Waran Pandu Puteri

Assalammualaikum wbt
Muktahir ini saya sangat sibuk membuat persiapan bagi menghadapi Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-23 yang akan diadakan pada 31 Mac 2012.
Saya merupakan setiausaha dan sudah tentu Buku Laporan merupakan perkara yang penting semasa mesyuarat tersebut. Alhamdulillah hasil kerjasama daripada pelbagai pihak, saya sudah menyiapkan buku tersebut dan menanti untuk semakan terakhir oleh YDP, NYDP dan para pentadbir.


Jika tidak salah, sekarang sedang dijalankan Kursus Waran Peringkat Petaling di BTPN Shah Alam. Guru-guru Pandu Puteri dari seluruh Petaling akan diberikan kursus dan pendedahan tentang kemahiran yang diperlukan sebagai seorang Guru Pemimpin Pandu Puteri. Kemudian mereka perlu menyediakan sebuah buku log untuk dinilai seterusnya diberikan lencana pelantikan dan waran.

Waran merupakan kad kuasa yang membenarkan guru pemimpin untuk menandatangani buku ujian ahli Pandu Puteri. Jika sesebuah pasukan itu tidak mempunyai guru yang mempunyai waran, sekolah perlu menjemput guru berwaran dari sekolah lain untuk datang dan menjalankan ujian seterusnya menandatangani buku ujian pelajar.

Tidak sukar untuk mendapatkan waran.
Selamat berjaya kepada semua guru Pandu Puteri yang akan berkursus.



1 comments:

Food Monster said...

Assalammualaikum puan, saya ingin bertanya. Bagaimana jika kad waran ini hilang? Bagaimana cara utk buat permohonan kad waran baharu?

Post a Comment


up