Cabaran Hari Graduasi Kali Pertama

Assalammualaikum wbt,
Tinggal 12 hari lagi sebelum menjelang Hari Graduasi  Kali Pertama.
Memandangkan ianya kali pertama, sememangnya banyak cabaran yang perlu saya serta pasukan saya tempuhi. Ditambah pula dengan kesibukan pasukan yang sedang menduduki Ujian Pra SPM.
Alhamdulillah beberapa perkara telah diselesaikan.
 Bersyukur kepada Allah swt kerana memudahkan segala urusan. Saya ada Allah swt yang tahu akan kesungguhan hati ini.

Para Graduan

Hari Graduasi Kali Pertama ini menerima beberapa tajaan seperti tajaan kos membuat kad jemputan, kos upah juru gambar, kos membuat buku graduasi dan kos membuat bena.
Tajaan barangan pula diterima daripada KLMUC, Asas Teguh Sdn Bhd dan Dutch Lady.
Penat kerana perlu ke sana ke sini untuk menyelesaikan beberapa perkara. 
Menempah makanan, meninjau tempat majlis akan berlangsung dan menguruskan jubah pelajar. 
Salah faham telah tercetus tanpa saya sedari. 
Namun ini merupakan perkara biasa. Semasa menjalankan tugas sememangnya "salah faham dalam komunikasi" sentiasa berlaku. 

Sedang berdiskusi dengan sebahagian pasukan! Hehehehe...

Walaupun terdapat mata yang memandang rendah tentang keberjayaan majlis ini.
walaupun terdapat mulut yang mengatakan bayaran bagi harga sebuah buku rujukan lebih berfaedah daripada bayaran bagi setiap pelajar untuk majlis ini, 
saya harus bersedia dengan kritikan yang bakal diterima semasa atau selepas majlis berlangsung.
"Kali Pertama" ini akan dijadikan batu ukuran untuk kali yang seterusnya.
Kali pertama akan terdapat cacat celanya.
Seakan-akan M-16 sedang ditujukan kepada saya dan bersedia untuk menaburkan pelurunya.
Tidak semua manusia mampu menilai manusia yang lain dengan kebaikannya, mereka lebih mudah menilai kekurangan manusia yang lain.

Saya berdoa supaya
 majlis ini dapat meningkatkan motivasi pelajar,
Semoga majlis ini dapat meninggalkan kenangan kepada pelajar sebelum menamatkan persekolahan.
Semoga majlis ini akan berjalan dengan lancarnya.

p/s: terima kasih kepada rakan-rakan dan pelajar yang percaya akan diri ini =)

0 comments:

Post a Comment


up