Seminar Dato' Hendon Peringkat Kebangsaan


Assalammualaikum w.b.t
Selawat dan salam kepada Junjungan Mulia Nabi Muhammad s.a.w

Saya telah dijemput oleh Persatuan Pandu Puteri Malaysia bagi mengikuti Seminar Dato' Hendon Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Selangor, Jalan Kepuk 19/2 Shah Alam.

Seminar ini dilakukan sekali pada setiap 2 tahun dan sasarannya ialah Pemimpin Muda dan mahasiswi yang berumur di bawah 35 tahun dari Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan seluruh negara dan beberapa Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta. Terdapat 28 orang pemimpin muda yang menghadiri Seminar ini.



Tujuan seminar ini ialah untuk mencungkil dan menggilap bakat kepimpinan dalam kalangan Pemimpin Muda dalam Membina Jati Diri Wanita Muda dan membolehkan Pemimpin Pemimpin Muda menjadi generasi muda Malaysia yang berilmu, berfikiran kreatif, berinovasi dengan bercirikan nilai murni dan mampu berbakti kepada masyarakat. Mungkin ada antara peserta seminar yang bakal menjadi Pesuruhjaya di kawasan masing-masing kelak. Saya menyimpan hasrat untuk mencapai tahap yang tinggi dalam Persatuan Pandu Puteri. Manalah tahu, lagi 10 tahun saya akan menjadi Pesuruhjaya...hahahhaha....mimpi.



Seminar ini akan diadakan selama 3 hari bermula pada 15 Mac 2012 dan 17 Mac 2012.

Semoga seminar ini memberikan banyak input yang dapat digunakan kelak. Saya sangat gembira dapat bertemu dengan pemimpin muda dari pelbagai negeri bagi berkongsi pengalaman bersama.


"Everyone thinks of changing the world, but no one thinks of changing himself"


Salam

0 comments:

Post a Comment


up