Showing posts with label kucing. Show all posts
Showing posts with label kucing. Show all posts

Sibaru-baru

Saya sangat suka kucing.
Sibaru-baru nama untuk kucing tersebut.
Saya masih ingat lagi, encik suami membawa kucing ini.
Sibaru-baru dijumpai di luar rumah dalam keadaan ketakutan, kurus dan tidak begitu sihat.
Tiada bulu di leher Sibaru.
Sibaru juga tidak mampu bersahabat baik dengan kucing saya yang lain.
Sibaru diasingkan.

Beberapa lama kemudian, Sibaru melahirkan beberapa ekor anak tetapi tiada satupun yang mampu hidup disebabkan ibunya yang juga sakit. Berat hati saya dan suami kerana berhadapan dengan beberapa ekor kematian kucing.

Di Hospital Veterinar UPM selepas X-ray

Sibaru dibawa ke Hospital Veterinar di UPM untuk pemeriksaan dan doktor mengesahkan bahawa terdapat 2 ekor anak kucing mati yang tertinggal di dalam perut Sibaru dan jika Sibaru tidak dibedah, ia akan bertukar menjadi toksin seterusnya boleh membawa kematian.

X-ray Sibaru

Usai melakukan X-ray, saya dan suami membawa Sibaru ke Dr. Tiaga. Saya bersyukur kerana bertemu dengan Doktor yang baik serta memberikan harga yang murah bagi pembedahan Sibaru. Saya memaklumkan kepadanya bahawa saya tidak mempunyai wang yang banyak. Sibaru berjaya diselamatkan dan rahimnya telah dibuang.
Terima kasih kepada Dr. Tiagarajan kerana membantu menyelamatkan Sibaru.
Berikut merupakan alamat Dr Tiaga. Dia seorang yang baik.
No 18 Jalan PUJ 3/13, Taman Puncak Jalil, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan. Telefon: 03-89401055

Sibaru makin sihat dan cantik sekarang.
Namun sehingga sekarang dia masih tidak mesra dengan kucing yang lain.
Sangat gembira dapat menyelamatkan hamba Allah ini. =)

Dunia Haiwan Peliharaan

Assalammualaikum w.b.t
Pada hari ini, saya bersama suami telah berkunjung ke Pet World Malaysia yang diadakan di Mid Valley Megamall.
Pet World diadakan selama 3 hari bermula pada 15 Jun sehingga 17 Jun 2012.
Sangat besar sehingga 3 dewan digunakan untuk pelbagai jualan, pameran dan aktiviti.
Sememangnya rugi jika saya tidak turut serta.

Gerai-gerai

Boleh dikatakan sangat banyak syarikat pengeluar makanan kucing dan anjing turut serta memberikan sampel-sampel percuma, menjual dengan harga yang amat berpatutan. Tidak kurang hebatnya syarikat yang mempromosikan barangan permainan dan makanan sampingan untuk haiwan peliharaan. Terdapat juga makanan haiwan peliharaan yang masih belum dijual di negara kita tetapi telah mula mempromosikan dengan memberikan sampel percuma di sini.

Sampel percuma (ada lagi tapi tak muat nak masukkan)

Sampel percuma lagi

Stok makanan dalam tin

Kebetulan saya mendapat berita bahawa Klinik Veterinar Cheras akan menawarkan promosi membuat passport untuk kucing dengan harga serendah RM15 sahaja. Dengan RM15, saya memperolehi passport untuk kucing saya, cip dan vaksin secara percuma.
Sangat berbaloi!
Harga sebenar untuk passport ini ialah RM90 tidak termasuk vaksin yang berharga sekitar RM35.
Saya hanya membawa Tom dan Yam sahaja.

Di gerai Klinik Veterinar Cheras. Yam selepas dimasukkan cip.

Di sini, saya beetemu dengan jay iaitu pemilik Kedai JJay Pet yang terletak di Kota Damansara. Jay selalu memberikan harga yang berpatutan setiap kali saya membeli pasir kucing dan makanan kucing.
Jjay mengendalikan gerai yang menjual arnab daripada Beh dan Yo. Jadi Tom dan Yam dapatlah berehat di gerai tersebut sebentar.

Bersama Jay

Tak pasal-pasal ramai pula pengunjung mendekati TomYam, padahal itu gerai Arnab. TV9 datang untuk membuat rakaman untuk Berita Adik TV9.
Saya juga disuruh untuk memberikan cara-cara penjagaan kucing.
Hahahha..tak pasal-pasal masuk rancangan budak!

Seorang penjunjung kanak-kanak yang ditemu bual berlatar belakangkan TomYam

dengan serius saya mengatakan sangat seronok Pet World Malaysia 2012! Saya dapat banyak sampel percuma yang boleh disedekahkan kepada kucing-kucing dan anjing-anjing di tepi jalan. Harga juga sangat murah. Stok makanan kucing saya akan bertahan selama 6 bulan!
Alhamdulillah. 18 ekor kucing saya tidak akan kebuluran.

Barang yang dibeli pada hari Sabtu.

Tom mengantuk masa perjalanan pulang ke rumah

Saya datang lagi pada hari Ahad. Kiranya saya datang 2 hari untuk Pet World.

Kucing saya Sibaru baru sahaja dibedah kerana seekor anaknya mati dalam kandungan. Sedih. Alhamdulillah setelah 3 hari 2 malam di wad, dia sudah dibenarkan pulang ke rumah. Sibaru lebih ceria sekarang. Terima kasih Dr. Thiaga.

Kucing Yang Kacak


Adakah anda setuju jika saya katakan kucing ini kacak?
Namanya ialah Prince Silver kepunyaan Kak Farah Ali.
Kucing ini pernah masuk dalam rancangan Nona dan Nasi Lemak Kopi O.
Saya sangat tertarik dengannya...
Kak Farah mempunyai hampir 40 ekor kucing....ohh...banyaknya...kalau saya pindah Perlis, insyaAllah saya akan bela sebanyak mungkin.
Kalau boleh nak datang lagi rumah Kak Farah di TTDI untuk main dengan Prince Silver.

Kucing & Aksi






Tara

Gelagat Taraku sayang

Selamat Malam


Published with Blogger-droid v2.0.1

Trio

Trio nak tidur, tapi mandi dulu


Tukar tempatlah....tinggi sikit


Mandi dulu, baru tidur...


Gelagat Trio kucingku sayang.

Selamat malam..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Kucingku Sayang

Ada 8 ekor tapi susah nak tangkap semua sekali


Published with Blogger-droid v2.0.1

Kucing

Assalammualaikum w.b.t
Pada dua hari yang lepas, saya dan suami telah menjumpai 2 ekor anak kucing yang masih kecil di kawasan tong sampah di kawasan rumah kami.
Jadi kami tidak sampai hati dan terus mengambil kucing tersebut dan membawanya ke rumah kerana masih kecil.
Tiba di rumah saya terus memberinya makan dan sesudah itu, memandikannya. Banyak kutu yang telah jatuh hasil dari ubat dalam syampu mandian kucing.
Usai mandi, kami keringkan badannya.
Jadi kami mengambil keputusan untuk membelanya sehingga ia dikasi dan cukup besar untuk berdikari mencari makanan sendiri (itupun kalau sampai hati lepaskan). Inilah kucing yang baru diambil maka, jumlah keseluruham kucing di rumah pada masa sekarang ialah 8 ekor!


Hari ini, saya telah memerhatikan kekejaman sebuah kereta Toyota Wish berwarna putih di kawasan rumah saya dengan selambanya melanggar seekor kucing yang sedang melintas. Bayangkan menggelabah kucing tersebut dan kakinya terkena tayar kereta tersebut.
Apalah salahnya berhenti seketika dan biarkan kucing habis melintas. Kucing bukannya mempunyai akal fikiran. Sedangkan manusia pun yang dikurniakan akal fikiranpun tidak tahu cara melintas dengan baik, inikan pula kucing yang hanyalah makhluk kecil.
Saya dan suami terus berhenti memeriksan sama ada terdapat kecederaan pada kucing tersebut. Alhamdulillah tiada sebarang kecederaan dan saya terus memberikan sedikit makanan kucing yang memang dibawa dan diletakkan di dalam kereta. Kebetulan saya memang baru pulang dari membeli ikan kucing, saya pun memberikan seekor ikan kepadanya.

Seminggu sekali saya dan suami akan membeli ikan untuk kucing kami. Selain makanan kering, Iams, kami akan merebus ikan dan digaulkan dengan nasi. Kucingpun bosan juga sentiasa makan Iams sahaja. Sesekali perlu memberikan ikan, makanan dalam tin sepeti Avoderm, Whiskas dan Frieskis.

Ikan dibeli di sebuah kedai yang terletak di Taman Melati. Sebut sahaja mahu beli ikan untuk kucing, pekerja kedai tersebut akan memberikan seplastik besar ikan dan menjualnya dengan harga yang sangat murah. Ikan yang tidak habis dijual semalam akan disimpan dan dibuang setelah beberapa hari tiada yang mahu membelinya. Kiranya ikan yang dibeli merupakan ikan yang mahu dibuang tetapi masih dalam keadaan yang baik. Ikan kembung yang amat banyak dengan harga RM5 sahaja. Murahkan? Gambar di atas inipun separuh daripada ikan yang telah dimasukkan dalam periuk untuk direbus.
Seronoklah semua kucing kami dapat makan ikan malam ni.
Terima kasih Allah s.w.t atas rezeki ini

Kucingku demam

Assalammualaikum w.bt.
Sudah 4 hari Tara, Dora dan Kutan demam
Sekarang berjangkit kepada Yuteh pula.
Suami telah membawa kesemua kucing kami ke klinik veterinar di Cheras.
Tara, Yuteh dan Dora telah disuntik dengan 2 suntikan iaitu suntikan antibiotik dan demam. Doktor juga memberikan beberapa jenis ubah untuk diberikan kepada kucing-kami ini. Namun, ianya bukannya mudah untuk memberi kucing makan. Ubat terpaksa dihancurkan dan dicampur dengan air. kemudian disedut ke dalam picagari dan diberikan kepada kucing.
Dora menunjukkan suhu yang paling tinggi. Batuk yang kuat, selsema, mata berair dan badannya sangat panas. Saya dan suami teramat risau.
RM172 dikenakan bagi rawatan kucing kami.
Selama ini mereka tidak pernah sakit sehingga begini.

Kiri: Saya & Dora, Tengah: Yuteh, Dora & Kutan, Kanan: Amin & Tara

Kami sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki semoga kami mampu membela kucing-kucing.

.:Kucing:.

Assalammualaikum w.b.t
Sejak kecil lagi Abah dan Mak mengajar saya untuk bertanggungjawab terhadap seekor kucing.
Tiga beradik diber seekor kucing untuk dijaga. Waktu itu saya baru melangkah ke alam tadika. Kucing pertama saya diberi nama 'Comel'.
Kini tradisi membela kucing masih diteruskan.
Saya bersyukur mempunyai soulmate yang mempunyai minat yang sama seperti saya.
Suami juga merupakan seorang yang sangat sayangkan kucing. Keluarganya juga seperti keluarga saya yang membela kucing sejak sekian lama.

Saya dan suami membela 4 ekor kucing pada masa sekarang.
Kucing-kucing yang dibelatidak pernah dibeli. Kebanyakkan kucing merupakan kucing jalanan yang dikutip. Terdapat juga kucing yang diberikan oleh orang lain kepada kami.

Kucing pertama kami ialah SARJAN TARA. Sarjan Tara diberi oleh Safiyyah, pelajar saya. Tara merupakan kucing jalanan di sekitar rumah Safiyyah.


Kucing kedua pula diberi nama WIRA.Wira diberikan oleh Pn. Rafidah, rakan setugas. Wira merupakan kucing kacukan Scottish dan Bengal.

Kucing ketiga pula ialah YUTEH.Yuteh meruakan kucing angkat yang diambil di salah sebuah kedai kucing di Danau Kota.

Seterusnya ialah DORA yang dikutip di lot memakir kenderaan di kawasan rumah saya.

Pada setiap hari Ahad, saya dan suami akan membawa kesemua kucing kami berjalan-jalan di Taman Riang, Kota Damansara. Walaupun kos membela kucing sedikit tinggi, namun kami gembira dengan kehadiran kucing-kucing sebagai sebahagian daripada ahli keluarga kami. Kami memenuhi semua keperluan kucing-kucing kami sebagai seekor kucing.
Kucing-kucing kami sangat setia kerana apabila dilepaskan di taman, mereka semua akan mengikut kami ke mana sahaja kami pergi tanpa sebarang tali. Apabilapulang dari kerja, semua kan menunggu di pintu dan tidur bersama-sama di atas katil.

Saya dan suami sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki supaya kami terus dapat membela kucing. Kami menanam impian untuk membina sebuah rumah kucing yang besar jika kami dapat berpindah ke Perlis.

up