Al-Ikhsan Clearance Sale

Assalammualaikum wbt,

Hari ini saya dan suami menguruskan hal rumah kami di pejabat peguam di Wangsa Maju. secara tiba-tiba suami yang tercinta memberi cadangan untuk singgah di Festival City yang terletak di Danau Kota. Festival City telah dibuka sejak sebulan yang lepas, tetapi kami tidak sempat berjalan di sana dek kerana kesesakan parkir kereta sehingga menganggu lalu lintas. Oleh itu, apabila melalui bangunan membeli belah ini, suami mengajak saya meninjau bangunan yang masih belum siap sepenuhnya ini. Si isteri sangat gembira apabila En Suami mempelawa untuk ke sana sebelum menguruskan hal rumah kami.



Kami suka berjalan pada awal pagi. Kami sangat benci berjalan pada waktu puncak. En. Suami terlihat kertas al-ikhsan sedang menjalankan promosi dan memberikan cadangan untuk saya membeli sepasang kasut sukan memandangkan kasut sukan saya telah hilang entah ke mana semasa kami berpindah.

Terlihat oleh saya kasut yang pernah menjadi idaman hati pada tahun lepas. Kasut Nike yang bernilai RM215 dijual pada harga RM109 sahaja. pada tahun lepas, sebelum menjelajah ke India, saya mencari sepasang kasut yang dapat memberikan keselesaan untuk saya mengembara. Namun Nike yang menjadi idaman hati ini sangat mahal dan impian untuk memiliki kasut ini dikuburkan dalam hati. Saya ingatkan nak beli kasut ini, tetapi terpaksa menguburkan semula impian hati kerana ketiadaan saiz.


Kasut Nike


Impian untuk memiliki Nike akan dikuburkan selama-lamanya memandangkan saya sudah jatuh hati pada si jelita yang lain. En. Suami yang baik hati mencadangkan saya membeli sepasang kasut yang fleksibel dari segi penggunaannya. Maksud yang tersayang ialah kasut tersebut boleh digunakan untuk bekerja, bersukan dan semasa berjalan. Suami menunjukkan sepasang kasut yang jelita ini, Reebok.


Pandangan atas si Jelita


Pandangan sisi si Jelita


Lebih menggembirakan apabila En. Suami membayarkan separuh! Harga sebenar kasut ini ialah RM179 tetapi diberi diskaun menjadi RM139. Terima kasih kepada En. Suami.


Si isteri yang melonjak kegembiraan


Kemudian kami ke pejabat peguam dan seterusnya makan. Hari ini saya berjaya menamatkan pembacaan buku yang menarik. At-Tusi: Pengasas Ilmu Trigonometri



En. Suami pula turut membaca buku Al-Antaki: Ahli Farmasi.



Banyak lagi buku yang perlu dibaca.

Terima kasih Allah swt kerana memberikan saya rezeki yang melipat ganda ini.


0 comments:

Post a Comment


up