Bermula Ekspedisi Cuti Sekolah

Assalammualaikum wbt,
Tamat kertas Kimia SPM, tamat jugalah tugas saya sebagai guru pengawas peperiksaan.
Alhamdulillah, ringan sikit kepala dan bermulalah masa-masa rehat yang dinantikan.
Bercerita tentang kertas SPM 2009, kertas Fizik tahun ini memang senang. Kertas 1 dan Kertas 2 Bahagian A kebanyakkannya ialah soalan yang tidak merumitkan. Terdapat juga soalan di Kertas dua seakan-akan soalan dari tahun-tahun sudah seperti soalan yang melibatkan Impulsive Force, Soalan yang melibatkan Archimedes' Principle juga sangat mudah. Tiada sebarang pengiraan yang meminta pelajar mengira Bouyant Force hanya setakat mengira spring balance. Bertuahnya pelajar-pelajar yang duduk SPM Fizik tahun ini. Semoga pelajar-pelajar SMKKJ dapat menjawab dengan baik.
Perancangan cuti....ermm..insyaAllah besok saya akan memulakan perjalanan ke Perlis. Dalam perjalanan ke sana yang merupakan kampung suami, kami merancang untuk singgah ke Tambun dan Ipoh untuk melawat kawan baik saya Shafizah Omar Hisham. Kemudian kami juga merancang untuk singgah di Bukit Bendera Penang.
Kepada semua pelajar lepasan SPM, jangan terlalu gembira kerana SPM telah tamat. Ingatlah bahawa ujian sebenar dalam kehidupan baru sahaja bermula.
Berhati-hatilah dalam semua tindakan. Berfikir dahulu sebelum melakukan apa juga keputusan.
=)

Membeli Buku


Assalammualaikum wbt,
lama sudah tidak mengirimkan sebarang pos,
Mungkin saya masih belum dapat membahagikan masa dengan baik semenjak bergelar seorang isteri.
pada dua hari yang lepas, saya ke Jalan Tunku Abdul Rahman atau Jalan TAR untuk membeli tudung yang bersesuaian dengan baju yang baru dijahit oleh ibu tersayang. Alhamdulillah tudung yang diingini berjaya dibeli di Ariani dengan potongan 20%.

Selepas itu, suami mengajak saya masuk ke Pustaka Mukmin untuk mencari buku Keajaiban Kaabah terbitan A to Z Enterprise (Jika tidak silap saya). Saya masuk ke dalam kedai buku tersebut sambil membelek novel-novel di rak. Saya berhajat untuk membeli satu set Novel Sejarah Islam terbitan PTS.
Dalam masa sebulan, saya berjaya menghabiskan pembacaan 4 buah buku iaitu Salahuddin Penakluk Jurusalem, Ikramah Abu Jahal, Sultan Muhamad al-Fateh Penakluk Constantinople dan Abu Ubaidah Penakluk Parsi . Tetiba semangat membaca membara-bara. Alangkah gembiranya apabila buku yang diingini terdapat di kedai buku tersebut.

Berikut merupakan senarai buku yang dibeli oleh saya:
1. Tariq Menang ataupun Syahid oleh Abdul Latip Talib, RM23.90
2. Khalid Memburu Syahid oleh Abdul Latip Talib, RM32.90
3. Bilal bin Rabah Pengumandang Seruan Langit oleh Abdul Latip Talib, RM26.00
4. Uthman Affan Pengumpul al-Quran oleh Abdul Latib Talib, RM24.00
5. Ikan Fugu, lukisan dan Jimson oleh Faisal Tehrani, RM6.00
6. Detektif Indigo Kembali oleh Faisal Tehrani, RM16.00
7. Maaf dari Syurga oleh Faisal Tehrani, RM16.00
8. 9 Nyawa oleh Ramlee Awang Murshid, RM19.90
9. The Last Juror by John Grisham, RM27.00
10. The Broker by John Grisham, RM 26.00
11. GTO Guru Terhebat Olan oleh AD Mirzai, RM 17.90
12. Magnet Rezeki dengan Solat Duha oleh Muhammad Mokhtar, RM10.90
13. Menyingkap Kejahatan Yahudi oleh Ghazi Muhammad al-Qarni, RM 6.90
14. Doa Menjadi Pengantin Baru Setiap Hari oleh Zahazan Mohamed, RM12.00

Banyak buku yang dibeli pada hari tersebut, tetapi buku yang paling dikehendaki suami telah kehabisan stok. Namun suami turut membantu dalam memilih buku-buku yang dibeli. dan semua buku yang dibeli mempunyai 10% diskaun.

Semoga saya dapat menamatkan pembacaan buku-buku di atas =)

Mottainai - Panasonic

Mottainai is a Japanese expression that means what a waste, when something of value is being wasted or used without care.

Pada hari Ahad yang lepas, saya telah ke Mid Valley Bangsar untuk ketemu beberapa orang kawan semasa di sekolah menengah. Seawal pukul 11.00 saya menunggu di South Court untuk menunggu Goh Yin Lee dan Jasmine Lee.
Apabila mereka tiba, kami bertiga terus ke tingkat 4 untuk melawat satu kempen yang sedang dijalankan oleh Panasonic. Panasonic sekali lagi telah mengukuhkan tema kempen Eco Ideas dengan menyebarkan kepada orang awam tentang bagaimana untuk menjimatkan wang dan meningkatkan kehijauan bumi.
Di sini, kami berpeluang untuk mengikuti beberapa aktiviti yang interaktif, demonstasi memasak, tips kecantikan, pameran eko produk Panasonic dan demonstasi eko produk Panasonic.
Aktiviti pertama kami ialah bermain mencari perbezaan di skrin TV yang besar dan hadiahnya ialah kami dapat menangkap gambar kenang-kenangan kemudian dicetak di atas kertas gambar yang comel.
Aktiviti kedua pula ialah menjawab persoalan Nenek Mottainai tentang eco dengan memagang bantal dan menunjukkan jawapan nenek di lantai. Hadiahnya ialah pin kertas nenek Mottainai.
Aktiviti ketiga ialah menjawab soalan tentang eco yang dipilih dari beberapa bidang antaranya Recycle, Water, Earth Climax dan lagi satu apa tah..saya telah memilih Recycle dan hadiahnya ialah kipas nenek Mottainai yang menarik.
Terakhir sekalai kami menulis message di kad yang disediakan bagaimana cara kami menyelamatkan bumi. Kemudian kad tersebut akan dicetak ke dalam satu skrin TV yang sangat besar. Message semua pelawat akan disimpan. Kad tersebut kemudiannya di bawa ke pintu hadapan pusat pameran untuk mendapatkan baju t-shirt Mottainai dan beg eco.


Selepas itu, kami bertemu dengan 3 lagi kawan di Mc Donalds. Sharifah Shahirah, Atiqah dan Azurima. Kami makan bersama sambil berborak tentang masa persekolahan kami. Gembira rasanya dapat berjumpa dengan mereka.sudah hampir 6 tahun kami meninggalkan alam persekolahan tetapi mereka seperti dahulu juga.

Saya terpaksa pulang awal kerana saya perlu ke Nilai untuk membeli sedikit barang untuk perkahwinan saya.
Goh Yin Lee telah mengesahkan bahawa dia tidak dapat hadir ke majlis perkahwinan saya kerana dia masih dalam tempoh berkabung atas kematian neneknya dan dilarang untuk menghadiri sebarang majlis kegembiraan selama setahun.
Jasmine juga kemungkinan tidak dapat hadir.
Yang lain mungkin dapat hadir =D
Kesimpulannya pada hari tersebut, saya teramat gembira dapat bertemu dengan Goh Yin Lee, Jasmine, Sharifah Shahirah, Azurima dan Atiqah.

Semoga Allah swt mempertemukan kita lagi pada masa akan datang, InsyaAllah.

Tudung

Assalammualaikum wbt,
Hari ini merupakan kelas Fizik terakhir bagi minggu ini.
Pelajar tingkatan empat akan mula bercuti pada hari Rabu ini
Manakala pelajar Tingkatan satu pula akan mula bercuti pada besok hari.
saya pasti bosan di sekolah.
Saya telah menggalakkan pelajar 4A datang ke sekolah untuk belajar Fizik dengan saya walaupun mereka bercuti. Lagipun mereka perlu membuat persiapan untuk menduduki Peperiksaan Akhir Tahun pada 20 Oktober ini. Bagi saya, pelajar-pelajar perlu menumpukan perhatian yang lebih bagi topik di Tingkatan 4 untuk menempuhi SPM kelak.

Saya harap beberapa pelajar dapat datang pada hari cuti mereka. Saya pasti kebosanan jika tidak mengajar.
Korang datanglah!!! belajar kat Pusat Sumber....

Pada Sabtu yang lepas saya telah menerima bungkusan Sky Net daripada Terengganu.
Saya menempah tudung di sini. Tudungnya labuh dan kainnya sangat berkualiti. Saya sememangnya akan menempah lagi tudung seperti ini.
Cantikkan perempan di bawah ini. hehehhehe...




up