Salam,
Saya bukanlah penggumpul tegar maxicard.
Tapi kalau nilai setem yang rendah dan terdapat poskad yang bersesuaian dalam simpanan, apa salahnya kan buat maxicard?
Poskad monyet bukan sesuatu yang sukar untuk dicari.
Monyet pun senang je nak jumpa.
Saya kongsikan beberapa poskad yang sempat saya 'maxi'kan =P
Setem Primates Siri 2/2016 Macaque 60sen:
Miniature Primates Siri 2/2016 Gibbon RM3 :
Poskad Agile Gibbon ini saya peroleh semasa Postcrossing Meet up di Melaka. Diberikan oleh Vera.
Saya turut membuat maxicard dengan menggunakan setem Primates Siri 1/ 2003 yang memaparkan Proboscis Monkey, 50 sen:
Saya suka sangat tengok Proboscis Monkey. Comel. Poskad Proboscis Monkey hanya boleh didapati di Sabah. Hanya sekeping sahaja diberikan secara percuma oleh Torism Malaysia.
Terima kasih kepada rakan-rakan Malaysian Postcrosser yang membantu mendapatkan poskad Proboscis Monkey yang comel-comel.
Setem Primates Siri 1/2003, Red Leaf Monkey, 30sen:
Membuat maxicard adalah sekadar suka-suka. Tolong jangan kecam saya jika terdapat kesilapan dalam tatacara membuat maxicard.
Pernah suatu ketika dahulu saya berputus asa dengan maxicard kerana ink yang tidak sesuai iaitu berasaskan air.
Segala setem dan poskad rosak begitu sahaja.
Namun, sekarang tidak lagi apabila saya menemui ink yang sesuai dan kering dalam masa 3 saat. =)
Mungkin saya akan kongsikan pada post akan datang.
Sekian sahaja perkongsian ini.
Selamat Malam.
0 comments:
Post a Comment