Assalammualaikum wbt,
Tahun ini saya diberi peluang untuk mengikuti rombongan pelajar Tingkatan 3 ke Pusat Sains Negara yang terletak di Bukit Kiara. Ini merupakan kali kedua saya ke sini.
Terima kasih kepada Puan Kaunselor, Rohayu yang baik hati memilih saya dalam puluhan guru untuk menyertai lawatan ini.
Tidak banyak perubahan tetapi sehingga 31 Oktober ini iaitu esok, Pusat sains sedang mengadakan pameran Dinosaurs Live.
Pameran ini berharga RM12.
Masuk Pusat sains pula RM3 untuk pengunjung dewasa, RM2 untuk kanak-kanak.
Mungkin Pusat Sains sedikit bosan persembahannya berbanding dengan Petrosains KLCC, namun informasi di Pusat Sains lebih tertumpu kepada informasi umum. Jika pengunjung membaca dengan tekun dan mencuba segala eksperimen ringkas yang disediakan, pengunjung akan merasai kelebihan informasi yang diberikan di sini.
Lautan kanak-kanak
Memandangkan tinggal hanya beberapa hari lagi persekolahan, banyak sekolah membawa pelajar sekolah ke Pusat Sains. Seperti biasa, penumpuan saya untuk membaca diganggu dengan kanak-kanak yang lebih berminat untuk bermain daripada membaca segala informasi yang disediakan.
Apabila sedang asyik mencuba sesuatu dengan kusyuk, tetiba diserbu dengan sekumpulan kanak-kanak yang tertarik dengan bahan yang dipegang saya.
Saya pernah menjadi seperti mereka. Pusat sains berjaya menarik kanak-kanak memegang dan mencuba sendiri segala eksperimen ringkas walaupun mereka tidak memahami sepenuhnya.
Apabila menjadi guru barulah saya menganggap segala informasi di pusat pameran penting untuk dibaca.
Setiap informasi mudah untuk dicerna dan diasimilasikan dengan aktiviti harian.
Pembiasan cahaya
Pembiasan cahaya
Warna kuning, magenta dan cian yang merupakan "The Secondary Colours of Light"
Saya sangat dan amat teruja mencuba setiap eksperimen ringkas di sini!
Terdapat beberapa tempat yang diselenggara kerana mengalami kerosakan. Sangat rugi.
Saya baru perasan akan kewujudan taman di luar Pusat Sains. Terdapat Taman Rama-Rama dan juga Taman Air.
Seronok dapat melawat sambil belajar di Pusat Sains!
tetapi kecewa kerana Pusat Sains tidak menghasilkan poskadnya sendiri!
Kalau dimurahkan rezeki mungkin tahun depan saya datang lagi.
0 comments:
Post a Comment