. 
Sedar tidak sedar, perkembangan penghantaran poskad sedang berlaku dan ia melibatkan poskad dan setem.

Beberapa negara telah mengeluarkan setem postcrossing untuk digunakan oleh penghantar poskad @ postcrosser.

Adalah menjadi satu kebanggaan bagi postcrosser apabila Pejabat Pos mereka menggeluarkan setem istimewa bagi hobi ini. 

Jom lihat 8 negara yang telah mempunyai setem Postcrossing mereka sendiri.

14 Oktober 2011. Netherlands



9 September 2013 Finland



2 Jan 2014. Belarus




28 May 2014. Guernsey.


Poskad yang diterima dari krew postcrossing

27 Januari 2015 Russia



29 Mei 2015, Slovenia 


2 September 2015 Czech Republic

Sumber dari postcrossing.com



9 Oktober 2015 Ukraine



Bila lagi Pos Malaysia mahu menerbitkan setem Postcrossing sendiri? 
Dengan ahli postcrossing seramai 4154 dan 252 681 poskad telah di hantar ke pelosok dunia, alangkah bagusnya jika Pos Malaysia dapat menyokong aktiviti pertukaran poskad ini.







up