Showing posts with label Pandu Puteri. Show all posts
Showing posts with label Pandu Puteri. Show all posts

Poskad Untuk Dijual: World Thinking Day 2016 Connect

Salam kepanduan
Pada setiap 22 Feb, Pengakap dan Pandu Puteri di seluruh dunia akan menyambut Hari Peringatan Sedunia atau World Thinking Day bagi memperingati penubuhan Scouts 

Pelbagai aktiviti dijalankan bagi menyambut World Thinking Day.
Pada tahun ini, World Association of Girl Guides and Girl Scouts telah menetapkan tema Connect

Sejak 4 tahun lepad, Pasukan Pandu Puteri Renjer Unit 17 PJ telah terlibat dalam aktiviti pertukaran poskad dengan pasukan pandu puteri yang lain di dunia.

Tahun ini merupakan tahun kedua kami mencetak poskad kami sendiri yang direka oleh bekas murid saya iaitu Nur Syakirine Nordin.

Poskad ini memaparkan 6 orang Pandu Puteri yang mewakili Region masing-masing.
Terdapat 5 region: 
Hijau: Arab Region
Orange: Western Hemisphere Region
Turquoise: Asia Pacific Region
Blue: Africa Region
Pink: Europe Region

Spesifikasi:
210 gsm Art Card
148 x 150 mm

Harga RM1


Happy World Thinking Day

Brunei Darussalam: Hari 1


Alhamdulillah
 Pada 12-15 September 2014, saya berpeluang menyertai Program Perkongsian Pintar dan Lawatan Sambil Belajar Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Brunei dan Brunei Darussalam.

 Ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki pesawat Royal Brunei.
 Emak sangat risau dengan kenderaan udara memandangkan siri kemalangan yang terjadi sebelum ini.
 Kekalutan jiwa ditenangkan dengan bacaan doa sebelum berlepas.
 Royal Brunei merupakan satu daripada dua syarikat penerbangan di dunia yang membaca doa sebelum berlepas.
 Tiket penerbangan telah ditempah 3 minggu sebelum tarikh jadual.
 Dengan harga RM507 bagi return tiket, saya anggap ianya sangat munasabah dengan makanan yang dihidangkan, layanan yang baik dan paling penting usaha untuk mendapatkan redha Allah seperti bacaan doa, penunjuk arah kiblat serta pakaian pramugari yang bertudung




 Perjalanan dari KLIA ke Brunei International Airport mengambil masa sekitar 2 jam 15 minit.Setibanya di balai  ketibaan, azan asar usai kedengaran. Semua muslim berhenti menadah tangan dan membaca doa.
 Kami di bawa ke Times Hotel yang terletak di Anggerik Desa, 5 minit dari Airport.



Satu bilik 3 orang. Walaupun sedikit sempit untuk kami, saya tetap berpuas hati dengan ruangnya. =)

Rehat sebentar untuk solat.
Hari besok akan bermulanya program kami.










Ladam Kuda Pandu Puteri

 Salam.
Pembentukan Ladam Kuda.

Sumber: Google

Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji).
Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda.
Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli,  memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang  membezakan Pandu Puteri dengan  pasukan beruniform yang lain.


Sumber: Simpanan Peribadi

Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda:
Cara 1: Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli)
Cara 2: Untuk Pasukan Besar.

Ini merupakan cara 2 Pembentukan Ladam Kuda:



 Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda.

Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat.

Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat
(Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut)

Kapten memberikan arahan selanjutnya:

Kapten: Pasukan, keluar baris!
(Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda.

Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik:
Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli)
3 orang bagi Pasukan Panji-Panji
1 orang Pembaca Doa
1 orang Penyampai Kata-Kata Hikmat

Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu Puteri Renjer.

Sekian, semoga sedikit sebanyak dapat membantu Pasukan anda =)

Sumber: Buku Perkhemahan 2013

Isyarat Wisel

Salam Jumaat.

 Isyarat wisel digunakan sebagai satu arahan.
 Semasa mengadakan perkhemahan, isyarat wisel akan digunakan bagi memberikan arahan-arahan tertentu tanpa perlu menjerit.
 Selain wisel, terdapat isyarat lain bagi arahan seperti isyarat tangan.
 Isyarat wisel sesuai digunakan bagi pasukan yang memiliki ahli yang ramai.


Berikut merupakan isyarat wisel yang digunakan bagi Pasukan Pandu Puteri:




 Ok, sekian

Menaikkan Bendera

Salam semua,
Maaf atas keusangan blog saya yang tidak seberapa ini.
Maaf juga kerana tidak dapat memberi respon kepada semua yang bertanyakan soalan.
Kesibukan pada tahun lepas sememangnya menjadikan blog saya totally dilupakan.
Pada tahun ini, saya berhajat untuk lebih berfokus kepada perkongsian terhadap ilmu kepanduan yang tidak seberapa ini.
Saya percaya kebanyakkan guru-guru pemimpin Pandu Puteri mempunyai masalah untuk mendapatkan maklumat tentang beberapa ilmu kepanduan. Sebagai Pemimpin Muda, lebih molek jika saya dapat membantu anda dalam hal ini. 
PERINGATAN: Ilmu saya amatlah cetek, secetek-ceteknya. 
Niat saya hanya untuk berkongsi sedikit pengetahuan.

Post pertama untuk tahun 2014, saya ingin berkongsi tentang cara melipat dan menaikkan bendera bagi istiadat menaikkan bendera.
Secara serius, bukan mudah untuk melipat bendera dan apabila ditarik bendera berkibar dengan megahnya.
Beberapa siri latihan perlu dilakukan secara berterusan supaya ahli Pandu Puteri cekap dan ilmu ini dapat dicairkan kepada ahli Pandu Puteri yang lain.

Pada tahun lepas, Pasukan Pandu Puteri Renjer ke-17 telah diamanahkan untuk Istiadat menaikkan bendera semasa Mesyuarat Agung Pandu Pandu Puteri Daerah Petaling.
Jadi, saya mula mendapatkan khidmat bantuan salah seorang Pengakap sekolah saya bagi mengajar pasukan saya dan juga saya (heheheheheh)
Saya kerap juga meminta bantuan Pengakap bagi membantu kami =)


Berlatih, berlatih dan berlatih...
Kadang-kadang silap lipat, silap ikat, semua tak jadi... langsung tak berkibar bendera. 


Bersyukur pada hari tersebut, bendera berkibar dengan megahnya dalam Dewan =)
Terima kasih ya Leornard (Pengakap yang mengajar kami)

Untuk tidak memanjangkan lagi post ini. Kita teruskan dengan bila masa kita perlu mengibarkan bendera ini???
Ohh....sepanjang yang saya tahu, menaikkan bendera seolah-olah simbolik bahawa sesuatu sedang berlaku yang melibatkan Pasukan Pandu Puteri =)
Contohnya, Istiadat menaikkan bendera merupakan satu keperluan semasa perkhemahan, mesyuarat agung, kursus atau aktiviti pasukan.

Seiring dengan namanya 'Istiadat' beberapa perkara perlu dipatuhi:
- Perlu memakai pakaian seragam lengkap semasa istiadat menaikkan bendera.
-Biasanya istiadat menaikkan bendera dibuat dalam bentuk ladam kuda.
- Semasa perkhemahan, bendera dikibarkan dari pagi hingga matahari terbenam. Bila matahari terbenam bendera perlu diturunkan? Bermulanya hari baru, bendera akan dinaikkan semula.
-Jika semasa mesyuarat atau perjumpaan, Istiadat menaikkan bendera dilakukan semasa pembentukkan ladam kuda iaitu aktiviti pertama perjumpaan, kemudian diturunkan semula setelah tamat perjumpaan atau kursus.


 Cara-cara mengikat bendera:




Selepas bendera ditarik dan berkibar, lagu Dunia akan dinyanyikan 
Jadi perlu menyanyi dengan bangganya.

Pelbagai bentuk tiang bendera boleh digunakan. Ikut kesesuaian. 
Jangan tertekan dengan jenis tiang tu ye.
Kalau ada tiang besi, guna tiang besi. Kalau tak ada, baru bina tiang kayu.


Kemungkinan untuk gagal amat tinggi, tetapi semangat akan mengatasi segala-galanya.

Semoga berjaya!!

p/s: Kalau ada silap dan salah saya alu-alukan komen yang membina.
Sumber: Buku Perkhemahan 2013

World Thinking Day


Happy World Thinking Day to all girl guides and girl scouts all around the world


Belajar Ikatan

Assalammualaikum wbt.

Tidak sabar rasanya mahu merasai cuti sempena Tahun Baru Cina!!!
Setelah melalui beberapa minggu yang sibuk, saya berhak untuk berehat sepuas-puasnya.
Hari ini merupakan perjumpaan terakhir Pandu Puteri renjer sebelum cuti-cuti yang ditunggu.
Hari ini perjumpaan kelima Pandu Puteri Renjer. 
Jika minggu lepas kami Memasak, pada hari ini saya memohon bantuan daripada Leonard, bakal Pengakap Raja untuk mengajar ahli persatuan cara ikatan asas.



Segalanya disediakan terlebih dahulu, kertas, tali rafia (sangat tidak sesuai untuk ikatan, tapi dah terdesak), lidi dan tape.



Belajar ikatan untuk persediaan bagi projek mini gajet yang akan dilakukan pada minggu selepas cuti Tahun Baru Cina sempena Hari Peringatan Sedunia yang bakal disambut oleh Pandu Puteri serta Pengakap.
Kami akan bersama-sama menyediakan gajet sebagai aktiviti Hari Peringatan.


Selain daripada itu juga, Pandu Puteri Renjer akan menunjukkan segala poskad yang ditukar dengan Pandu Puteri di luar negara sempena World Thinking Day.
Kami juga akan melekatkan risalah-risalah dan informasi berdasarkan tema World Thinking Day 2013:
together we can save children's lives & every mother's life and health is precious




 Terima kasih Leonard dan kawannya kerana membantu kami =)


Mesyuarat Agung Majlis Belia Malaysia 2013

Assalammualaikum wbt
Semoga anda semua dalam keadaan sihat-sihat.
Sibuk sungguh minggu ini. Minggu ini sahaja saya menghadiri Mesyuarat Pandu Puteri Peringkat Negeri, Mesyuarat Pandu Puteri Peringkat Daerah dan Mesyuarat Majlis Belia Selangor.
Minggu ini juga saya sibuk mencari sukarelawan yang terdiri daripada ahli Pandu Puteri Selangor untuk ke Program My Beautiful Malaysia Kesukarelawan yang akan dijalankan pada Ahad ini.
Terasa tanggungjawab semakin bertambah.


Hari ini merupakan hari terakhir saya menjadi Setiausaha PIBG. 
Saya merupakan wakil Pandu Puteri Selangor ke Majlis Belia Selangor.
Menjadi orang tengah antara Persatuan Pandu Puteri dan Majlis Belia.
Saya perlu menghadiri mesyuarat serta aktiviti yang dianjurkan oleh Majlis Belia Selangor.
Bagi saya semua peluang ini perlu digunakan sebaik mungkin.
Bagi saya, inilah masanya saya perlu menimba sebanyak mana ilmu untuk digunakan pada masa akan datang.
Jika sebelum ini, tanggungjawab tertumpu kepada sekolah, insyaAllah pada tahun ini matlamat saya lebih jauh.


Pada 18 hingga 20 januari yang lalu, saya bersama 9 orang Pandu Puteri yang lain telah dihantar untuk menjadi Pewakilan Pandu Puteri Malaysia ke Mesyuarat Agung Majlis Belia Malaysia dan diketuai oleh Nurnuha di Hotel Summit USJ.



Buat pertama kalinya saya menghadiri Mesyuarat Agung untuk majlis yang besar.
Di sinilah saya mula memahami fungsi saya sebagai wakil Pandu Puteri. Berkongsi pelbagai pendapat dengan  Majlis Gabungan yang lain.



Paling seronok dapat jumpa Nuha yang merupakan peserta bagi 10th Asia Pacific Regional Conference di Maldives pada tiga tahun yang lepas. Saya berharap dapat berjodoh lagi dengan si Pandu Puteri Raja ini kelak yang juga merupakan Ketua Pewakilan Pandu Puteri Malaysia.




Saya masih dalam kategori belia sehinggalah umur saya mencecah 40 tahun. Jadi masih jauh lagi untuk keluar dari istilah belia. XD
Sangat penat untuk menaip...........layan gambar jelah yer....
Gambarkan mampu menceritakan segala-galanya.
=)




Superbusy


Assalammualaikum wbt.
Segala puji-pujian kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w.

"Superbusy"
Ini merupakan tahun pertama sekolah menjalankan persekolahan 1 sesi.
Sememangnya amat memenatkan. Setiap hari pulang lewat ke rumah dek menyiapkan tugasan di sekolah.
Hari ini, selepas tamat persekolahan padapukul 1.50 tengah hari, saya bergegas untuk mengerjakan solat Zohor. Kemudian terus menghadiri mesyuarat dan pada 2.30 petang pula menguruskan perjumpaan Persatuan Renjer Puteri sehingga pukul 4.00 petang.


Walau bagaimanapun saya tetap bersyukur kerana saya hanya menguruskan lebih kurang 30 orang Pandu Puteri Renjer sahaja. Dari tahun lepas saya memikirkan cara bagi mengendalikan ahli-ahli yang terdiri daripada ahli lama dan baru. Tahun ini alhamdulillah saya menyelesaikan masalah ini dengan cara saya sendiri dengan bantuan ahli-ahli lama yang telah cekap dengan asas kepanduan.

Berdasarkan buku ujian, seorang Pandu Puteri Renjer seharusnya telah melepasi Pra-Persetiaan dan Kelas Dua. Tetapi masalah akan timbul dengan kemasukkan ahli-ahli baru ataupun semasa ahli tersebut menjadi ahli Pandu Puteri Remaja, beliau tidak memenuhi kriteria untuk ujian Pra-Persetiaan dan Kelas Dua.
Saya hanya mempunyai 7 orang ahli Pandu Puteri Renjer yang telah saya latih sejak tahun lepas untuk mendapatkan Tali Pekelilingan. Walaupun tidaklah setinggi mana, sekurang-kurangnya barisan inilah yang menjadi tulang belakang dalam segala aktiviti yang akan dirancang.

Pada hari ini, saya fokus kepada asas Pandu Puteri. Berusaha untuk memenuhi ujian Pra-Persetiaan.
Saya hanya fotokopi 2 helai buku pengesahan ujian dan menyertakan bersama buku log pelajar. Menyiapkan beberapa point dan mengarahkan Pandu Puteri menghantarnya pada hari ini juga.
Sememangnya saya tahu, sedangkan homework sekolah pun sukar disiapkan, inikan pula kerja tambahan Pandu Puteri. Jadi lebih senang, siapkan hari ini dan hantar hari ini juga,
Hari ini matlamat saya tercapai!

Pada hari ini juga, saya mengajar mereka Lagu Dunia, Taps Siang, Taps Petang, Persetiaan Pandu Puteri, Undang-Undang Pandu Puteri, Panji-panji, Cogan Kata, Logo Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Logo Dunia, Tanda-tanda Mengesan dan Isyarat wisel. Saya telah menyediakan muka hadapan untuk buku log, senarai Jawatankuasa Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Negeri dan Daerah; dan Sejarah penubuhan Pandu Puteri.

Minggu depan pula, depan bantuan ahli-ahli yang lama akan membantu saya menjayakan ujian berjalan sejauh 2.5km disamping menguji ahli-ahli baru untuk ujian Pra-Persetiaan. Kami merancang untuk melakukan ini bermula dari sekolah dan seterusnya berjalan di kawasan kejiranan sekitar sekolah.
Semoga segalanya berjalan lancar =)
InsyaAllah.

Kesibukan bertambah apabila setiap hari Khamis saya menambah 1 masa terakhir untuk mengajar Fizik Tingkatan 4. Saya terpaksa menggunakan masa yang ada. Syukur kerana pelajar-pelajar 4 Amanah pada tahun ini sungguh positif dan bersemangat! Moga-moga semangat ini kekal sehingga akhir tahun.
Saya amat berharap dapat menghabiskan silibus secepat mungkin supaya saya mampu membuat banyak latihan dengan pelajar saya. Penat, memang penat. Tapi semangat yang ditonjolkan pelajar akan mengatasi kelelahan saya.

Pulang ke rumah pula perlu sentiasa menyemak program edmodo sebagai salah satu cara belajar menggunakan internet. Pada masa akan datang saya akan menjelaskan tentang program yang hebat ini,

Saya pasti pelajar-pelajar juga penat seperti saya.........Sabar, sabar, sabar!!!
Demi Allah, InsyaAllah segala-galanya akan menjadi mudah!!!!!

Perkhemahan Pandu Puteri Peringkat Kebangsaan 2012

Assalammualaikum wbt.

AMARAN: Post kali ini amat panjang lebar dan anda dinasihati untuk tidak bosan membacanya

Penat tetapi puas. Itu yang boleh saya katakan tentang penyertaan saya di Perkhemahan Pandu puteri Peringkat Kebangsaan 2012. Perkhemahan yang telah dijalankan di Tapak Perkhemahan Puan Tan Chay Yan, Melaka pada 1 hingga 5 November 2012.
Perkehmahan yang dijalankan selama 5 hari ini mencatatkan banyak kenangan dan mencipta pengalaman yang mungkin tidak dapat di mana-mana program. Ini merupakan perkhemahan yang paling besar pernah saya sertai. Melibatkan hampir 550 orang peserta daripada seluruh Malaysia kecuali Kelantan. Mungkin jadual peperiksaan di Kelantan tidak sesuai dengan tarikh perkhemahan ini.
Selangor mengantar 2 kontigen iaitu Selangor A dan B. Setiap kontigen mempunyai sekuang-kurangnya 3 orang guru pemimpin yang dilantik untuk memegang jawatan-jawatan Ketua Kontigen, Jurumasak dan Juru Pertolongan Cemas. memandangkan saya pernah mengambil Ujian Juru Pertolongan Cemas, saya telah dilantik untuk memegang tugas tersebut.



Perkhemahan ini diadakan sebagai peluang untuk setiap peserta mendapat lencana Antarabangsa: WAGGGS Global Action Theme/ Millenium Development Goals. Setiap peserta dibekalkan sebuah passport aktiviti yang dimasukkan dalam tag dan digantungkan dileher supaya sentiasa dibawa.
Peserta dikehendaki menjalankan sekurang-kurangnya 12 aktiviti untuk mencapai 'WAGGGS GAT Specialist Activity Badge' dan mendapat lencana GAT peringkat Emas serta Sijil GAT. pelbagai aktiviti GAT yang kreatif  dan dijalankan di peringkat antarabangsa akan dijalankan secara individu, berkumpulan dan berpasukan. 



Peserta juga berpeluang melawat ke Zoo Negara, menyelusuri Sungai Melaka menggunakan River Cruise Melaka dan melihat Bandar melaka dari Menara Taming Sari semasa aktiviti lawatan.




Selain itu juga, aktiviti Explorace yang dijalankan memberi peluang kepada peserta untuk meneroka Bandar Melaka dengan berjalan kaki. Peserta berpeluang melalui Kota A Famosa, mendaki Bukit St Paul, memasuki Muzium Melaka dan menapak di Jalan Jonker. Melalui aktiviti Explorace, saya menyedari masih banyak tempat yang menarik di Melaka yang belum dilawati oleh saya terutamanya Jalan Jonker. Di sini terdapat taman Warisan Dunia yang menempatkan tugu peringatan Orang Kuat. Selain itu juga, banyak kedai yang menjual pelbagai barangan yang menarik. Paling unik ialah di satu jalan yang dipanggil Jalan Tukang Besi terdapat Masjid, Kuil Hindu dan Kuil Cina yang kedudukannya hanya bersebelahan.





.


Peserta juga dicabar dari segi fizikal di samping meningkatkan jati diri dalam menyempurnakan aktiviti pengembaraan, berbasikal dan paintball. Semasa pengembaraan, peserta diberikan beberapa cabaran untuk disempurnakan antaranya melukis, membongkarkan kod rahsia dan membaca bearing.







Pada malam hari kedua diadakan Malam Tema. Tema perkhemahan ini ailah SHARE atau perkongsian. Kontigen negeri Selangor B, Wilayah Persekutuan KL, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Pulau Pinang, pahang, terengganu dan Perlis, masing-masing menyampaikan persembahan yang berkaitan dengan tema tersebut. Saya tidak dapat menyertai Malam Tema memandangkan saya terpaksa mengiringi pelajar yang terlibat dengan hal kecemasan ke Hospital Melaka.

Pada hari ketiga, iaitu pada 3 November 2012, semua peserta terlibat dengan Hari Terbuka. Hari Terbuka merangkumi pameran untuk mempromosikan negari masing-masing. Setiap kontigen juga dikehendaki menyediakan makanan tradisional untuk dicuba rasa oleh peserta-peserta lain. peserta juga digalakkan memakai baju tradisional negeri masing-masing. namun disebabkan hujan lebat pada hari kedua, kebanyakkan baju peserta telah basah. Kami hanya memakai baju aktiviti.






Kontigen Selangor bersyukur kerana Tourism Selangor telah membekalkan pelabagai bahan edaran dan pameran. Cenderamata juga diberikan selepas kertas soal selidik diisi.
Saya bertemu beberapa rakan yang pernah meneyrtai Seminar Dato Hendon.



Pada malam ketiga pula, diadakan Malam Malaysia. negeri Selangor A, Sabah, Sarawak, Kedah, Johor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak mempersembahkan kebudayaan mengikut keistimewaan negeri masing-masing. sangat meriah. Semua peserta bersemangat untuk menunjukkan budaya mereka.



Pada malam terakhir diadakan Malam Unggun Api. Sangat gempak. Unggun Api yang membakar sehinggamelihatkan perkataan SHARE. Serius cantik. Pada malam ini juga peserta boleh membuat pertukaran hadiah dengan peserta yang lain. Saya turut mengambil peluang menukar semaksima yang boleh.







Perkhemahan Peringkat Kebangsaan hanya akan dijalankan 3 tahun sekali sahaja. Jadi sememangnya rugi jika peserta tidak berusaha mendapatkan lencana yang ditawarkan. saya juga turut berusaha melengkapkan aktiviti yang disediakan walaupun sibuk sebagai Juru Pertolongan Cemas. Setiap peserta yang terlibat akan diberikan sijil manakala peserta yang berjaya memperolehi lencana pula akan turut mendapat sijil pencapaian aktiviti serta lencana.






Saya sangat gembira! Semoga saya dipanjangkan umur untuk menyertai perkhemahan seperti ini lagi.
Saya menyimpan harapan supaya dapat menyertai Perkhemahan peringkat Antarabangsa pula.
Amin.

up