Sep
02
2011

Assalammaualikum wbt,
Segala puji dan syukur kepada Maha Pencipta dan Maha Agung, Allah s.w.t
Alhamdulillah hari ini merupakan hari ketiga kita menyambut bulan Syawal setelah berakhirnya Bulan Ramadhan.
Baru-baru ini, salah seorang bekas pelajar saya di Maahad Tahfiz Negeri Pahang memaklumkan kepada suami dan saya bahawa mereka telah tamat menghafaz al-Quran dan akan diraikan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Maahad.

Alangkah gembiranya mendengar berita tersebut. Matlamat mereka di Maahad ialah bnerjuang untuk agama Allah swt dan menghafaz al-Quran ialah satu lagi kejayaan mereka terhadap agama Islam. Cikgu bangga dengan kamu semua.
Bagi penghafaz al-Quran (Hamlatul Quran)atau secara umumnya masyarakat kita mengfgelarkan mereka sebagai "al-Hafiz" atau "al-Hafizah", akan mendapat 2 ganjaran iaitu ganjaran di dunia dan di akhirat.
Di dunia:
Selain ganjaran akhirat seperti yang disebut dalam hadis Nabi s.aw, terdapat juga ganjaran di dunia yang dikurniakan Allah s.a.w bahawa:
Penghafaz al-Quram merupakan VVIP Allah s.w.t. di dunia:
"Sesungguhnya Allah memiliki kerabat-kerabatnya di kalangan manusia. lalu mereka bertanya: Siapakah mereka Ya Rasulullah? Jawab baginda: Mereka adalah ahli al-Quran, mereka ialah kerabat Allah dan orang-orang pilihannya"
(Riwayat Ibnu Majah)
Penghafaz al-Quran akan diangkat menjadi pemimpin:
"Yang menjadi imam suatu kaum adalah mereka yang paling banyak hafalannya"
(Riwayat Muslim)
Penghafaz al-Quran mendapat pengiktirafan daripada Rasulullah s.a.w:
"Adalah Nabi mengumpulkan di antara dua orang syuhada Uhud kemudian beliau bersabda, "Manakah di antara keduanya yang lebih banyak hafal al-Quran, ketika ditunjukkan salah satunya, maka beliau mendahulukan permakamannya di liang lahat."
(Riwayat Bukhari)
Al-Quran menjanjikan kebaikan:
"Sebaik-baik kamu adalah yang mempelajari al-Quran dan mengajarkannya"
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Di akhirat:
Ibu bapa penghafaz al-Quran akan mendapat kemuliaan
Penghafaz al-Quran akan mendapat syafaat
Penghafaz al-Quran akan mendapat bonus berlipat kali ganda
Kesimpulan:
Jadi tidak hairanlah ibu bapa mengimpikan anak-anaknya menjadi penghafaz al-Quran termasuklah artis-artis di Malaysia.
Marilah kita bersama-sama berdoa supaya terdapat salah seorang daripada keluarga kita penghafaz al-Quran.
Tahniah cikgu ucapkan kepada semua bekas pelajar saya yang telah berjaya menjadi Hafiz dan Hafizah!
Cikgu bangga dengan kamu semua.
Semoga kamu semua berjaya mencapai impian masing-masing yang berlandaskan syariat Islam.
Cikgu berharap pada masa akan datang, cikgu akan bertemu dengan PROTAZ iaitu Profesional Ustaz dan Ustazah yang mempunyai kerjaya masing-masing, pada masa yang sama menyebarkan dakwah ISLAM.
Semoga Allah s.w.t memanjangkan umur kita supaya kita dapat bertemu pada masa akan datang.
InsyaAllah.
Gambar-gambar di atas merupakan gambar yang diambil semasa Majlis Pengurniaan Anugerah Kecermelangan & Khatam Hafazan Al-Quran Maahad Tahfiz Negeri Pahang 2011.
Diambil daripada facebook Haziq
0 comments:
Post a Comment