Poskad Year of Festivals Siri 1/2015

Setiap tahun, Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia akan mengeluarkan poskad khas bagi mempromosikan Malaysia di mata dunia.

Saya yakin kebanyakkan Malaysian Postcrosser amat mendahagakan bekalan poskad Malaysia yang cantik-cantik.
Malaysian Postcrosser merupakan agen kecil pelancongan yang menghantar segala poskad Malaysia ke seluruh dunia.

Kami gembira apabila Kementerian Pelancongan dapat mengeluarkan poskad-poskad yang lain dari yang lain pada setiap tahun.
Paling menggembirakan apabila satu persatu permohonan Malaysian Postcrosser diluluskan bagi mendapatkan bekalan poskad. Terima kasih Kementerian Pelancongan.

Pada tahun ini, 2015, (sepatutnya review dilakukan pada awal tahun) Kementerian Pelancongan telah mengeluarkan poskad ilustrasi bagi setiap negeri di Malaysia.
Sekali lagi, saiz yang dihasilkan bukan standard.
 Poskad ini bersaiz 20.7 cm x 12.1 cm.

Poskad-poskad ini menggunakan khidmat Chin Kon Yin, yang merupakan seorang pelukis. Beliau telah menghasilkan beberapa buat buku sketchbook yang boleh didapati di kedai-kedai buku besar di Malaysia.
















Poskad-poskad di atas dibukukan dalam 3 buah buku poskad yang mengandungi 5 helai poskad.
Setiap poskad perlu diceraikan.
Kalau nak nampak kemas gunting sikit kesan ceraian di poskad.


Pada saya, poskad-poskad pada tahun ini sangat cantik. Syabas Kementerian Pelancongan. 

Buku poskad ini boleh didapati secara percuma di Pusat Informasi Pelancongan Malaysia berdekatan anda.
Ianya bergantung kepada stok.

Ucapan terima kasih ditujukan kepada En Abuz Zayn atas pemberian poskad-poskad di atas.
Semoga Allah swt sahaja yang membalasnya.

Sekian


0 comments:

Post a Comment


up