Poskad Dakwah oleh SRVNT


Assalammualaikum wbt
Poskad seadanya diketahui bukan sahaja mampu mempromosikan sesuatu tempat atau barangan, namun ia boleh dijadikan bahan bagi menyebarkan dakwah.

Saya amat teruja apabila mengetahui sebuah badan yang dikenali dengan SRVNT DA'WAH & CREATIVE NETWORK berusaha menyebarkan dakwah Islam dengan cara mereka sendiri terutamanya melalui poskad.
SRVNT bukan sahaja telah mencetak poskad, mereka juga turut mencetak poster yang simple tetapi penuh mesej.

Saya cuba mengejar booth SRVNT. Saya dapati SRVNT membuka booth di program-program atau festival Islam.
Alhamdulillah saya berjaya membeli poskad ini pada 2 tahun yang lepas di PICC, Putrajaya.

Poskad-poskad ini dijual secara set di dalam sebuah kotak yang cantik.


Tak silap saya terdapat 14 keping poskad semuanya.
Saiz poskad : 14 x 10.5 cm
















Di belakang setiap poskad disertakan tafsir Al-Quran dan hadis


Berminat?
SRVNT boleh dihubungi melalui Facebook, Instagram dan Tweeter


Paling best, sekarang ini anda boleh mendapatkan poskad ini dengan percuma!!
Bagaimana?
Jom kejar trak makanan Barba Bros di area Bangi.
Setiap pembelian produk Barba (makanan dan minuman yang Halal Toyyiban) akan akan diberi secara percuma poskad SRVNT. 
Follow instagram @barba_bros untuk maklumat terkini tentang lokasi mereka.



Sumber dari instagram Barba_bros

Mari berdakwah dengan menghantar poskad.

Semoga segala urusan mereka sentiasa dipermudahkan.
Amin

0 comments:

Post a Comment


up