Ladam Kuda Pandu Puteri

 Salam.
Pembentukan Ladam Kuda.

Sumber: Google

Pembentukan Ladam Kuda dilakukan sebelum Istiadat Menaikkan Bendera (Panji-Panji).
Sebelum aktiviti dimulai, lebih elok jika didahului dengan pembentukan Ladam Kuda.
Melalui Ladam Kuda ini, guru pemimpin dapat mengenal pasti bilangan ahli Pandu Puteri yang akan terlibat dengan aktiviti (bagi pasukan yang kecil), memantau uniform setiap ahli,  memberikan arahan untuk aktiviti yang akan dilakukan dan yang paling penting ia merupakan istiadat yang  membezakan Pandu Puteri dengan  pasukan beruniform yang lain.


Sumber: Simpanan Peribadi

Terdapat 2 cara bagi Pembentukan Ladam Kuda:
Cara 1: Untuk Pasukan Kecil (Kurang dari 20 ahli)
Cara 2: Untuk Pasukan Besar.

Ini merupakan cara 2 Pembentukan Ladam Kuda:



 Istiadat menaikkan panji-panji diteruskan selepas Pembentukan Ladam Kuda.

Seterusnya, Kapten akan meneruskan istiadat dengan memanggil seorang ahli untuk membaca doa dan seorang ahli lagi menyampaikan kata-kata hikmat.

Kapten akan memberikan ucapan dan taklimat
(Kapten boleh memaklumkan aktiviti yang akan dijalankan pada hari tersebut)

Kapten memberikan arahan selanjutnya:

Kapten: Pasukan, keluar baris!
(Semua ahli Pandu Puteri mengambil satu langkah ke hadapan bermula dengan kaki kiri, rapatkan kaki, pusing ke kanan dan terus keluar dan Ladam Kuda.

Kesimpulannya, sebelum Pembentukan Ladam Kuda, lantik:
Ketua Pasukan (Berdasarkan bilangan ahli)
3 orang bagi Pasukan Panji-Panji
1 orang Pembaca Doa
1 orang Penyampai Kata-Kata Hikmat

Ladam Kuda digunakan untuk Pandu Puteri Remaja manakala Formasi V untuk Pandu Puteri Renjer.

Sekian, semoga sedikit sebanyak dapat membantu Pasukan anda =)

Sumber: Buku Perkhemahan 2013

3 comments:

Unknown said...

terima kasih,amat berguna bagi saya,cg pandu puteri,mohon share,,:)

Unknown said...

Amat berguna untuk semua ahli pandu puteri,mohon share

Anonymous said...

Dimana lagi 4 ladam kuda??
Iaitu ladam kuda untuk pasukan ahli kurang 20 org?

Post a Comment


up