Nov
10
2015
Sabah memang terkenal dengan Pulau-Pulau yang cantik dan air yang bersih.
Poska-poskad ini telah menyedarkan saya bahawa Sabah mempunyai banyak pulau-pulau yang cantik dengan bentuk-bentuk yang menarik.
Selama ini saya hanya mengetahui tentang Pulau Sipadan sahaja.
Inilah kehebatan poskad.
Syarikat PUS Publication telah berjaya memberi pendedahan tentang kewujudan pulau-pulau ini di Sabah dan Malaysia amnya.
Poskad-poskad ini menjadi tarikan ramai postcrosser.
Apabila ditawarkan untuk pertukaran, poskad ini pasti habis ditukar dalam masa yang sekejap.
Taman Negara Tunku Abdul Rahman atau Taman Marin merangkumi 5 buah pulau iaitu Pulau Gaya, Pulau Sapi, Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Pulau Sulug.
Jom lihat poskad-poskad yang memaparkan Taman Negara Tunku Abdul Rahman dan pulau-pulau cantik di Sabah
Semua poskad yang bersaiz A6 ini dikeluarkan pada tahun 2011 kecuali Manukan Island pada 2014 oleh PUS Publications Kota Kinabalu.
Tel: 233098
Berdasarkan belakang poskad, laman sesawang syarikat ialah www.opus.my tapi saya gagal melayarinya.
Poskad-poskad ini hanya boleh dibeli di Sabah.
Rakan saya Anny May telah membantu saya mendapatkan poskad ini di Kota Kinabalu.
Poskad yang cantik membuatkan saya teringin mengunjungi pulau-pulau tersebut.
Sekian
0 comments:
Post a Comment