Program Jelajah Sekolah Ain Maisarah

Assalammualaikum wbt.
Subuh tadi saya bangun awal. Teringat tentang Program jelajah Sekolah Ain Maisarah. Tahun lepas saya pernah menjemput beliau untuk ke sekolah saya namun beliau mempunyai jadual yang padat!
Tahun ini sekali lagi saya cuba mengantar mel ke pihak beliau bertanyakan tentang program ini sama ada masih berjalan atau tidak.
Alhamdulillah mel saya berbalas, dan pada 26 Julai 2011 Ain Maisarah dapat datang ke sekolah saya untuk berucap selama 15 minit di tapak perhimpunan dan mengadakan bengkel untuk 30 orang pelajar.
Gembiranya apabila mendengar berita ini.
Ain maisarah merupakan penulis yang diminati kebanyakkan pelajar Melayu di sekolah saya.
Buku-buku beliau sangat lucu.
beliau telah banyak menerbitkan buku di bawah Syarikat PTS Publications dan kebanyakkan buku beliau mendapat sambutan hangat di kalangan pelajar dan ada juga yang dicuri oleh pelajar tanpa disedari.

Sumber: Google

Berikut merupakan antara buku yang ditulis oleh beliau:

Impiana 1/ Impianan 2/ Impiana 3/Impiana Final/ Aku mahu ke New York 1/ Aku mahu ke New York 2/ Aku Mahu Popular/ Aku mahu Saiz S/ Aku Mahu Buli/ Aku Mahu Superbibik/ Projek Diet Ain Maisarah/ Projek Fesyen Ain Maisarah/ Tak Bisa Mencintaimu/ Cinderellah vs Rapunzellah/ Sekolah Sri Bangsar

Jom tengok blog pink Ain Maisarah
http://ainmaisarah.blogspot.com/

Judul bukunya sangat menarik.
Semoga Pengetua meluluskan Program jelajah Ain Maisarah!
Amin

Mengecat Kata-kata Hikmah di PSS

Assalammualaikum wbt.
Alhamdulillah saya masih mampu berjalan dan bernafas seperti biasa.
Terima kasih kepada Allah swt.
Walaupun malam tadi saya sibuk menyiapkan Kertas Kerja PSS dan laporan Perkhemahan, namun saya masih boleh bekerja seperti biasa.

Hari ini saya merancang untuk mengecat Pusat Sumber dengan bantuan Pengawas Pusat Sumber.
Terima kasih diucapkan kepada Nurashikin Haron, Syamimi Fauzi dan Geraldine kerana sanggup balik lewat bagi membantu saya mengecat kata-kata hikmah ini.
Terima kasih tak terhingga terutamanya ditujukan kepada Nurashikin kerana mempelajari kemahiran mengecat dengan cepat dan kebanyakkan kerja mengecat dilakukan oleh beliau.
Saya banyak melakar kata-kata hikmah dan kemudian dicat olehnya.
Terima kasih Nurashikin.

Shikin sedang mengecat kata-kata hikmah

hasil selepas dicat dengan kata-kata hikmah

Kini Pusat Sumber telah dipenuhi dengan kata-kata hikmah.
Kata-kata hikmah yang dipilih sendiri oleh saya yang diharap dapat memberi sedikit impak kepada pelajar tiap kali membacanya.

Nurashikin dan Syamimi mengecat perkataan hello dalam pelbagai bahasa.

Masih terdapat ruang yang belum dilakar dengan kata-kata hikmah. Mungkin akan bersambung besok.
Semoga masih mempunyai tenaga pada hari esok.
Kesian pula mereka berdua, tiap kali diambil gambar, hanya belakang sahaja yang terlihat.
Budak-budak yang rajin perlu didedahkan mukanya supaya semua boleh mendapatkan khidmat bantuan mereka.

Nurashikin Haron ( Diambil dari facebook)

Nurul Ain Syamimi Fauzi (diambil dari Facebook)

Semoga bertemu lagi.

Perancangan Minggu PSS


Assalammaulaikum wbt,
Sudah tiba masanya untuk menjalankan Minggu Pusat Sumber.
25 Julai - 29 Julai merupakan Minggu Pusat Sumber.
Beberapa aktiviti telah dirancang bagi mencapai objektif yang telah ditetapkan.
Bagi saya objektif utama ialah meningkatkan jumlah pelajar datang ke Pusat Sumber bagi menyertai semua aktiviti yang telah dijalankan.
Isnin (25 Julai 2011)
Pelatikan Pengawas PSS/ Perasmian Minggu PSS/ Bacathon 1 bulan/ Bengkel Pengurusan Pusat Sumber/ Pertandingan Menulis Esei BM & BI/ Ulat Buku: Pelajar menyambung menulis cerita di Papan Kenyataan di PSS/ Meneka Jumlah Buku di dalam kotak semasa rehat

Selasa (26 Julai 2011)
Kuiz Spontan semasa perhimpunan pagi/Pameran Buku di Dewan/ Bengkel menulis cerpen bersama salah seorang penulis skrip Drama Nur Kasih/Pertandingan Scrabble

Rabu (27 Julai 2011)
Kuiz Spontan semasa perhimpunan pagi/ Pameran Buku di Dewan/Kempen Keahlian Perpustakaan Komuniti Petaling Jaya/ Permainan Kim semasa rehat: Permainan mengingati judul bagi 10 buah buku dalam masa 5 minit

Khamis (28 Julai 2011)
Pameran Buku di Dewan/ lawatan pengawas PSS ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Shah Alam/Pertandingan Mereka Tajuk Cerpen

Jumaat (29 Julai 2011)
Teka berat buku semasa rehat

Isnin (1 Ogos 2011)
Cabutan bertuah bagi pengunjung PSS semasa Minggu PSS/ Penyampaian Hadiah
Semoga semua aktiviti yang dirancang mendapat sambutan daripada pelajar-pelajar.
Ya Allah, semoga Engkau memudahkan segala-galanya.
Hanya Engkau tempatku berharap.

Wasalam

Perkhemahan & Bengkel Pertolongan Cemas Pandu puteri & Pengakap

Assalammualaikum wbt,
Pada Jumaat yang lepas, 8 Julai 2011 telah diadakan perkhemahan untuk Pandu Puteri.Perancangan bagi perkhemahan telah dilakukan lebih awal tetapi tiada Sabtu yang syahdu yang boleh digunakan oleh kerana sekolah ganti dan LADAP.
Maka oleh itu, saya telah membuat kertas kerja bagi mengadakan perkhemahan dan bengkel pertolongan cemas pada 8-9 Julai 2011.

Pengakap & Pandu Puteri

Tidak semua Pandu dapat mengikuti perkhemahan. Saya dan Pn Jasmine (Guru Penasihat Pandu Puteri) telah memberikan pelajar pilihan sama ada mahu bermalam atau tidak. Bagi yang bermalam, mereka akan menjalankan Ujian Menyalakan Api yang merupakan salah satu ujian sebelum Pra-Pelantikan sebagai Pandu Puteri.

Bersama-sama Pandu Puteri

Ujian Menyalakan Api memerlukan pelajar menyalakan api dengan hanya menggunakan 2 batang mancis dan memasak sekurang-kurangnya 1 biji telur atau mendidihkan air.

Ujian Menyalakan Api

Kemudian operasi memasangkan khemah. Khemah yang diperolehi sangat mudah untuk dipasang.

Pelajar yang memasang khemah

Ujian Ikatan

Keesokkan paginya Pandu Puteri melakukan Ujian Ikatan dan Ujian-ujian lain sebelum dilantik.Kemudian diadakan Bengkel Pertolongan Cemas yang dihadiri oleh 24 orang Pengakap dan 9 orang Pandu Puteri. Pelajar yang menghadiri bengkel ini akan melayakkan mereka mendapatkan lencana Pertolongan Cemas.

Bengkel Pertolongan Cemas

Kemudian, selepas makan tengah hari, dilakukan Pelantikan bagi Pandu Puteri yang telah lulus dan melayakkan mereka menduduki Ujian Kelas Dua pula.

Upacara Menaikkan Bendera

Pelantikan

Pelajar yang berjaya dilantik

Tahniah kepada semua yang berjaya dilantik.
Semoga kamu menjadi ahli Pandu Puteri yang setia
"Selalu Sedia"

up