India #1


Assalammualaikum,
perjalanan ke India selama 1 bulan membawa berjuta kenangan indah dan pengalaman yang tidak mungkin dapat saya peroleh daripada negara yang lain.

Benarlah kata-kata penulis Amerika, Mark Twain :
"India is, the cradle of the human race, the birthplace of human speech, the mother of history, the grandmother of legend, and the great grand mother of tradition, our most valuable and most instructive materials in the history of man are treasured up in India only"

Terlalu banyak tempat bersejarah, juga pelbagai kerenah manusia yang dapat dilihat. Walaupun sebulan kami berada di India, kami hanya sempat berada di Utara, Selatan dan Barat India.
Perjalanan kali ini diuruskan oleh keluarga pelajar suami saya iaitu keluarga Encik Shahul Hameed. Atas pertolongan keluarga mereka, kami dapat mengelilingi India dengan kos yang paling minimum iaitu kurang daripada RM2000 seorang selama sebulan termasuklah kos pengangkutan udara dan darat (kereta api + kereta), makanan, tempat tinggal dan bayaran masuk ke kawasan-kawasan bersejarah serta kawasan perlancongan.

Perancangan ke India telah bermula sejak di awal perkahwinan kami. Namun, disebabkan faktor kewangan yang tidak mengizinkan, kami menundakan hajat ini. Alhamdulillah, tahun 2010 Allah s.w.t telah memurahkan rezeki kami dan kami dapat ke India dengan izinNya bersama-sama dengan keluarga Shahul Hameed, Ayah dan Ibu mertua.

Segala penempahan tiket kapal terbang dan tiketr kereta api dibuat 4 bulan sebelum tarikh ketibaan. Walupun seawal begini, kami di antara penumpang yang lewat menempah tiket kereta api.

Saya akan berkongsi pengalaman mengenali bumi India selama satu bulan di blog saya ini!
Semoga segala perkongsian mendapat kebaikan untuk kita bersama. InsyaAllah

.:Kucing:.

Assalammualaikum w.b.t
Sejak kecil lagi Abah dan Mak mengajar saya untuk bertanggungjawab terhadap seekor kucing.
Tiga beradik diber seekor kucing untuk dijaga. Waktu itu saya baru melangkah ke alam tadika. Kucing pertama saya diberi nama 'Comel'.
Kini tradisi membela kucing masih diteruskan.
Saya bersyukur mempunyai soulmate yang mempunyai minat yang sama seperti saya.
Suami juga merupakan seorang yang sangat sayangkan kucing. Keluarganya juga seperti keluarga saya yang membela kucing sejak sekian lama.

Saya dan suami membela 4 ekor kucing pada masa sekarang.
Kucing-kucing yang dibelatidak pernah dibeli. Kebanyakkan kucing merupakan kucing jalanan yang dikutip. Terdapat juga kucing yang diberikan oleh orang lain kepada kami.

Kucing pertama kami ialah SARJAN TARA. Sarjan Tara diberi oleh Safiyyah, pelajar saya. Tara merupakan kucing jalanan di sekitar rumah Safiyyah.


Kucing kedua pula diberi nama WIRA.Wira diberikan oleh Pn. Rafidah, rakan setugas. Wira merupakan kucing kacukan Scottish dan Bengal.

Kucing ketiga pula ialah YUTEH.Yuteh meruakan kucing angkat yang diambil di salah sebuah kedai kucing di Danau Kota.

Seterusnya ialah DORA yang dikutip di lot memakir kenderaan di kawasan rumah saya.

Pada setiap hari Ahad, saya dan suami akan membawa kesemua kucing kami berjalan-jalan di Taman Riang, Kota Damansara. Walaupun kos membela kucing sedikit tinggi, namun kami gembira dengan kehadiran kucing-kucing sebagai sebahagian daripada ahli keluarga kami. Kami memenuhi semua keperluan kucing-kucing kami sebagai seekor kucing.
Kucing-kucing kami sangat setia kerana apabila dilepaskan di taman, mereka semua akan mengikut kami ke mana sahaja kami pergi tanpa sebarang tali. Apabilapulang dari kerja, semua kan menunggu di pintu dan tidur bersama-sama di atas katil.

Saya dan suami sentiasa berdoa agar dimurahkan rezeki supaya kami terus dapat membela kucing. Kami menanam impian untuk membina sebuah rumah kucing yang besar jika kami dapat berpindah ke Perlis.

Selamat Hari Raya


Assalammualaikum w.b.t
Bulan Ramadan telahpun berlalu
Sedih kerana tidak banyak amalan yang dapat dilakukan sepanjang bulan Ramadan disebabkan kesihatan yang tidak memuaskan. Saya berdoa agar berpeluang bertemu dengan Ramadan akan datang supaya saya dapat melakukan banyak amalan.

Raya ini merupakan raya pertama saya bersama suami.
Selama seminggu kami beraya di Tok Pulau Perlis.
Raya pertama saya membantu ibu mertua di dapur bagi menyiapkan juadah untuk tetamu yang datang ke rumah.
Raya kedua pula, keluarga sibuk beraya di rumah saudara-saudara di sekitar Perlis dan Kedah.
Raya seterusnya ula, saya dan suami ke Jitra untukberaya di rumah Kak Aisyah iaitu rakan setugas suami di sekolah.

Saya gembira apabila berada di Perlis.
Perlis tidaklah seperti di Kuala Lumpur. Walaupun jalan utama di Perlis kebanyakkannya ialah jalan raya satu barisan bagi satu hala, tetapi keadaan ini lebih baik daripada kesesakan di Kuala Lumpur walaupun jalan mempunyai banyak barisan kereta bagi satu hala.
Tempat yang tidak akan saya lepaskan untuk pergi ialah Radix Chicken House dan Radix Fried Chicken. Kedai makan ini konsepnya seperti Kentucky Fried Chicken (KFC) tetapi menggunakan ayam organik yang dibela sendiri dibawah Syarikat HPA.
HPA juga turt mengembangkan perniagaannya dengan membuka pelbagai jenis kedai makan,kedai dobi, hotel dan kedai baju di sekitar Kedah dan Perlis.
Semoga HPA terus berkembang.

Akhir sekali, sayaa dan suami ingin mengucapkan Selamat Hari Raya.
Saya memohon kemaafan atas segala kekhilafan dan kesalahan dalam sedar ataupun tidak sedar kepada semua yang mengenali saya.

.:Terima Kasih:.


Assalammualaikum wbt,

Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah kepada Pengetua saya, Pn. Norha bt Hamzah kerana menerima Anugerah Pengetua Cemerlang.
Pengetua juga akan berpindah ke sebuah sekolah lain yang lebih baik untuknya. SMK Bukit Rahman Putra.
Ini merupakan berita gembira baginya, tetapi begitu sedih bagi saya.

Pn Norha,
Seorang ketua yang sering menyokong kerja dan usaha saya walaupun sedikit,
Seumpama seorang ibu yang sentiasa memberikan kata-kata semangat semasa saya dalam keadaan menyedihkan,
Seorang rakan yang sentiasa membela semasa saya cuba dijatuhkan....

"Awak seorang yang berpotensi, saya mahu lihat awak berjaya"
Itulah kata-kata yang sering diungkap oleh beliau setiap kali saya menangis di hadapannya...

Tiada apa yang boleh saya ungkapkan,
Terima kasih Pengetua atas segala-segalanya...
Semoga Allah sahaja yang membalas jasa Pengetua.
Saya begitu sedih kehilangan pengetua yang sering menyokong saya....
"Ya Allah, Kau permudahkanlah segala urusan pengetuaku di mana sahaja dia berada"

"Shaliza,
awak kene belajar berdiri di kaki awak sendiri,
awak mampu pergi jauh tanpa saya."

Semoga saya mampu bertahan...
Ya Allah Kau kuatkanlah semangatku bagi menempuh hari-hari mendatang.

up