Port Dickson, Bandar Tentera Darat

"Sesuatu bangsa yang tidak menaruh minat terhadap sejarahnya dan tidak terus-menerus menkaji masa lampaunya akan kehilangan jiwanya"

Assalammualaikum wbt.
Sejarah ketenteraan Malaysia banyak bermula dari Negeri Sembilan.
Port Dickson telah diisytiharkan sebagai Bandar Tentera Darat pada 29 September 2009.
Berdasarkan sejarah, bandar Port Dickson mendapat namanya sempena dengan nama seorang pegawai tertinggi British iaitu Sir John Frederick Dickson yang berjasa menubuhkan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933.


Saya amat kagum dengan kewujudan bandar ini. Jalan berwarna merah menambahkan tema ketenteraan di bandar ini ditambah pula dengan pintu gerbang yang menyambut tetamu yang masuk ke bandar ini.


Muzium ini sarat dengan info yang bermula daripada zaman Melayu Melaka, Portugis, British, Jepun sehingga sekarang.
Tahniah kepada pihak muzium yang berjaya menggunakan pelbagai kaedah untuk menarik pelancong membaca segala info yang diberikan. Gambar, bahan maujud, video yang digunakan sangat menarik. Saya tidak jemu membaca setiap info yang dipaparkan.
Amat menarik!


Di sini saya mengetahui bahawa Harimau Malaya sebenarnya merupakan gelaran yang diberikan kepada Tomoyuki Yamashita yang merupakan Ketua Tentera ke-25 Jepun yang mengetuai serangan Jepun di Tanah Melayu. Dengan bilangan tentera seramai 67,000 sahaja, beliau berjaya menewaskan Tentera British yang berkekuatan 120,000 orang tentera.


Saya bertemu pula dengan sahabat saya, Goh Yin Lee di sini.


Di Port Dickson anda akan menjumpai banyak kem tentera. Tidak kurang hebatnya Kolej Tentera Darat yang baru dibina berdekatan dengan Tanjung Tuan yang berkonsepkan bangunan koloni Inggeris yang amat cantik dan dilihat sangat historical.



Tiada bayaran dikenakan untuk memasuki Muzium Tentera Darat.
Pelajar sekolah menengah yang sedang pening membaca buku teks sejarah yang dianggap membosankan, anda amat digalakkan melawat muzium ini. Serius seronok baca info di sini berbanding buku teks Sejarah.


Rugi kalau tidak singgah ke Muzium Tentera Darat ini jika ke Port Dickson!
Lawatan saya dan suami ke Muzium telah meningkatkan semangat patriotik dalam diri kami. Ia mengingatkan kami dengan perjuangan orang sebelum ini.
Begitu hebatnya perjuangan mereka terutamanya Dato' Bahaman, Rentap, Dato' Maharaja Lela dan lain-lain.
Bersyukurnya kita kerana hidup pada zaman selepas merdeka.
Tidak perlu bersusah payah mengangkat senjata menentang penjajah.
Apa yang kita perlu lakukan sekarang ialah mengekalkan kemerdekaan minda kita supaya tidak dijajah dengan agenda-agenda tertentu.
Penjajahan minda!
Semoga minda kita tidak dijajah

1 comments:

haslina didik said...

nice...

Post a Comment


up