Postcard by Emila Yusof


Assalammualaikum wbt,
Pada minggu lepas telah diadakan Festival Sastera Kanak-Kanak 2015 di Dataran Underground, Dataran Merdeka Kuala Lumpur.

Selepas ke Pejabat Pos Besar Kuala Lumpur bagi memdapatkan cop hari pertama Minggu Setem 2015, saya terus ke Dataran Underground bagi mencari Emila Yusof.

Emila Yusof merupakan seorang Illustrator dan penulis buku kanak-kanak. Untuk mengenali beliau, boleh layari ke laman sesawang beliau Emilatopia.
Anda juga boleh follow Emila Yusof di instagram.
Anak buah saya pun suka baca buku besar beliu, Di mana ibu saya?
Saya juga pernah melihat iklan Hush Puppies yang menggunakan khidmat Emila Yusof.

Saya gembira dapat bertemu sendiri dengan Emila Yusof dan membeli poskad beliau yang tidak boleh dibeli secara online.

Jom lihat poskad beliau. Sangat comel.
Poskad ini dibeli dengan harga RM25 bagi satu set yang mengandungi 10 keping poskad.

A Girl and Pigeons
Emma
Rabbit Girl
I Dream of Trees
Sleeping in the Garden
Dream of Paperboats
A Girl and A Cat
Koala Girl
Suraya
Playing in the Garden

Comel-comel kan?

 Belakang poskad yang telah ditanda tangan.
Sedang menurunkan tanda tangan di setiap helaian poskad =D

Terima kasih kak Emila sanggup turunkan tanda tangan di setiap poskad yang dibeli oleh saya. 


0 comments:

Post a Comment


up