Hari 2: Disneyland HK

5 September 2011:

Assalammualaikum wbt.
Hari kedua kami keluar lebih awal.
Disneyland merupakan destinasi yang telah lama ingin dikunjungi. Kami ingin membezakan pengalaman berada di Disneylang Hong Kong dan Universal Studios Singapura.

Kami keluar pada pukul 9.00 pagi selepas bersarapan nasi bubur segera yang dibawa dari Malaysia.
Mujur stesen MTR berdekatan dengan tempat penginapan kami. Jadi kami tidak perlu berjalan jauh. Terdapat stesyen MTR yang berhunbung terus dengan stesyen MTR Disneyland.
Keterujaan bermula apabila kami mula melihat gerabak khas ke Disneyland tiba.
Segala-galanya kepala si tikus Mickey.

Disneyland Express

Tiket Disneyland telah dibeli semasa MATTA Fair melalui qgen perlancongan. Harganya lebih murah berbanding harga yang dibeli di Hong Kong.
Disneylang mula dibuka pada pukul 10.00 pagi.

Di pintu masuk utama Disneyland bersama En. Suami yang dicintai

En Mickey di belakang itu

Di sini, setiap beg yang dibawa masuk perlu diperiksa. Makanan luar diberi kebenaran untuk dibawa masuk. Saya dan suami arif mengetahui semua harga barangan atau makanan di Disneyland mahal-mahal belaka.
Oleh itu, kami membawa bekal sendiri seperti tuna spread, roti, biskut dan air mineral.
Kami juga sedia arif tempat sebegini tidak disediakan tempat untuk solat bagi orang Islam. Maka,barang yang wajib dibawa sentiasa semasa melancong ialah kompas, telekung & alas untuk solat.

Di Main Street USA

Perkara pertama apabila menjejakkan kaki ke sini ialah mencari peta & Time Guide Disneyland. Perancangan perlu dilakukan supaya saya mempunyai masa yang secukupnya untuk memasuki setiap penjuru tempat ini! Time Guide membantu saya merancang untuk mengikuti pertunjukkan yang akan diadakan.

Peta dan Time Guide

Sesungguhnya Disneyland mempunyai permandangan yang indah dengan bangunan-
bangunannya seumpama seperti di alam fantasi.
Kemeriahan Disneyland ditambah lagi dengan kehadiran watak-watak Disney yang popular seperti Mickey Mouse, Minnie Mouse, Goofy, Donald Duck, Sleeping Beuty, Snow White, Cindarella, Beuty and the Beast dan ramai lagi.

It's a small world

Antara pertunjukkan yang menarik ialah "The Golden Mickeys" yang merupakan teater musikal, Festival of the Lion King dan Mickey's PhillarMagic.

The Golden Mickey

Bersama Sleeping Beauty yang cantik menawan

Bahagian-bahagian di sini pula terdiri daripada Tomorrowland, Adventureland, Fantasyland, dan Main Street USA. Kebanyakkan kanak-kanak akan lebih teruja dengan Fantasyland kerana di sinilah terletaknya Istana Sleeping Beauty, karakter-karakter Disney dan permainan yang comel-comel. Di Adventureland, kami mengambil peluang menaiki Jungle River Cruise, di amna kami dibawa menyelusuri sungai seumpama kami melalui kawasan Amazon yang mempunyai misteri di sekitarnya. Di sini juga terletaknya rumah pokok Tarzan.

Permandangan dari Tarzan Treehouse, Adventureland

Bersama Tinkerbell yang seksi untuk memikat En. Peterpan

Harga barangan cenderahati yang dijual di sini lebih murah jika dibandingkan dengan harga di Universal Studio Singapura. Penilaian saya terhadap permainannya pula tidaklah sehebat permainan di Universal Studio. Di sini permainan lebih sesuai untuk kanak-kanak manakala di Universal Studio untuk peringkat dewasa.
Saya tertarik dengan Waffle yang dijual berbentuk kepala si tikus Mickey.
Sangat menarik dan ia berjaya menarik saya dan suami untuk mencubanya.
Harga? rasanya dalam RM16 kot. Hahahahha...Tapi memang sedap rasanya!


Waffle En. Mickey

Tiba waktu solat, kami mencari ruang yang paling hujung dan berada dijalan mati di
Adventureland. Masa ini kami berehat bagi mengumpulkan semula tenaga kami.
Alhamdulillah kami berjaya memasuki hampir kesemua tempat di sini.


Berlatarkan Istana

Acara kemuncak ialah persembahan bunga api di Istana.
Seluruh Disneyland akan digelapkan supaya penonton boleh menikmati persembahan bunga api tersebut.

Istana di waktu malam (rasa seperti melihat istana tersebut sehinggalah melelapkan mata untuk tidur)

Usai pertunjukkan tersebut, saya dan suami msuk ke kedai cenderahati dan menangkap pelbagai gambar cenderahati. Suami tidak menggalakkan saya membeli barang di sini kerana harganya yang tidak berbaloi. Suami yakin di Ladies' Market, pasti terdapat barang Disneyland dijual. Jadi sayapun ambil gambar dengan benda yang comel-comel.


Minnie Mouse di atas kepala saya!

Berakhirlah perjalanan di Disneyland.
Tiada kali kedua untuk memasuki tempat ini.
Nak cuba pergi ke Disneyland lain yang lebih gempak. (InsyaAllah)
Kami pulang ke tempat penginapan dan tidur selena-lenanya.

"Semalam adalah kenangan, hari ini adalah anugerah dan besok adalah hari yang misteri."
Terima kasih Allah swt atas segala-galanya

0 comments:

Post a Comment


up