Showing posts with label Kursus. Show all posts
Showing posts with label Kursus. Show all posts

Hari Ke-2 di INTAN & Hadiah Hari Guru

Assalammualaikum w.b.t
Hari ini merupakan hari kedua saya berkursus di INTAN
Saya sangat gembira berkursus di sana.
Selain memperolehi ilmu dan meningkatkan kemahiran, saya juga berpeluang berkongsi masalah dan pengalaman bersama peserta yang lain memandangkan setiap peserta bekerja di Jabatan Kerajaan dan Swasta yang berlainan.
Terdapat peserta berkhidmat di Kementerian Kesihatan Malaysia, Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Tanah Negeri, Jabatan Kastam, Kementerian Pelajaran Malaysia, Institut Perguruan, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Kerja Raya dan lain-lain lagi.
Saya dapat mendengar pendapat yang berbeza dari perspektif kerja yang berlainan.
Saya dapat memberikan cadangan dan memperbetulkan salah tanggapan terhadap pendidikan.

Tiada tekanan semasa berkursus. Setiap hari kami diberikan tugasan kumpulan yang membolehkan kami berkomunikasi dan mengenali antara satu sama lain.

Pada sebelah malam, Cik Tiang datang ke rumah saya. kami bertungkus lumus menyempurnakan hadiah yang diamanahkan oleh hamba Allah ini yang tidak mahu namanya ditulis. Beliau memberikan saya sejumlah wang supaya ia dapat digunakan bagi membeli hadiah untuk guru-guru di sekolah saya. Apa yang boleh saya katakan beliau sangat merendah diri dengan pemberian tersebut.

Sebagai setiausaha Kelab Guru, saya telah memberikan Cik Tiang yang merupakan Pengerusi Kelab Guru, surat bagi mendapatkan tajaan/sumbangan untuk Jamuan Tahunan Guru dan surat penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak yang memberi sumbangan untuk Sambutan Hari Guru.
telah banyak yang dilakukan oleh Kelab Guru pada tahun ini. Namun, masih terdapat segelintir guru yang tidak berpuas hati. Sememangnya sukar bagi menyenangkan hati semua pihak. Apapun yang berlaku, yang penting AJK Kelab Guru telah cuba sedaya upaya bagi memenuhi kehendak guru.

Saya & Cik Tiang di Langkawi

"Minta maaf Cik Tiang kerana tiada di sekolah selama seminggu dan tidak dapat membantu Cikgu untuk persiapan Hari Guru pada hari Jumaat ini."
Tapi saya percaya Cik Tiang mampu melakukan yang terbaik!

Kursus Kepimpinan & Pengurusan Organisasi

KURSUS KEPIMPINAN DAN PENGURUSAN ORGANISASI
23-27 Mei 2011
di INTAN, Bukit Kiara

.:Bengkel i-Nilam:.

Assalammualaikum,
Hari ini saya ke Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor sekali lagi. Tetapi kali ini untuk mengikuti Bengkel i-Nilam.
Bengkel ini bermula pada pukul 9 pagi dan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari.

i-Nilam
Pada bulan Februari, Bahagian teknologi Pendidikan telah mengeluarkan arahan supaya semua sekolah menggunakan pengurusan i-Nilam secara online.
GPM perlu sentiasa mengemaskini data buku yang dibaca oleh pelajar pada setiap bulan.
Jika sebelum ini, kebanyakkan sekolah akan mula mengutip data pada bulan Mei dan Oktober, kini GPM perlu mengutip data tersebut pada setiap bulan.
i-Nilam bukanlah perkara yang amat mudah.
Pertama sekali GPM perlu mendapatkan data SMM iaitu data pelajar daripada Guru Data Sekolah dan mengubahnya kepada format .txt. Kemudian perlu mengikuti beberapa prosedur yang bergantung kepada kelancaran internet.
Kemudian guru Nilam perlu mengisi satu persatu data murid satu sekolah ke dalam sistem tersebut. Data tahun 2009 dan data setiap bulan 2010.
Yang paling rumit ialah pada setiap bulan, guru NILAM perlu memasukkan juga jenis buku yang dibaca oleh setiap pelajar sama ada buku tersebut ialah Fiksyen Melayu, Inggeris, India atau Cina; dan Buku Bukan Fiksyen.

Sistem ini kebaikannya ialah jika semua sekolah telah menggunakan sistem ini, ia akan memudahkan guru sekolah lain untuk mendapatkan maklumat NILAM pelajar yang berpindah.
Tetapi keburukannya ialah sedangkan data setengah tahun pun sukar untuk diperolehi, bagaimana pula dengan data setiap bulan?
Ini hanya akan menambahkan kerja guru Kelas dan guru Nilam.
Pelajar juga tidak ramai yang mencatatkan buku yang dibaca dalam buku Nilam.
Paling berat sekali ialah apabila sesebuah sekolah itu melantik guru GPM sebagai guru Nilam, juga Penyelaras Nilam. Semua tugas GPM yang perlu buat.
Entah apa jadi dengan Jawatankuasa untuk menkaji beban guru????

"Menurut Perintah"
Itulah kata-kata yang sering didengar.

Penutupan Kursus ICTL.

Assalammualaikum wbt,
Bersyukur kehadrat Allah swt kerana saya selamat tiba di rumah dengan selamat.
Kursus pada hari ini tamat pada pukul 12 tengah hari.
Akhirnya saya kenal jua siapakah Pn Rahanim yang selalu disebut oleh Pengetua saya Pn Norha. Pn Rahanim merupakan Timbalan Pegawai Pejabat Daerah Pelajaran Petaling Utama. Banyak input yang diberikan oleh Pn Rahanim semasa diberi peluang untuk berucap semasa Majlis Penutupan Kursus Pemantapan ICTL Daerah Petaling Utama. Perkara pertama berkenaan dengan 5P yang perlu dilaksanakan dalam setiap tindakan iaitu:

P1 - Perancangan
P2 - Pelaksanaan
P3 - Pemantauan
P4 - Penilaian
P5 -Penambah baikan

Kemudian, Pn Rahanim juga turut mengingatkan para peserta untuk sentiasa minimising INPUT and maximising OUTPUT. Maksudnya perancangan itu merupakan tindakan yang penting supaya usaha yang dilakukan dapat menghasilkan produk yang berkesan. Beliau sangat berharap setiap guru dapat menghasilkan gelombang yang mampu mengubah sesuatu yang POSITIF.


Majlis tamat pada pukul 12 tengah hari, disusuli dengan makan tengah hari yang sangat masin. 12.30 tengah hari saya dan rakan terus mengambil teksi dari Resort ke Jeti Pangkor.

Setibanya di Jeti Lumut saya dan rakan bergegas ke Terminal Bas supaya kami sempat mengambil bas sebelum pukul 2 petang. Alhamdulillah Allah mempermudahkan urusan kami. Tiket bas Awana yang akan berangkat pada pukul 2 petang berjaya dibeli oleh kami. Kami Kemudian membeli sedikit ole-ole, solat jamak dan seterusnya menaiki bas.
Tiba di Puduraya pada pukul 6.15 petang.
Ini merupakan kursus terakhir bagi saya untuk bulan ini. Penuh sudah Kad Pelaporan Latihan Kementerian Pelajaran Malaysia dan kad yang baru perlu diminta dari Pn Tan HC.
Besok merupakan hari persekolahan ganti.
Kesimpulannya, saya gembira dengan Kursus ICTL ini. Saya juga turut mendaftarkan diri untuk menjadi JU ICTL PPD PU kepada Pn Hanisah Mohd Ali yang merupakan Ketua Unit Teknik & Vokasional PPD PU (JU - Jawatan Kuasa Utama). JU akan dipanggil untuk menjadi Jurulatih semasa kursus-kursus yang berkaitan. Bagi saya, semasa umur yang muda ini saya perlu memberi peluang kepada diri saya untuk belajar pelbagai perkara. Saya mahu melakukan perubahan kepada sekolah saya. Semoga Allah mempermudahkan urusan saya untuk menjadi yang terbaik.
Itu sahaja buat masa ini.
Semoga anda sentiasa gembira =)...
TERIMA KASIH ALLAH SWT ATAS SEGALA NIKMATMU.

Pangkor Trip

Alhamdulillah...banyak yang saya belajar di sini. Hari ini saya belajar Programming. memang pening kepala....Respect lah kat programmer di luar sana.
Kemudian belajar membuat laman web. Ada dua cara untuk emmbangunkan laman web. Pertama yang paling sempoi menggunakan Word, kedua menggunakan Internet seperti blogger, Wordpress, Webstart dan lain-lain. Saya tertarik dengan membuat web mengguankan word. Sangat ringkas dan mudah.
Kursus tamat pada jam 5 petang.


Kemudian kami ramai-ramai berjalan ke pantai yang berhampiran dengan tempat penginapan kami. Ramai-ramai naik boat untuk pusing pulau dan snorkling. Boat hanya akan bertolak apabila cukup 15 orang. Satu kepala RM15, tapi boleh dikatakan anda tidak akan rugi membayar RM15.


Mula-mula kami dibawa menyusuri pantai-pantai dan teluk-teluk di sekitar Pangkor.
Antara teluk yang dilalui ialah Turtle Bay yang kononnya dahulu terdapat banyak penyu yang singgah di teluk ini dan terdapat batu yang menyerupai penyu. Kemudian, kami melalui Monkey Bay yang dikatakan pada awal pagi akan terdapat banyak monyet-monyet yang akan bergayut-gayut. Kami juga dibawa menyusuri Coral Bay dan Coral Island.
Seterusnya, kami di tunjukkan bagaimana rupanya SEA CUCUMBER dan CORAL. Siap sentuh-sentuh lagi. hahahhahah...
Seterusnya aktiviti yang paling ditunggu-tunggu iaitu MENYELAM
heheheheh
seronok sangat dapat tengok ikan-ikan kecil berenang dan makan roti kat tangan saya.
Entah ada ker peluang camni lagi?
heheheh...apa-apapun saya gembira berkursus di pangkor!!!

Malam pula kami disajikan dengan STEAMBOAT!!!
Banyak sangat saya makan...lagipun memang lapar.hahahah...
Besok dah nak balik...
Uwarggghhhhh....malaslah pula rasanya nak balik ke sekolah..


baiklah...akhir kata..saya mengucapkan selamat malam kepada semua!!!

Kursus~

Assalammualaikum w.b.t
Semoga anda semua sihat dan sentiasa bersemangat menjalani hari-hari yang indah.
Bersyukur kepada Allah swt, Tuhan sekalian alam yang tidak putus-putus menghadiahkan saya pelbagai rezeki yang tidak terkira banyaknya.

Seminggu berkursus.
Dalam seminggu saya menghadiri 2 kursus.
5 hari Kursus Pengurusan PSS dan 2 hari Kursus Pra Waran PP Renjer.

Kursus Pengurusan PSS...
Kursus yang 100% berguna kepada saya. Alhamdulillah apabila saya ke kursus ini, pelbagai persoalan saya telah terjawab. Selama ini saya menjalankan tugas berdasarkan pembelajaran sendiri melalui buku-buku dan fail-fail. Namun, belajar dari manusia sememangnya pembelajaran yang terbaik supaya saya tidak sesat jalan. Sepanjang berkursus saya mengaku saya telah menumpukan sepenuh perhatian saya dalam kuliah. Lokasi hadapan menjadi tempat saya untuk sepanjang berkursus supaya saya tidak leka.

JU dan Peserta Bengkel Pengurusan PSS 35 Jam

Saya belajar mengenai pengurusan, penfailan kewangan, pengkatalogan, memproses buku, memproses bahan buku, OPAC dan pelbagai lagi. Kesemua peserta kursus kebanyakkannya ialah guru GPM (Guru PSS dan Sumber) dan kami berkongsi pelbagai masalah bersama. Apabila kita berada dalam kapal yang sama, kita dapat berbincang perkara yang sama kerana kami merasai masalah yang sama. Rata-rata guru GPM mempunyai masalah yang sama iaitu kebanyakkan guru lain tidak memahami tugas GPM yang sememangnya banyak dan tidak putus-putus kerjanya.

Secara fizikalnya guru melihat GPM hanya duduk di PSS, namun itulah kerja GPM iaitu duduk dan membuat kerja. Bukannya duduk saja-saja. GPM bukan sahaja perlu menguruskan pentadbiran PSS, malah GPM juga perlu memastikan kewangan digunakan dengan cara baik, menjaga harta sekolah iaitu buku-buku dan bahan bukan buku; juga menyediakan perkhidmatan yang terbaik. Sangat berat. Lebih-lebih lagi saya guru yang baru bertatih dalam dunia pendidikan. Saya bersyukur dilantik menjadi guru GPM, selain saya dapat meningkatkan ilmu pengurusan, saya juga mempunyai peluang yang terbuka untuk menjadi orang yang lebih baik dalam hal pentadbiran. Allah swt Maha Mengetahui apa yang saya minati. Sememangnya saya cintakan buku, dan inilah yang Allah kurniakan kepada saya iaitu menguruskan PSS. Yang gembiranya saya juga sempat mengusaikan buku "TRANGENESIS" yang merupakan buku terbitan PTS semasa kursus. Haha..

Kursus Pra Waran Pandu Puteri Renjer meruapakn kursus yang membantu saya mnguruskan pasukan Renjer Puteri SMKKJ. Saya tidak suka menguruskan perkara yang saya tidak mahir kerana kita akna mudah diperlekehkan. Kursus ini mendedahkan saya tentang ujian-ujian yang perlu bagi seorang Renjer Puteri. Saya berharap saya mampu menyediakan log pra waran untuk mendapatkan pelantikan pra waran. Itupun kalau mampu.
Objektif saya tahun depan ialah meningkatkan perkhidmatan PSS. InsyaAllah pulang ke sekolah saya akan mewujudkan Rak Karya Agung, mengemaskini Rak rujukan dan Red Spot, melekat label bagi memudahkan pencarian buku dan mengemaskini beberapa fail yang tidak lengkap.
Semoga Allah swt menguatkan semangat saya untuk memajukan PSS SMKKJ.
Amin..

Rabu depan pulan 12-14 Ogos 2009, saya akan menghadiri kursus ke tiga dalam bulan ini iaitu KURSUS PEMANTAPAN PROGRAM ICTL SEK MEN PERINGKAT DAERAH PETALING yang akan diadakan di Pangkor Coral Bay Resort, Pulau Pangkor.
Bulan 8 merupakan bulan kursus bagi saya.
Entah bilalah kursus fizik??? saya nak pergi....

KURSUS PRA WARAN PP RENJER

KURSUS PRA WARAN PANDU PUTERI RENJER
8-9 OGOS 2009
KOMPLEKS RAKAN MUDA PUCHONG


up