Batik Fun Walk 2011

Assalammualaikum wbt,

Hari ini saya telah menyertai Batik Fun Walk 2011 yang dianjurkan oleh Yayasan Budi Penyayang Malaysia. Ini merupakan pertandingan yang lain dari yang lain. Tiada pertandingan larian. Peserta hanya perlu berjalan dengan memakai batik Malaysia dengan cara anda tersendiri. Ini bagi menyokong penggunakan batik Malaysia. Dengan yuran pendaftaran hanya RM10, peserta akan menerima sehelai kain batik, roti, air mineral dan sebuah majalah.



Aktiviti ini akan diadakan pada setiap tahun. Ini merupakan kali kedua saya menyertai Batik Fun Walk. Kali pertama saya menyertainya pada tahun 2009 di One Utama. Semua peserta perlu berjalan sejauh 2.3 km melalui Jalan Ampang bermula dan berakhir di Pusat Pelancongan Malaysia Jalan Ampang (MaTiC).


Pentas


Saya dan batik


Semasa inilah saya dapat berjumpa dengan sahabat lama semasa di Sekolah Menengah dahulu iaitu Goh Yin Lee. Kami mula bersahabat sejak dari Tingkatan 1 lagi dan kami berada dalam kelas yang sama sejak di Tingkatan 3. Selepas SPM kami bekerja bersama-sama di Metrojaya dan seterusnya kami berpisah bagi melanjutkan pelajaran. Kini persahabatan kami sudah menjangkau umur 13 tahun. Dia memang sahabat yang paling dipercayai oleh saya sejak dahulu lagi.


Saya dan Yin Lee


Sudah mahu bermula


Mereka dengan kreativiti mereka


Peserta yang ramai


Perjalanan saya bersama Yin Lee dipenuhi dengan perkongsian pengalaman dan cerita yang dikumpulkan sejak kami tidak bersua. Memang tidak terasa kepenatan. beberapa kategori dipertandingan iaitu:

Pemenang bagi Baju Paling Kreatif (Individu)

Pemenang bagi Baju Paling Kreatif (Kumpulan)

Pemenang bagi Kumpulan Teramai yang Mendaftar

Peserta Paling Muda

Peserta Paling Tua


Bukti saya telah menamatkan perjalanan saya yang tidak seberapa


Jika dilihat dari kategori di atas sudah tentu saya tidak tergolong dalam mana-mana kategori. Sekadar menyokong Batik Malaysia sahaja. Tamat perjalanan, semua dihiburkan oleh penyanyi-penyanyi AF seperti Hazama, Emma dan Erol (entah macam mana ejaan nama dia sebab saya tidak kenal dia pun). Kemudia diselangi dengan Cabutan Bertuah yang ditarik oleh YB Khairi Jamaluddin dan isterinya. Uhhh....saya tidak juga tergolong dalam orang-orang yang bertuah itu.


Diharap pada tahun hadapan saya dapat menyertai aktiviti ini lagi jika dikurniakan umur yang panjang, kesihatan yang baik dan kelapangan. Terima kasih kepada En. Suami kerana mengizinkan saya menyertai aktiviti ini.

Semoga ketemu lagi pada tahun hadapan.

Wasalam.


0 comments:

Post a Comment


up