Poskad GF Malaysia

Poskad GF atau Greetings from direka oleh salah seorang postcrosser di Postcrossing.com, Ewa.

Setakat hari ini, Ewa telah menghasilkan 60 keping GF.
Poskad GF ini menjadi kegilaan bagi pengumpul-pengumpul GF dan kebanyakkan pengumpul GF hanya menukar GF dengan poskad GF yang lain dari negara tertentu.
Cabaran bagi pengumpul GF ialah mendapatkan GF dari negara yang mempunyai pengumpul poskad yang bilangannya sedikit atau dianggap rare  seperti Barbados
Malaysia dianggap bukan rare



Poskad ini hanya boleh dibeli melalui   Postallove
Terdapat Malaysian Postcrosser yang membeli secara pukal bagi meringankan kos penghantaran yang mahal.
Tidak pelik jika sekeping poskad dijual dengan harga RM3.50.

Poskad GF ini juga telah menjadi inspirasi kepada pencipta poskad yang lain bagi menghasilkan poskad yang seakan-akan poskad GF.

Poskad GF yang tidak rasmi pernah dibincang dan diperdebatkan secara hangat di FB Group Postcrossing dan setiap postcrosser mempunyai pandangan masing-masing tentang hal ini.

Saya juga turut mengumpul poskad GF. Menerima poskad GF adalah rezeki dalam koleksi. Saya tidak beriya-iya dalam melengkapkan 60 keping poskad GF. 
Saya telah mempunyai 25 keping poskad GF dari negara:
Australia
Austria
Belarus
Belgium
Canada
China
Czech Republic
Finland
Germany
Hong Kong
Hungary
Indonesia
Italy
Malaysia 
Netherlands
New Zealand
Philippines
Poland 
Poland (Masuria)
Poland (Mt Tarta)
Russia
Singapore
Slovenia
Switzerland
Thailand
United Kingdom
USA


Sekian

0 comments:

Post a Comment


up