Pusat Sains Negara

Assalammualaikum wbt,

Tahun ini saya diberi peluang untuk mengikuti rombongan pelajar Tingkatan 3 ke Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara. Ini merupakan kali kedua saya ke sini.
Terima kasih kepada Puan Kaunselor, Rohayu yang baik hati memilih saya dalam puluhan guru untuk menyertai lawatan ini.


Tidak banyak perubahan tetapi sehingga 31 Oktober ini iaitu esok, Pusat sains sedang mengadakan pameran Dinosaurs Live.
Pameran ini berharga RM12. 
Masuk Pusat sains pula RM3 untuk pengunjung dewasa, RM2 untuk kanak-kanak.


 

Mungkin Pusat Sains sedikit bosan persembahannya berbanding dengan Petrosains KLCC, namun informasi di Pusat Sains lebih tertumpu kepada informasi umum. Jika pengunjung membaca dengan tekun dan mencuba segala eksperimen ringkas yang disediakan, pengunjung akan  merasai kelebihan informasi yang diberikan di sini.

Lautan kanak-kanak

Memandangkan tinggal hanya beberapa hari lagi persekolahan, banyak sekolah membawa pelajar sekolah ke Pusat Sains. Seperti biasa, penumpuan saya untuk membaca diganggu dengan kanak-kanak yang lebih berminat untuk bermain daripada membaca segala informasi yang disediakan.
Apabila sedang asyik mencuba sesuatu dengan kusyuk, tetiba diserbu dengan sekumpulan kanak-kanak yang tertarik dengan bahan yang dipegang saya. 

Saya pernah menjadi seperti mereka. Pusat sains berjaya menarik kanak-kanak memegang dan mencuba sendiri segala eksperimen ringkas walaupun mereka tidak memahami sepenuhnya.
 Apabila menjadi guru barulah saya menganggap segala informasi di pusat pameran penting untuk dibaca.
Setiap informasi mudah untuk dicerna dan diasimilasikan dengan aktiviti harian.

Pembiasan cahaya

 Pembiasan cahaya

Warna kuning, magenta dan cian yang merupakan "The Secondary Colours of Light"

Saya sangat dan amat teruja mencuba setiap eksperimen ringkas di sini! 
Terdapat beberapa tempat yang diselenggara kerana mengalami kerosakan. Sangat rugi.






Saya baru perasan akan kewujudan taman di luar Pusat Sains. Terdapat Taman Rama-Rama dan juga Taman Air. 
 Seronok dapat melawat sambil belajar di Pusat Sains!
tetapi kecewa kerana Pusat Sains tidak menghasilkan poskadnya sendiri!
Kalau dimurahkan rezeki mungkin tahun depan saya datang lagi.

Poskad JOTA Pengakap


Poskad JOTA Pengakap pemberian Cikgu Muhammad, rakan setugas!
JOTA merupakan singkatan bagi Jamboree On The Air (Jambori di Udara).

Terima kasih!


Poskad Rumah Terbalik

Assalammualaikum w.b.t

Alhamdulillah saya dan anda masih berpeluang bernafas di bumi Allah s.w.t ini.
Hari ini saya menerima sekeping poskad dari kawan semasa di bangku Sekolah menengah, Goh Yin Lee.
beliau melancong ke Sabah dan mengirimkan saya sekeping poskad memandangkan rakannya ini seorang yang gilakan poskad.
Terima kasih banyak-banyak Yin Lee



Poskad ini memaparkan sebuah rumah tradisional Sabah yang terletak di Tuaran, Sabah serta dilengkapi dengan dapur, ruang tamu, bilik tidur dan bilik air dalam keadaan terbalik.
Rumah ini telah dicatatkan dalam Malaysia Book of Records.
Berdasarkan rujukan saya di laman pakcik google, pengunjung dewasa perlu membayar RM10, manakala pengunjung kanak-kanak pula RM5 untuk lawatan selama 30-45 minit.

Berikut merupakan rumah-rumah terbalik yang terdapat di muka bumi Allah ini.

Restoran Sakasa, Jepun

Florida, USA

Wonderworks, Florida & Tennessee USA

House of Katmandu, Spain

Korea

Austria

Semuanya nampak sangat awesome!
Terima kasih pakcik google atas sumber gambar di atas.

750 Tahun Melaka

Assalammualaikum wbt
Hari ini saya berjaya mendapatkan sampul surat hari pertama, setem dan lembaran mini 750 tahun Melaka.
Bersempena dengan Sambutan Memperingati 750 Tahun Pengasasan Empayar Kerajkaan Melayu Melaka pada tahun ini, Kerajaan Negeri melaka dan Perbadanan Muzium Melaka dengan kerjasama Pos Malaysia Berhad telah mengeluarkan Serem kenang-Kenangan untuk memperingati acara. Seperti mana yang kita tahu, Melaka telahpun mendapat pengiktirafan sebagai Bandaraya Warisan Dunia oleh UNESCO.



 Saya pasti ramai kawan-kawan di luar negara akan  gembira menerima setem ini. Pos Malaysia mengeluarkan 2 jenis setem dengan nilai 50 sen dan 90 sen. Setem 50 sen menunjukkan Tokong Cheng Hoon Teng, Melaka yang terletak berdekatan dengan Masjid Kampung Hulu dan juga Kuil Poyyata Vinayagar Moorthi di sebatang jalan yang dipanggil Jalan Harmoni. Tokong ini siap dibina pada tahun 1646 dan merupakan satu-satunya bangunan rumah ibadat penganut Buddha yang tertua di Malaysia. Senibina bangunan ini bercorakkan Hokkien dengan dengan saduran unsur-unsur budaya tempatan masa itu. Tokong ini masih menjadi tumpuan untuk aktiviti keagamaan dan kebudayaan masyarakat Cina. bangunan ini telah menerima pengiktirafan UNESCO dalam senarai Anugerah Merit untuk Pemuliharaan Warisan Budaya.


Masjid Kampung Hulu, Melaka pula diabadikan pada setem 90 sen. Bangunan yang indah ini dibina berdasarkan rekabentuk tradisional Sumatera yang diterapkan dengan unsur-unsur tempatan dan merupakan masjid tertua yang masih digunakan di Malaysia. Ia dibina antara 1720 dan 1728 dan masih tegap berdiri di tapak asalnya. Pembinaan masjid ini telah diusahakan oleh pemerintah Belanda. Masjid ini telah diwartakan sebagai bangunan bersejarah di bawah Enakmen Pemuliharaan dan Pemugaran Warisan Budaya 1988. Ia merupakan lokasi kunjungan utama para pelancong ke Melaka dan terletak di dalam kawasan Banadraya Warisan Dunia UNESCO.


Lembaran mini yang bernilai 750 sen mengimbau kisau pentadbiran Melaka pada era moden melalui Muzium yang di-Pertua Negeri. Bangunan ini telah didirikan sejurus Belanda mengambil alih kuasa daripada Portugis pada kurun ke-17. Bangunan yang kemudiannya diokenali sebagai Seri Melaka bermula sebagai rumah kediaman rasmi serta pejabat Gabenor Belanda Melaka di zaman silam. Sejurus Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, bangunan ini telah dijadikan kediaman rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri melaka sehingga tahun 2002. Kini, Perbadanan Muzium Melaka telah mengambil alih pentadbiran bangunan ini dan menjadikannya muzium untuk mempamerkan koleksi kesemua barangan milik Tuan Yang di-Pertua Negeri melaka sejak kemerdeekaan Malaysia pada tahun 1957 

Sumber daripada Risalah 750 tahun Melaka


up