Perancangan ke Jepun: Osaka, Wakayama, Kyoto, Nara, Iga, Ise & Nagoya

Assalammualaikum wbt
Sawang, saya tahu blog saya ini sudah bersawang =P
Walaupun tiada sesiapa yang membaca blog saya yang usang ini, tidak salahnya untuk berkongsi perancangan yang tidak seberapa ini.
Saya dan En. Suami akan terbang ke Jepun pada 1 Disember 2014 ini.
Saya sebenarnya tidak pernah menyangka akan ke Jepun buat kali ke dua selepas mewakili Persatuan Pandu Puteri Malaysia sebagai Pemimpin Muda tahun lepas di Tokyo, Jepun.

En. Suami sentiasa berharap dia akan dapat merasai pengalaman menjejaki negara terbit matahari seperti Isterinya. Oleh itu pabila Air Asia yang terkenal dengan tambang murah ini menawarkan tambang murah ke Osaka, En. Suami dengan segeranya menelefon si Isteri untuk menempah sesegera yang mungkin.


Kami inginkan pengalaman mengembara dari Osaka ke Nagoya. 
Ini akan menjadi pengalaman pertama kami mengembara di musim sejuk.
 Perancangan ke Jepun dibuat seawal bulan Januari 2014 apabila Air Asia menawarkan tambang murah. Kami berjaya menempah dengan harga RM1100 bagi penerbangan ke Osaka dan pulang dari Nagoya.

Selepas tempahan dilakukan, kami telah merancang dengan teliti tentang kewangan dan meminimumkan kos semasa di sana kelak.
Kami bukannya berduit dan keluarga pun daripada keluarga yang biasa-biasa.
Oleh itu, kami perlu menyimpan bagi merealisasikan kos minimum kami ini.
Menyimpan! Setiap bulan kami target menyimpan RM250.
 Jadi ada 10 bulan untuk menyimpan, dapatlah RM2500. Kemudian kira-kira dilakukan untuk mencari segala punca kewangan yang boleh diperolehi. hehehehhehe
Rezeki, saya dapat APC, jadi adalah extra RM1000.

Seterusnya layari segala blog-blog yang amat membantu. 
Selain itu kami ke MATTA Fair untuk mendapatkan semaksimum maklumat pengangkutan, maklumat umum, maklumat tempat perlancongan dan lain-lain.
Idea ilternary  diperolehi dengan mudah. Segala risalah daerah yang ingin dikunjungi dirembat sebanyak mungkin.

Jadi saya mula menyusun perancangan 13 hari perjalanan kami secara kasar:



1 : Osaka
2: Osaka
3: Osaka
4: Ke Mount Koyasan, Wakayama
5: Menaiki Electric Railway Kishi dan ke Osaka
6:  Osaka
7: Ke Kyoto
8: Kyoto
9: Kyoto dan ke Nara
10: Nara ke Iga Kambe  dan ke Ise-shi
11: Ise-shi dan ke Nagoya
12: Nagoya
13: Nagoya dan pulang ke MALAYSIA

Seterusnya saya mula membahagikan kepada beberapa perkara.
Pertama saya perlu memperincikan kos pengangkutan, kedua kos penginapan, ketiga kos bayaran masuk ke tempat lawatan, keempat kos makan dan kelima extra

Sebelum memulakan pengiraan bagi kos pengangkutan, saya menyenaraikan segala tempat pelancongan yang saya ingin lawati di setiap daerah. Dari sini saya mula menentukan pengangkutan terbaik bagi menghubungkan segala tempat yang saya inginkan.
Ada orang yang hanya mengambil tour yang ditawarkan di sesetengah bandar, bagi saya yang ingin kos yang minimum, buat sendiri je.
Seperti yang semua sedia maklum, Jepun sangat popular dengan sistem pengangkutan awam yang pelbagai dan cekap.
Serius, memahami peta jalan keretapi memerlukan kesabaran dan ketenangan yang tinggi!
Perancangan perjalanan saya banyak menggunakan HyperDia.com yang amat membantu.
Kemudian saya melayari segala website daerah yang ingin dikunjungi kerana kebanyakkan daerah menawarkan pas yang amat berbaloi untuk pelancong.
Pengangkutan sahaja saya ambil masa yang lama untuk membuat satu keputusan.
Ada orang yang ingat JR Pass adalah yang terbaik. Harus diingat, JR hanya menghubungkan bandar-bandar besar sahaja. 
Saya simpan segala maklumat dalam buku yang dikhaskan untuk ke Jepun.
Saya sediakan segala ini untuk MATTA Fair kedua pada bulan September untuk memastikan pilihan saya adalah yang terbaik!
Ianya ambil masa tetapi saya percaya saya akan mencapai kepuasan sekiranya segala-galanya berjalan dengan lancar semasa di Jepun nanti.
Seterusnya, saya turut menghantar idea itenary saya dan perjalanan saya di Tripadvisor.
Saya memperbaiki perancangan dengan beberapa cadangan yang berguna diberikan oleh beberapa orang. =)
Pada mulanya saya merancang untuk mengambil Kansai Thru Pass semasa di Kyoto namun, atas nasihat beberapa orang di Tripadvisor yang menyatakan bahawa lebih elok ambil individual tiket, jadi saya ubah perancangan saya.

Berikut merupakan rancangan bagi pengangkutan:
1: Osaka / Dari KIX Airport ke Izumifuchu/ 720 yen x 2 : 1440 yen
2: Osaka
3: Osaka
4: Ke Mt Koyasan/ Koyasan World Heritage Ticket / 2860 yen x 2 : 5,720 yen
5: Dari Mt Koyasan turun di Hashimoto St. Ambil JR ke JR Wakayama St. / 840 yen x 2 : 1,680 yen
Wakayama Electric Railway Kishi Line a day pass / 650 yen x 2 : 1,300 yen
Dari JR Wakayama ke JR Izumifuchu / 710 yen x 2 : 1,420 yen
6: Osaka
7: Dari Osaka ke Kyoto/ JR Train 560 yen x 2 : 1120 yen
8: Kyoto/ From Kyoto Station to Kameoka 240 yen x 2 : 480 yen
Sagano Romantic Train 650 yen x 2: 1300 yen
9:Kyoto/ One day pass buses 500 x 2 : 1000yen
Dari Kyoto ke Nara/ Mula guna Kintetsu Rail Pass Valid for 5 days / 3,800 yen x 2 : 7,600 yen
 Taxi from Kintetsu Nara Station to Deer Park Inn 1000 yen
10: Nara ke Iga Kambe ke Ise-shi / Kintetsu Rail Pass
11: Ise/ One day bicycle rent 500 yen x 2 = 1000 yen
Ise-shi ke Nagoya / Kintetsu Rail Pass
12: Nagoya / Kippu Wekend One Day Pass / 600 yen x 2 : 1,200 yen
 Train Meitetsu Nagoya-Chubu International Airport 850yen x 2 :1700 yen


Anggaran Jumlah Kos Pengangkutan: 
1440 + 5720 + 1680 + 1300 + 1420 + 1120 + 480 +1300 + 1000 + 7600 + 1000 + 1000 + 1200 + 1700
= 27, 960 yen [ RM838.80]
+ Saya extrakan 10,000 yen untuk tiket individu di Osaka, Kyoto atau last minit decision.
= 37,960 yen [RM1138.80]


Kedua kos penginapan
Selepas pengangkutan telah ditetapkan, saya mula mencari hostel dan guesthouse yang berdekatan dengan laluan pengangkutan yang telah dirancang.
 Saya cuba untuk tidak menempah melalui Hotel.com, Agoda.com atau seangkatan dengannya.
 Saya akan cuba menghantar email terus ke guesthouse @ hostel yang saya inginkan.
Kebanyakan guesthouse dan hostel di Jepun hanya menerima tunai. Tempahan boleh dibuat seawal tiga bulan sebelum tarikh ketibaan.
Saya melayari Tripadvisor dan mengambil sedikit masa membaca segala komen yang diberikan.
Disebabkan bujet yang minimun, saya cuba mendapatkan hostel atau guesthouse yang sesuai dengan bajet kami, selesa, dan mempunyai ruang untuk kami solat.
Kebanyakkan guest house mempunyai 2 jenis bilik. 1 jenis dorm dan 1 jenis bilik.
Kami memilih untuk mengambil bilik kerana kebanyakkan guesthouse akan menutup lampu seawal 11 malam. Jadi kami fikir, kami perlu bangun pagi untuk solat Subuh dan jika kami memilih dorm, akan menganggu penginap yang lain.
Jadi tambah sedikit untuk bilik apa salahnya, asalkan under bajet, ye dak?
Saya dikira bertuah kerana mempunyai keluarga angkat di Osaka.
Keluarga Angkat Jepun diperolehi semasa program Pandu Puteri sememangnya mengurangkan kos penginapan kami. 5 malam kami akan menginap di rumahnya yang terletak di Osaka. =)
Tempahan telah dilakukan dan semuanya telah "confirm".Alhamdulillah. 


Berikut merupakan hostel dan guesthouse yang telah ditempah:

1: Osaka / Rumah Keluarga Angkat Inai
2: Osaka / Rumah Keluarga Angkat Inai
3: Osaka / Rumah Keluarga Angkat Inai
4: Mt Koyasan, Wakayama / Koyasan Guesthouse Kokuu / 9,000 yen  / Private Room
5: Osaka / Rumah Keluarga Angkat Inai
6: Osaka / Rumah keluarga Angkat Inai
7: Kyoto / Hana Hostel / 6,800 yen  / Twin Ensuite Japanese
8: Kyoto/ Hana Hostel / 6'800 yen  / Twin Ensuite Japanese
9: Nara / Deer Park Inn / RM205.15 / Double Ensuite Room
10: Ise, Mie / Ise Guesthouse Kazami / 6,000 yen  / Private Room
11: Nagoya / Eco Hotel Nagoya / 4,000 yen  / Double Room
12: Nagoya / Eco Hotel Nagoya / 4,000 yen  / Double Room

Jumlah kos penginapan: 
9,000 + 6,800 + 6,800 + 6,000 + 4,000 + 4,000
= 36,600 yen [RM1098.00] + RM205.15
= RM1303.15 + RM300 extra untuk kecemasan

 Ketiga kos masuk ke tempat lawatan:
Saya hentam 15,000 yen [RM450]

Keempat kos makan:
10,000 yen [RM300]
 Bawa banyak-banyak Pama, Mee Goreng Segera, Ikan bilis goreng dan sambal, serunding daging dan ayam, nasi segera boleh beli di 7 Eleven.


Kelima kos extra:
Kos extra ni tak wajib pun tapi memang kita akan ada keinginan nak beli itu dan ini.
Ini bergantunglah.

Keseluruhan kos wajib:
Air Asia: RM 1100.00
Pengangkutan: RM 1138.80
Penginapan: RM 1603.15
Bayaran masuk: RM 450
Makan: RM 300

Jumlah: RM4591.80
*Ini semua  anggaran untuk dua orang.

Postcard of 3rd Malaysia Postcrossing Meet Up @ KLCC

Bercuti di Pulau Jerejak

Assalammualaikum wbt
Pada Cuti Hari Malaysia yang lalu, saya dan En Suami ke Pulau Jerejak bagi menikmati cuti bersama.
kami telah membeli kupon semalam ini pada MATTA Fair bulan 3 yang lepas dan hampir terlupa akan kewujudan kupon ini. Atas keprihatinan En. Suami, Alhamdulillah kami berpeluang ke Pulau Penjara ini.
Kami beli pada harga RM80 untuk semalam dan ianya amat berbaloi.
Kami bertolak dari Kuala Lumpur dan melalui Jambatan Pertama Pulau Pinang dan seterusnya menuju ke Bayan Lepas.


Terdapat papan tanda Pulau Jerejak selepas Jambatan Pertama tetapi hilang begitu sahaja.


Menujulah ke Queenbay Mall tapi selepas melihat tanda di bawah ini, masuk dan di sinilah Jeti ke Pulau Jerejak. 


Terdapat jadual bagi menaiki bot ke Pulau Jerejak.
Saya nasihat anda supaya tidak terpengaruh dengan laman sesawang mana-mana tentang jadual perjalanan bot tersebut. Berhubunglah terus dengan pihak Resort bagi jadual yang terkini. 
Kerana akibat percaya dengan laman seswang blogger lain, saya terpaksa menunggu 2 jam lamanya untuk bot seterusnya. Kos menaiki bot ialah percuma. Pergi dan balik.



Kami menginap di blok Samudera. Tentang makanan, harga RM80 untuk tidur je, jadi makanan kami dah siap bawa kerana seadanya kami maklum dengan harga resort yang kemungkinan besar mahal harganya.


Besok pagi kami bersiap untuk menikmati swimming pool yang besar.
Seakan-akan kami yang punya kerana tiada sesiapa pun!
Pelik juga kerana bagi saya semuanya ok di sini entah mengapa tiada orang yang mahu datang ke sini?
Kalau ada lagi promosi RM80 memang saya akan beli lagi.



Sejam bermandian, kami mengambil keputusan untuk menyelusuri Prison Trail dengan berjalan kaki.
Sudah lama tidak berjalan jauh dengan En Suami.
Kalau anda mahu melihat bekas hospital, perlu menyelusuri Balqis Trail.
Kami kesuntukan masa, jadi Prison Trail merupakan pilihan kami.


Saya menasihati anda supaya memakai baju berlengan panjang, berseluar panjang serta kasut yang tertutup.
Terdapat banyak nyamuk, tebuan, tumbuhan menjalar, pokok semalu dan seangkatan dengannya.
kalau boleh bawa bekas besi yang mengandungi lingkaran nyamuk yang berasap-asap, itu lebih baik!
Hahhahahahahhaha.....



Kami mengambil masa 1 jam untuk sampai ke tapak penjara. Berhenti-henti di pantai, duduk-duduk, lepak-lepak. Itulah sejam perjalanan kami.
Sepanjang perjalanan, anda dapat melihat pelbagai bangunan yang ditinggalkan.
Saya pun tidak pasti adakah ianya bangunan sejak zaman dahulu ataupun 10 tahun punya.
Terdapat nilai angker tetapi disebabkan ianya berdekatan dengan persisir pantai, gagahkan juga.





Anda tidak akan bosan sepanjang perjalanan kerana terdapat banyak kapal terbang yang melalui ruang udara. Siap boleh main teka-teka dengan En.Suami syarikat kapal terbang yang sedang melalui pulau ini,


Berjalanlah sehingga anda melihat jeti lama dan di situlah Penjara Jerejak terletak.



Ini pula dikatakan Penjara Jerejak.
Tiada sebarang direktori, jadi pandai-pandailah agak dengan terteranya tahun di bangunan tersebut.

Sebelum Francis Light tiba di Pulau Pinang, beliau tiba di Pulau Jerejak terlebih dahulu. pada 1910, pulau ini dijadikan pusat kuarantin kesihatan bagi imigran. Para imigran akan disahkan kesihatannya sebelum dihantar ke Pulau Pinang.
Pada 1930 pula, pulau ini dijadikan tempat bagi pesakit yang mengidap penyakit Tuberculosis.
Seterusnya Pulau Jerejak dikenali sebagai Alcatraz Malaysia kerana pada tahun 1969 sebuah penjara keselematan tertinggi dibina.



Dikesempatan ini, kamipun mengambil gambar kenangan di jeti lama Pulau Jerejak.
Dari sini anda boleh melihat Jambatan Pertama Pulau Pinang dengan jelas.



 Kami berjalan pulang dengan durasi 30 minit. 
Seterusnya kami menunggu bot untuk ke Pulau Pinang.


Brunei Darussalam: Hari 1


Alhamdulillah
 Pada 12-15 September 2014, saya berpeluang menyertai Program Perkongsian Pintar dan Lawatan Sambil Belajar Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Brunei dan Brunei Darussalam.

 Ini merupakan pengalaman pertama saya menaiki pesawat Royal Brunei.
 Emak sangat risau dengan kenderaan udara memandangkan siri kemalangan yang terjadi sebelum ini.
 Kekalutan jiwa ditenangkan dengan bacaan doa sebelum berlepas.
 Royal Brunei merupakan satu daripada dua syarikat penerbangan di dunia yang membaca doa sebelum berlepas.
 Tiket penerbangan telah ditempah 3 minggu sebelum tarikh jadual.
 Dengan harga RM507 bagi return tiket, saya anggap ianya sangat munasabah dengan makanan yang dihidangkan, layanan yang baik dan paling penting usaha untuk mendapatkan redha Allah seperti bacaan doa, penunjuk arah kiblat serta pakaian pramugari yang bertudung




 Perjalanan dari KLIA ke Brunei International Airport mengambil masa sekitar 2 jam 15 minit.Setibanya di balai  ketibaan, azan asar usai kedengaran. Semua muslim berhenti menadah tangan dan membaca doa.
 Kami di bawa ke Times Hotel yang terletak di Anggerik Desa, 5 minit dari Airport.



Satu bilik 3 orang. Walaupun sedikit sempit untuk kami, saya tetap berpuas hati dengan ruangnya. =)

Rehat sebentar untuk solat.
Hari besok akan bermulanya program kami.











up