Showing posts with label Malaysian Postcrossers. Show all posts
Showing posts with label Malaysian Postcrossers. Show all posts

2016 Malaysia Foliage and Blooms by Tourism Malaysia

Assalammualaikum w.b.t
Peminat poskad di Malaysia sangat bertuah kerana pada setiap tahun Kemenenterian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mencetak poskad untuk digunakan bagi mempromosikan Malaysia.

Tidak seperti tahun-tahun yang sudah, TM (Tourism Malaysia)  mencetak tema tempat-tempat pelancongan menarik di Malaysia, kali ini bunga dipilih sebagai tema bagi 2016.

Pada tahun ini, TM mengeluarkan poskad bertema bunga: Foliage dan Blooms.


Terdapat 2 set buku poskad yang boleh diperolehi secara percuma di Pusat Informasi TM di seluruh Malaysia. 
Set 1: Foliage dan Set 2: Blooms.
Setiap set terdiri daripada 5 keping poskad yang warnanya agak menarik dan berkilat.

Foliage :






Blooms:






Kesimpulannya, poskad kali ini memang cun!
Tahniah TM 


Poskad Setem

Assalammualaikum w.b.t
Poskad setem banyak dijual di Russia.
Melalui Postcard United.com saya menerima banyak poskad setem yang cantik. Ditambah pul dengan setem Russia yang lawa, ianya menjadi extra lawa =P
Oleh itu, seorang Malaysia Postcrosser telah menghasilkan 3 keping poskad setem dan saya percaya banyak lagi akan menyusul selepas ini.

Tema "People"

Tema "Bunga"

Tema "Haiwan"

Sekian sahaja.
Selamat berhujung minggu.

Poskad Keretapi-Keretapi di Sabah

Assalammualaikum wbt,
Pada tahun akhir 2015, Pos Malaysia mengeluarkan Setem Keretapi-Keretapi di Sabah yang amat cantik.

Oleh itu, rakan-rakan Malaysian Postcrosser yang menetap di Sabah telah mencetak poskad bagi digunakan bersama-sama dengan setem keluaran Pos Malaysia.

Cikgu Dale dari Kota Kinabalu telah mencetak poskad yang memaparkan Vulcan Steam Locomotive di North Borneo Railway dan sama seperti miniature RM5.


Jesse pula mencetak Diesel Multiple Unit Train yang terletak di Beaufort Train Station, Sabah.
Poskad ini sama seperti setem 70 sen.


Anny May dari Tenom turut mencetak poskad Hitachi Diesel Hydraulic Locomotive yang berada di Tenom Railway Station, Sabah.
Poskad ini sama seperti setem 60 sen.


Paling menggembirakan apabila Anny May turut menghantar sekeping poskad berserta tiket keretapi tersebut di belakang poskad. Memandangkan tiada postmark hari pertama, Anny telah mendapatkan postmark Tenom yang jelas serta cop Stesen Tenom.
Terima kasih Anny.


Saya turut mendapat maxicard dari Mimie Jimmy dari Putatan Sabah.
(Atas kelalaian sendiri, lupa letak mana)

Pada hari keluaran setem tersebut, saya tidak dapat ke Pejabat Pos dek kerana komitmen lain di Sekinchan.

Saya bertuah kerana terdapat rakan-rakan Malaysian Postcrosser yang sudi membantu membelikan setem keluaran Pos Malaysia. 

Keretapi mempunyai ramai peminat. Saya juga salah seorang peminat keretapi dan menggumpul setem serta poskad yang berkaitan dengan keretapi.
Tak rugi beli setem keretapi banyak-banyak sebab memang keluaran kali ini sangat cantik.

Tahniah Pos Malaysia.


Poskad Airwells: Elemental Spaces

Georgetown World Heritage Inc (GWHO) merupakan agensi negeri yang dilantik untuk mengekalkan  warisan di Georgetown. Agensi ini berusaha untuk memelihara landskap sejarah di bandar bersejarah, Georgetown

Atas sebab itu, GTWHI telah mengeluarkan poskad-poskad yang memaparkan kehidupan masyarakat dalam ruang bangunan bersejarah di Georgetown.


Semua poskad ini dilukis oleh pelukis bertangan kidal, Lefty Julian

 1 set terdapat 7 keping poskad.
Saiz pula ialah 15 x 10 cm









Belakang poskad:


Set ini dibelikan oleh rakan Malaysian Postcrosser dengan harga RM7.50 (tak silap saya) di GTWHI Penang.
Saya pernah lihat set ini dijual dengan harga RM11.90 di Kinokinuya, KLCC.

Sekian.

Postcrossing Mni Meet-Up Malacca


Bersempena dengan Pameran setem 4 negara, Postcrossing telah mengadakan perjumpaan di Dataran Pahlawan pada 5 Disember 2015 (Sabtu)





Poskad Nasi Lemak dan Satay

Sempena keluaran bersama setem Malaysia-Hong Kong, Matthew telah mencetak 2 poskad bagi digunakan bersama-sama setem tersebut atau dibuat maxicard.

Sumber: Pos Malaysia

Gambar di poskad merupakan sumber daripada foodhunterconcon.blogspot.com dan Matthew telah mendapatkan kebenaran daripada pemilik blog berkenaan.

Satay dan nasi lemak merupakan makanan tipikal Malaysia. Walaupun makanan tersebut boleh didapati di beberapa negara jiran, rasanya amat berlainan sekali.

 
Satay
Nasi Lemak

Poskad ini dicetak pada tahun 2014 dan bersaiz A6.

Belakang poskad

Sekian

Poskad Sempena Jubli Emas 50 Tahun Masjid Negara

Masjid Negara telah meraikan Jubli Emas 50 tahun pada akhir bulan Ogos yang lepas.

Sehubungan dengan itu, 12 keping poskad telah dikeluarkan oleh Pejabat Masjid Negara semasa sambutan tersebut di perkarangan Masjid Negara dan dijual pada harga RM10 bagi satu set.
Semua poskad  ini bersaiz 13.9 cm x 9 cm dan dicetak menggunakan Glossy Art Card. 

Masjid Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Selangor

Masjid Darul Quran, Kuala Kubu Baru, Selangor

Masjid Negara, Kuala Lumpur

Masjid Negara, Kuala Lumpur

Masjid Putra, Putrajaya

Masjid Putra, Putrajaya

Masjid Negara, Kuala Lumpur

Masjid Negara Kuala Lumpur

Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Masjid Negara, Kuala Lumpur

Masjid Tunku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya

Masjid Negara, Kuala Lumpur

Sempena dengan perayaan Jubli Emas ini juga, Pos Malaysia turut mengeluarkan setem Masjid-Masjid di Malaysia pada 27 Ogos 2015 yang memaparkan Masjid Negara, Masjid Kota Kinabalu dan Masjid Zahir Kedah.


Philatelic Society of Malaysia dan World Comm turut mencetak poskad khas bagi digunakan bersama-sama setem keluaran Pos Malaysia.


Poskad ini bersaiz 15.2 cm x 10.2 cm dan dijual dengan harga RM1.50 sekeping.

Sekian


up