Hari 1: Hong Kong

4 September 2011:
Assalammualaikum wbt,
Selawat dan salam ke atas Junjungan Mulia Rasulullah s.a.w.
Syukur kepada Allah s.w.t Yang Maha Berkuasa dan Maha Agung.
Alhamdulillah saya dan suami telah selamat pulang ke tanah air pada hari Khamis yang lepas.
Masih terasa kepenatan dek menyalari jalan-jalan di kota yang pesat membangun, Hong Kong.

Penerbangan kami pada hari Ahad pada pukul 7.00 pagi. Kami tiba di Lapangan terbang LCCT pada pukul 5.45 pagi. Abang dan Abah saya menghantar kami.

Solat di surau dan terus mendaftar masuk.
Perjalanan selama 3 jam di atas awan biru amat memenatkan. Mujurlah kami bertemu dengan beberapa kawan baru yang menceritakan tentang Hong Kong.

Kami menaiki teksi ke Tsim Sha Tsui dan mendaftar masuk tempat penginapan kami.


Peta, kamera dan kompas meruapakan barang wajib semasa berada di Hong Kong.
saya telah banyak mendapatkan informasi tentang Hong Kong melalui buku-buku yang diperolehi di MATTA Fair, juga melalui laman sesawang pelancongan Hong Kong.


kami telah membeli Airport Express Travel Pass khas untuk pelancong yang boleh digunakan untuk 1 kali penggunaan menggunakan Airport Express dan penggunaan tanpa had di semua MTR Hong Kong dalam masa 3 hari. Harganya ialah HK220 (RM88).
Kad ini sangat menguntungkan. bayangkan jika mahu menggunakan Airport Express sahaja berharga HK90 (RM36) manakal tiket MTR juga mahal jika dibeli secara individu.
Dengan kad ini, kami dapat melewati Hong Kong hanya dengan menggunakan MTR.

Kami berehat selamat 30 minit di tempat penginapan kami.
Seterusnya, kami berjalan di sekitar Tsim Sha Tsui.

Kami ke 1881 Heritage yang merupakan bekas bangunan bagi Ibu Pejabat Polis Marine Hong Kong pada tahun 1880 hingga 1996. Kini, ia telah diubahsuai
meliputi tempat membeli belah, hotel dan dewan pameran.


Seterusnya, kami menyelusuri jalan Canton yang popular dengan gelarannya iaitu Luxury Brand Street. Sebut sahaja jenama fesyen yang popular seperti LV, Gucci, Coach, Hermes dan lain-lain lagi semuanya berada di sini. Saya hanya melihat dari jauh kerana sedar akan kemampuan diri.

Sukar untuk melihat sebarang sampah di sini. keselamatan di sini juga amat bagus. setiap
penjuru bangunan mempunyai CCTV dan pengawal akan menjaga setiap jalan keluar bagi parkir kereta dalam bangunan.


Seterusnya kami menuju ke Clock Tower dan melalui Muzium Kesenian Hong Kong. Clock Tower merupakan tapak asal bagi terminal kereta api Kowloon-Canton dan mula beroperasi pada tahun 1921. Menara Jam ini merupakan salah satu tanda zaman kemuncak penggunaan keretapi stem.


Kami melewati persisir benteng dan tiba di Avenue of Stars. Tiada yang menarik di sini kecuali pada sebelah malamnya akan terdapat persembahan lampu daripada bangunan tinggi di pulau Hong Kong yang dikenali sebagai Symphony of Light. Symphony of Light bermula pada pukul 8.00 malam.


Berapalah bacaan elektrik Pulau Hong Kong ni ye?
cahaya neon, lampu sana sini. Mungkin jumlah penghasilan Karbon Dioksida semeriah cahaya lampunya.


Kami sempat singgah di Sogo yang terletak searah dengan jalan untuk pulang ke tempat penginapan. Di sana turut dijual Ali cafe yang dijual dengan harga HK9.8 bagi 2 tin. (RM3.92) Murah bukan?
Dengan penuh yakin , kami pun membelinya.


Kami pulang ke tempat penginapan hanya dengan berjalan kaki.
Makan malam kami ialah tuna, roti dan maggie.

0 comments:

Post a Comment


up