750 Tahun Melaka

Assalammualaikum wbt
Hari ini saya berjaya mendapatkan sampul surat hari pertama, setem dan lembaran mini 750 tahun Melaka.
Bersempena dengan Sambutan Memperingati 750 Tahun Pengasasan Empayar Kerajkaan Melayu Melaka pada tahun ini, Kerajaan Negeri melaka dan Perbadanan Muzium Melaka dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad telah mengeluarkan Serem kenang-Kenangan untuk memperingati acara. Seperti mana yang kita tahu, Melaka telahpun mendapat pengiktirafan sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO.



 Saya pasti ramai kawan-kawan di luar negara akan  gembira menerima setem ini. Pos Malaysia mengeluarkan 2 jenis setem dengan nilai 50 sen dan 90 sen. Setem 50 sen menunjukkan Tokong Cheng Hoon Teng, Melaka yang terletak berdekatan dengan Masjid Kampung Hulu dan juga Kuil Poyyata Vinayagar Moorthi di sebatang jalan yang dipanggil Jalan Harmoni. Tokong ini siap dibina pada tahun 1646 dan merupakan satu-satunya bangunan rumah ibadat penganut Buddha yang tertua di Malaysia. Senibina bangunan ini bercorakkan Hokkien dengan dengan saduran unsur-unsur budaya tempatan masa itu. Tokong ini masih menjadi tumpuan untuk aktiviti keagamaan dan kebudayaan masyarakat Cina. bangunan ini telah menerima pengiktirafan UNESCO dalam senarai Anugerah Merit untuk Pemuliharaan Warisan Budaya.


Masjid Kampung Hulu, Melaka pula diabadikan pada setem 90 sen. Bangunan yang indah ini dibina berdasarkan rekabentuk tradisional Sumatera yang diterapkan dengan unsur-unsur tempatan dan merupakan masjid tertua yang masih digunakan di Malaysia. Ia dibina antara 1720 dan 1728 dan masih tegap berdiri di tapak asalnya. Pembinaan masjid ini telah diusahakan oleh pemerintah Belanda. Masjid ini telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya 1988. Ia merupakan lokasi kunjungan utama para pelancong ke Melaka dan terletak di dalam kawasan Banadraya Warisan Dunia UNESCO.


Lembaran mini yang bernilai 750 sen mengimbau kisau pentadbiran Melaka pada era moden melalui Muzium yang di-Pertua Negeri. Bangunan ini telah didirikan sejurus Belanda mengambil alih kuasa daripada Portugis pada kurun ke-17. Bangunan yang kemudiannya diokenali sebagai Seri Melaka bermula sebagai rumah kediaman rasmi serta pejabat Gabenor Belanda Melaka di zaman silam. Sejurus Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, bangunan ini telah dijadikan kediaman rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri melaka sehingga tahun 2002. Kini, Perbadanan Muzium Melaka telah mengambil alih pentadbiran bangunan ini dan menjadikannya muzium untuk mempamerkan koleksi kesemua barangan milik Tuan Yang di-Pertua Negeri melaka sejak kemerdeekaan Malaysia pada tahun 1957 

Sumber daripada Risalah 750 tahun Melaka

2 comments:

I am Me said...

singgah sini.. lawat blog saya jugak.. :)

muhammad fakhar muhammad nur said...

salam, saya sedang menjalankan kajian mengenai masjid bagi tujuan penyelidikan master saya. Harap dapat membantu dengan menjawab 'questionnaire' yang di beri. terima kasih
https://docs.google.com/spreadsheet/viewform?formkey=dGhMa19JeDlpZ04xajZTVnROYVl2cWc6MQ

Post a Comment


up