Poskad Makanan di Malaysia

Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian jenis makanan.
Oleh itu, tidak hairanlah jika banyak makanan boleh digunakan untuk beberapa poskad.

Terdapat postcrosser dan pengumpul poskad yang pengumpul tema makanan.
Oleh itu, Camy Sim telah mencetak 2 jenis poskad "Must Try Foods in Malaysia".

Poskad biru ini memaparkan Char Koay Teow, Prawn Mee, Pan Mee, Curry Mee, Nasi Lemak dan Chicken Rice

 Photo by: Janny
Design by: Camy Sim

Poskad coklat pula memaparkan Asam Laksa, Chicken Rice Ball, Wantan Mee, Hokkien Mee, Satay dan Wat Tan Hor

Photo by: Janny
Design by: Camy Sim

Untuk yang berminat boleh menghubungi Camy Sim melalui FB beliau. 

Poskad ASEAN


Pada tahun ini, 2015, Malaysia menjadi Pengerusi bagi Sidang Kemuncak ASEAN ke-26.
Sehubungan dengan itu, Pos Malaysia telah mengeluarkan beberapa edisi setem peringatan bagi Persidangan ini.

Terdapat 2 poskad yang boleh dibeli untuk digunakan bersama-sama setem peringatan ASEAN.

Poskad ini dikeluarkan pada tahun 2007 sebelum Timor Leste merdeka dan menyertai ASEAN. Poskad ini hanya boleh dibeli di Sabah.

Photo by Albert Teo
Published by Sabah Handicraft Centre
www.borneocitours.com

Poskad ini pula dicetak oleh salah seorang Malaysian Postcrosser dan Timor Leste dimasukkan sebagai salah satu negara ASEAN

Designed by Matthew07
Map: Courtesy if the University of Texas Libraries, University of Texas at Austin

Pos Malaysia telah menggeluarkan setem  Keluaran Bersama Komuniti ASEAN.
10 negara telah mengeluarkan setem yang sama. Seronok kalau dapat 10 setem dari negara ASEAN sebagai koleksi.


Setem ini sangat sesuai digunakan bersama poskad ASEAN. 





Setem Postcrossing

Hampir 10 tahun dan 10 juta poskad telah dihantar dan diterima dalam projek Postcrossing. Projek pertukaran poskad ini semakin dikenali dan mendapat perhatian beberapa Pos di dunia. 
Sedar tidak sedar, perkembangan penghantaran poskad sedang berlaku dan ia melibatkan poskad dan setem.

Beberapa negara telah mengeluarkan setem postcrossing untuk digunakan oleh penghantar poskad @ postcrosser.

Adalah menjadi satu kebanggaan bagi postcrosser apabila Pejabat Pos mereka menggeluarkan setem istimewa bagi hobi ini. 

Jom lihat 8 negara yang telah mempunyai setem Postcrossing mereka sendiri.

14 Oktober 2011. Netherlands



9 September 2013 Finland



2 Jan 2014. Belarus




28 May 2014. Guernsey.


Poskad yang diterima dari krew postcrossing

27 Januari 2015 Russia



29 Mei 2015, Slovenia 


2 September 2015 Czech Republic

Sumber dari postcrossing.com



9 Oktober 2015 Ukraine



Bila lagi Pos Malaysia mahu menerbitkan setem Postcrossing sendiri? 
Dengan ahli postcrossing seramai 4154 dan 252 681 poskad telah di hantar ke pelosok dunia, alangkah bagusnya jika Pos Malaysia dapat menyokong aktiviti pertukaran poskad ini.






Poskad GF Malaysia

Poskad GF atau Greetings from direka oleh salah seorang postcrosser di Postcrossing.com, Ewa.

Setakat hari ini, Ewa telah menghasilkan 60 keping GF.
Poskad GF ini menjadi kegilaan bagi pengumpul-pengumpul GF dan kebanyakkan pengumpul GF hanya menukar GF dengan poskad GF yang lain dari negara tertentu.
Cabaran bagi pengumpul GF ialah mendapatkan GF dari negara yang mempunyai pengumpul poskad yang bilangannya sedikit atau dianggap rare  seperti Barbados
Malaysia dianggap bukan rare



Poskad ini hanya boleh dibeli melalui   Postallove
Terdapat Malaysian Postcrosser yang membeli secara pukal bagi meringankan kos penghantaran yang mahal.
Tidak pelik jika sekeping poskad dijual dengan harga RM3.50.

Poskad GF ini juga telah menjadi inspirasi kepada pencipta poskad yang lain bagi menghasilkan poskad yang seakan-akan poskad GF.

Poskad GF yang tidak rasmi pernah dibincang dan diperdebatkan secara hangat di FB Group Postcrossing dan setiap postcrosser mempunyai pandangan masing-masing tentang hal ini.

Saya juga turut mengumpul poskad GF. Menerima poskad GF adalah rezeki dalam koleksi. Saya tidak beriya-iya dalam melengkapkan 60 keping poskad GF. 
Saya telah mempunyai 25 keping poskad GF dari negara:
Australia
Austria
Belarus
Belgium
Canada
China
Czech Republic
Finland
Germany
Hong Kong
Hungary
Indonesia
Italy
Malaysia 
Netherlands
New Zealand
Philippines
Poland 
Poland (Masuria)
Poland (Mt Tarta)
Russia
Singapore
Slovenia
Switzerland
Thailand
United Kingdom
USA


Sekian

up