Showing posts with label Pusat Sumber. Show all posts
Showing posts with label Pusat Sumber. Show all posts

Pernahkah anda ke Book Xcess?


Assalammualaiku w.b.t
Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad s.a.w
bersyukur kepada Allah s.w.t Yang Esa kerana masih memberi saya kekuatan untuk melakukan ibadah kepadaNya.


Semalam, saya dan suami telah ke Amcorp Mall, Petaling Jaya bagi mengambil sejumlah buku yang telah dipilih pada bulan lepas untuk memenuhi koleksi Pusat Sumber sekolah saya.
Boleh dikatakan buku yang dijual di sini amat murah. Terdapat buku yang harganya 50% lebih murah daripada buku yang dijual di MPH Bookstores. Jika sebelum ini saya membeli di MPH Bookstores, kali ini saya memilih untuk membeli buku English di sini.


Buku Melayu, Agama dan fakta kebanyakkannya saya beli dari PTS Publications.

Kenapa buku di sini murah?
Menurut jurujual Book Xcess, buku yang dijual merupakan buku yang terlebih cetak di luar negara dan di bawa masuk ke negara kita untuk dijual. Oleh itu, buku ini dapat dijual dengan harga yang murah.

Contohnya buku Atlas of The World yang harganya ialah RM 922.50, tetapi hanya dijual dengan harga RM 179.90 sahaja. Buku ini sangat besar dan berinformasi.


Buku Einstein: the Life of A Genius yang dijual dengan harga RM44.90 sahaja. Di tempat lain RM166.00.


Seterusnya, Guiness World Records 2010 pernah di beli oleh sayadi MPH Bookstores pada tahun lepas dengan harga RM99.90 . Tahun ini, Guiness World Records 2011 saya beli dengan harga RM24.90 sahaja (kulit keras). Buku ini sangat diminati pelajar. Buku 2010 sudah seperti belacan.


Lebih daripada 150 buah buku dibeli di Book Xcess!. Sangat puas hati! Berikut merupakan buku-buku untuk Pusat Sumber yang telah di masukkan ke dalam kotak.



Buku untuk Pusat Sumber

Saya dan suami juga turut membeli dua buah komik untuk menambah koleksi buku kami.
terus terang saya katakan, saya dan suami kurang membaca buku berbahasa English tetapi jika ianya KOMIK, kami akan baca!

Buku kami

Hari ini, Mirza dan Chew yang merupakan pengawas bertugas pada hari ini dengan gigih membantu saya memproses semua buku-buku baru ini.
Terima kasih!

Saya syorkan kepada peminat-peminat buku novel English, buku resepi English dan apa jua buku English membeli buku di Book Xcess kerana harga buku-buku di sana sememangnya murah dan kualitinya sama dengan buku yang sama yang dijual di kedai buku yang lain.

Itu sahaja untuk hari ini.
Salam ramadhan

Berakhirnya Minggu PSS 2011

Assalammualaikum wbt semua,
Bersyukur masih bernyawa hingga detik ini.
Walaupun semalam saya terjatuh semasa menuruni tangga disebabkan hujan, Allah swt masih memberikan saya nyawa untuk beribadat kepadaNya.
Terima kasih kepada Allah swt Yang Maha Berkuasa.

Pelajar sedang membaca cerpen untuk Pertandingan Mereka Tajuk Cerpen

Jumaat lepas merupakan hari terakhir bagi Minggu Pusat Sumber 2011.
Boleh dikatakan segala aktiviti yang dirancang dapat dijalankan dengan jayanya walaupun terdapat masalah yang tidak dapat dielakkan.
Boleh dikatakan segala aktiviti mendapat sambuatn yanga mat menggalakkan.
Saya berterima kasih kepada pasukan Pengawas Pusat Sumber 2011 yang sangat hebat dan rajin!

Pertandingan Scrabble

Permainan KIM: Mengingati 10 Judul Buku dalam masa 5 minit


Sedang menilai pemenang untuk Permainan KIM


Kempen keahlian Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya


Pertandingan Meneka Berat Buku

Program bersama Ain Maisarah

Aktiviti di papan kenyataan PSS: Ulat Buku, menyambungkan Cerita

Cikgu bangga dengan kamu semua terutamanya kepada:
Nurashikin Harun

Nurul Ain Syamimi Fauzi
Fatimah Fatty & Hanifah

Nasiha Sufina


Hanif Cheah
Ahmad Syamil

Iqmal
Eman & semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung

Mereka telah banyak membantu saya sepanjang Minggu PSS berlangsung dan sanggup balik lewat untuk aktiviti semasa petang.
Isnin ini merupakan upacara penyampaian hadiah kepada semua pemenang Minggu PSS.
Semoga pada tahun akan datang Pusat Sumber dapat menganjurkan aktiviti yang lebih menarik lagi!

Balang untuk Cabutan Bertuah Peminjam Buku Pagi & Petang
dan balang untuk pertandingan mereka Tajuk cerpen

Minggu PSS: Bersama Ain Maisarah

Dia ialah Ain Maisarah

Assalammualaikum wbt,
Hari ini merupakan hari keempat dalam Minggu Pusat Sumber.
Berdasarkan jadual aktiviti Minggu Pusat Sumber, sepatutnya Ain Maisarah yang merupakan penulis bagi 22 buah buku PTS Publication datang ke SMK Kelana Jaya pada selasa yang lepas. Namun, atas faktor kesihatan, Ain Maisarah datang pada hari ini.
Syukur Alhamdulillah.

15 minit bersama Ain Maisarah

Ain Maisarah sibuk menandatangani buku

Ain Maisarah memulakan Program Jelajah Sekolah dengan memberi 15 minit taklimat berkaitan dengan Kerjaya Penulisan.
Pelajar menunjukkan respon yang positif kepada Ain Maisarah.

Saya yang gembira

Saya, Cikgu Norita dan Ain Maisarah

Kemudian dijalankan sesi temu bual bersama Ain Maisarah bagi dimuatkan ke dalam majalah sekolah.
Sekolah kami merupakan sekolah terakhir bagi Program Jelajah Sekolah Ain Maisarah sebelum bulan Ramadhan tiba.
Beliau akan mengerjakan umrah di bulan Ramadhan dan seterusnya beraya di Mekah.

Sesi temu Bual bersama Ain Maisarah

Tepat pukul 9 pagi, Ain maisarah memberikan Bengkel Kerjaya Penulisan kepada 32 orang pelajar yang berdaftar di Pusat Sumber.
Ain Maisarah banyak memberikan pendedahan kepada pelajar cara bagaimana mahu memulakan sesebuah penulisan novel.
Mendengar taklimatnya terus saya mendapat beberapa idea bagi menulis sebuah novel. (Berangan~~)

Bengkel kerjaya Penulisan

Kad yang ditandatangani oleh Ain Maisarah diberikan kepada setiap peserta bengkel

Kemudian Ain Maisarah ke Kantin Sekolah bagi menandatangani buku-buku novel yang dibeli oleh pelajar.

Pameran Buku

mereka yang gembira

bersama Ain Maisarah merupakan pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Sangat berharap Ain Maisarah dapat datang ke sekolah saya lagi!
Terima kasih Ain Maisarah =)

Dari Ain Maisarah untuk Warga SMK Kelana Jaya

Ramai pelajar yang meminta saya mendapatkan Ain Maisarah dan akhirnya saya berjaya memenuhi impian mereka.
Syukur kepada Allah swt Yang Maha Esa kerana memberi peluang kepada saya untuk menggembirakan mereka.
Saya berdoa supaya mampu menganjurkan banyak lagi aktiviti yang dapat menggembirakan pelajar.

InsyaAllah.

Pelantikan Pengawas Pusat Sumber


Assalammualaikum wbt,
Setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa, Allah s.w.t.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w

Tiba masanya Pelantikan bagi Pengawas Pusat Sumber.
Hari ini sememangnya hari yang cukup sibuk bagi saya.
Seramai 29 orang Pengawas Pusat Sumber dilantik pada hari ini.
Tahun semakin tahun, bilangan Pengawas Pusat sumber semakin bertambah.
Alhamdulillah, tahun ini saya merasa tugas sebagai Guru Perpustakaan dan Media semakin ringan. Ini disebabkan oleh bilangan Pengawas Pusat Sumber yang bertanggungjawab bertambah. Saya bersyukur di kalangan mereka, terdapat ramai yang amat ringan tulang membantu memudahkan kerja saya.
Ya, sesungguhnya Allah s.w.t Maha Adil dan Mengetahui.
Walaupun saya sibuk dengan tugas sebagai Setiausaha PIBG, Dia memberikan saya pembantu yang ramai bagi memudahkan tugas saya sebagai guru Perpustakaan.
Terima kasih Allah s.w.t


Gambar Formal

tahun ini merupakan kali pertama Pengawas Pusat Sumber mempunyai pakaian lengkap. Sebelum ini hanya sekadar kain yang berwarna kelabu tetapi ia perlu ditempah dan mengambil masa.
Warna unggu dipilih disebabkan ia merupakan warna kebangsaan Pusat Sumber. Kebanyakkan sekolah di Malaysia, Pengawas Pusat Sumber memakai baju berwarna unggu. Jika terdapat pelajar yang berpindah, maka mereka tidak perlu membeli baju yang berwarna lain.


Saya amat berharap Pengawas Pusat Sumber dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada setiap warga sekolah.
Selepas pelantikan, saya telah membuat Bengkel pengurusan Pusat Sumber dengan harapan semua Pengawas Pusat Sumber memahami fungsi sebenar Pusat Sumber dan tugas mereka sebagai Pengawas Pusat Sumber.
Selama ini saya hanya mengajar mereka secara terus dan melalui Pengawas Pusat Sumber yang lebih tua.
Maka, besar harapan saya Pengawas Pusat Sumber kali ini lebih berfungsi dan melakukan tugas yang efektif dan berkesan.


Cikgu berharap, kamu semua sentiasa memahami, tugas kita sebagai Pengawas Pusat Sumber bukan setakat bekerja dengan buku, kita juga seumpama jurual yang menjual perkhidmatan yang terbaik bagi tujuan pendidikan.
Kita seumpama jurujual buku yang tahu tentang jenis-jenis buku,
Kita seumpama penjaga Harta Kerajaan.
Kita juga merupakan pemberi maklumat yang terkini seumpama wartawan.
Kita merupakan agen prubahan.



Semoga setiap langkah pelajar ke Pusat Sumber memberi sejuta senyuman.

Terima kasih Allah s.w.t atas kenangan yang indah ini.

salam

Belajar Laminating

Assalammualaikum wbt,
Hari ini diri menunjukkan tanda-tanda bakal dilanda demam.
Batu, sakit tekak dan selsema.
Saya gagahkan diri untuk datang ke sekolah.

Hari ini sedikit kesibukan tentang hal Pusat Sumber.
Saya mengajar beberapa Pengawas Pusat Sumber yang bertugas cara-cara laminating kertas A4 dan A3.

Proses mengajar

Saya telah memuat turun beberapa gambar yang mempunyai kata-kata hikmah dari i luv islam.
saya terus mencetaknya dan menyuruh pelajar laminate bagi ditampal di Pusat Sumber.
Sekarang Pusat Sumber sudah penuh dengan kata-kata hikmah.
Diharap ianya dapat meningkatkan motivasi pelajar.

masing-masing dah buat

Saya dengan bantuan Syamimi telah ke makmal Komputer untuk mencetak label-label untuk Pusat Sumber seperti Dilarang Membuka Kipas, Troli, Keep Silent, Sila letakkan buku di troli, Karel kering dan pelbagai lagi.

Fatimah: Saya Mahu Berjaya

Sangat suka dengan kata-kata ini

Terima kasih Mimi serta pengawas-pengawas yang bertugas hari ini yang telah banyak meringankan kerja saya.
Pengawas yang bertugas pada hari Jumaat memang rajin tidak kira pagi atau petang.
Mungkin kerana semuanya perempuan...
Apapun, teruskan kerajinan anda!

yang buat peace itu ialah Cik Safiyyah yang tidak termasuk dalam pembelajaran hari ini.

Dengan izin Allah swt, insyaAllah kita akan ketemu lagi.
Salam

up