Showing posts with label Postcrossing. Show all posts
Showing posts with label Postcrossing. Show all posts

Unofficial Greetings from

Ramadan Kareem
Poskad Greetings from telah menjadi kegilaan segelintir pengumpul poskad.

Oleh itu, berinspirasikan poskad Greetings from, ramai juga postcrosser yang telah mencetak sendiri poskad greeting from dengan pelbagai tema.

Salah seorang yang telah menghasilkan poskad berinspirasikan poskad Greetings from dari Malaysia ialah Natasha.
Sehingga hari ini, beliau telah menghasilkan 3 poskad: Greeting from KL Bird Park, Putrajaya dan terkini Penang Hill.



Kualiti poskad ialah Art Card, tebal jika tidak silap saya 210gsm.


Saiz poskad KL Bird Park dan Putrajaya ialah 9.6 x 14.5 cm manakala Penang Hill pula 10.8 x 17 cm.

Harga RM1.20 sekeping

Untuk sesiapa yang berminat boleh hubungi Natasha melalui
 email: natputri89@gmail.com
Instagram: scha_eyong 

Selamat berbuka 

Setem dan Poskad Tahun Monyet 2016

Pos Malaysia akan mengeluarkan setem bersempena Tahun Monyet pada 26.1.15.
Beberapa negara negara telah mengeluarkan setem Tahun Monyet.

Saya kongsikan koleksi saya yang tidak seberapa ini.

Canada:


China:

Singapore:

Slovenia:

Taiwan:


Ukraine:

Japan:




South Korea:


Setem Postcrossing

Hampir 10 tahun dan 10 juta poskad telah dihantar dan diterima dalam projek Postcrossing. Projek pertukaran poskad ini semakin dikenali dan mendapat perhatian beberapa Pos di dunia. 
Sedar tidak sedar, perkembangan penghantaran poskad sedang berlaku dan ia melibatkan poskad dan setem.

Beberapa negara telah mengeluarkan setem postcrossing untuk digunakan oleh penghantar poskad @ postcrosser.

Adalah menjadi satu kebanggaan bagi postcrosser apabila Pejabat Pos mereka menggeluarkan setem istimewa bagi hobi ini. 

Jom lihat 8 negara yang telah mempunyai setem Postcrossing mereka sendiri.

14 Oktober 2011. Netherlands



9 September 2013 Finland



2 Jan 2014. Belarus




28 May 2014. Guernsey.


Poskad yang diterima dari krew postcrossing

27 Januari 2015 Russia



29 Mei 2015, Slovenia 


2 September 2015 Czech Republic

Sumber dari postcrossing.com



9 Oktober 2015 Ukraine



Bila lagi Pos Malaysia mahu menerbitkan setem Postcrossing sendiri? 
Dengan ahli postcrossing seramai 4154 dan 252 681 poskad telah di hantar ke pelosok dunia, alangkah bagusnya jika Pos Malaysia dapat menyokong aktiviti pertukaran poskad ini.






Klang Valley Postcrossing Meet Up








01.12.14: 3rd Malaysia Postcrossing Meet Up

#1 Gambar rasmi

Perjumpaan peminat poskad telah diadakan di Food Court, Kuala Lumpur Convention Centre bersempena dengan Pameran Setem Remaja Sedunia.
 Perjumpaan kali ketiga ini dianjurkan secara kecil-kecilan oleh Kak Newrule yang merupakan orang lama dalam dunia Postcrossing.
 Kami mula berkumpul pada pukul 10.00 pagi dan saya amat bersyukur kerana hampir 20 orang postcrosser menghadiri perjumpaan ini.

#2 Gambar rasmi




Kami sibuk menandatangan poskad meet up. =)
 Saya amat bersyukur kerana dapat menyumbang dalam penghasilan poskad meet up kali ini. =)
 Its a simple postcard


#3 Dari kiri: Ping Hooi Lim, Kak Newrule, saya & imasha
Yang menyedihkan, saya telah tertinggal segala setem yang saya beli bernilai hampir RM300 =(.
 Memang bukan rezeki saya.



Postcard of 3rd Malaysia Postcrossing Meet Up @ KLCC

#11: Postcrossing: Rusia


Hari ini saya menerima sekeping poskad dari Rusia.
27 hari diambil untuk ianya sampai.
Poskad ini memaparkan antara tempat tertua di Rusia,
Bell tower of the Yuriev Monastery.

Poskad Percuma dari Seoul

Anda rugi jika tidak singgah di booth Korea jika mengunjungi MATTA Fair. Booth Korea menawarkan pelbagai hadiah percuma, makanan, topeng muka dan lain-lain. Setiap tahun saya pasti singgah di booth Korea. Pada tahun ini, Korea memberikan perkhidmatan solekan percuma yang dikendalikan oleh Etude. Jadi saya memang menjadi orang pertama untuk disolekkan. Saya juga memperolehi beberapa topeng muka sebagai sampel.

Meh saya tuangkan air untuk pokcik!
Selain itu juga, Korea turut mengedarkan poskad-poskad percuma bagi mempromosikan Seoul. Saya berjaya memperolehi berpuluh-puluh keping poskad dari Seoul ini! hahahahahhaah..



Saya juga berpeluang untuk bergambar dengan si comel dari Korea dan gambar ini diambil dengan menggunakan Kamera Fujifilm Instax. Memandangkan saya merupakan orang terawal yang mengunjungi booth Korea, mereka memberikan saya 3 keping gambar! Ohh....sangat gembira dengan rezeki ini. Saya sangat berharap dapat menziarahi Korea kelak.

Poskad Percuma dari Indonesia


Poskad ini juga saya peroleh daripada MATTA Fair.
Keunikan poskad ini ialah ia disertakan bersama-sama dengan CD untuk tujuan mempromosikan Indonesia.

Poskad ini menunjukkan Pasar Terapung di Selatan Kalimantan Indonesia.

Poskad ini bersaiz 20 cm x 15 cm. Sangat besar.

Saya memperolehi 7 keping poskad yang unik ini.

Terima kasih ya kepada Ibu yang menjaga Booth Indonesia.

Poskad Percuma dari Hokkaido

Hokkaido merupakan pulau kedua yang terbesar di Jepun. Bandar utama Hokkaido ialah Sapporo. Saya paling gembira menerima set poskad Hokkaido ini. Saya menerima seplastik beg lengkap yang mengandungi informasi Hokkaido, Jepun. saya sememangnya tidak perasan akan poskad ini sehinggalah saya mengemas beg plastik tersebut. Maka, saya hanya mempunyai satu set sahaja poskad yang amat cantik ini. Poskad ini menunjukkan pemandangan tempat-tempat menarik di Hokkaido. Warna yang digunakan amat menarik! Sangat suka!

Sunset seen from Chiyoda Hill, Biei

Sunrise on Cape Erimo


Milk Road in Nakashibetsu

Trappist Monastery in Hokuto

Cantik kan?

MATTA Fair seterusnya ialah pada bulan 3 tahun hadapan. Sangat berharap Hokkaido dapat memberikan poskad cantik yang lain pula. Tak sabar XP.

up