Breadties

Assalammualaikum wbt,

Semalam En. Suami belanja makan di breadties yang terletak di Taman Melawati.

Suami ada membeli kupon dari Milk A Deal dengan harga yang murah.



Di sini, anda boleh makan sebanyak mana roti yang ada. Buffet roti yang sedap!

Supnya juga sedap. Paling penting pekerjanya yang mesra.

Sekali- sekala makan sarapan ala-ala barat sedap juga.


Meja kayu


Boleh ambil seberapa banyak roti yang ada


Hiasan Dalaman


Percuma Macaroon


Si Isteri yang gembira



Bersarapan buffet roti yang pelbagai dan menyelerakan. Ditambah pula dengan hiasan dalaman restoran yang ringkas dan menarik. Lebih nikmat apabila bersarapan sambil membaca Dewan Masyarakat


tangan kiri majalah, tangan kanan makanan


.


Harga sebenar buffet roti ini ialah RM27.80.
Kalau nak cuba sekali apa salahnya. Tidak rugi.
Pastikan anda betul-betul lapar baru dikatakan tidak rugi.

Jom lawat laman sesawang Breadties

Published with Blogger-droid v2.0.1

Rancangan Mengisi Cuti

Assalammualaikum wbt.

Bersyukur kepada Allah swt atas segala rezeki yang diberikan sehingga saya masih bernafas hingga hari ini.

Pagi ini selepas selesai membantu En. Suami menguruskan hal sekolah, kami ke Shah Alam.

kami merancang untuk mengisi cuti kami dengan aktiviti yang berfaedah dan berguna memandangkan Allah swt memberikan kami rezeki pada tahun ini iaitu kami tidak perlu menjaga SPM.

Kami telah bersedia dengan lebih awal kerana kami tahu bahawa tahun ini merupakan giliran kami untuk menjaga SPM atau STPM. Alhamdulillah sehingga hari sebelum SPM dan STPM, nama kami tidak dinaikkan untuk menjaga peperiksaan tersebut.

Allah s.w.t Maha Mengetahui.

Kami sangat berharap ini akan lebih mendekatkan kami dengan Yang Maha Esa.

Kami ke Yayasan Restu di Taman Seni Islam untuk mendaftar kelas yang dianjurkan.

Kelas yang dianjurkan adalah percuma.



Kami memilih untuk mengikuti Kelas Pengajian Secara Talaqqi Bersanad Muttasil Hingga Rasulullah s.a.w dan kelas Pembelajaran Asas Pemahaman dan Tafsir Al-Quran.

Rasa tidak sabar mahu menghadiri kelas pertama.



Saya turut membawa En. Suami ke Muzium Al-Quran yang juga terletak di sini.



Cuti ini, saya dan suami mengisi masa kami dengan kelas-kelas agama dan ilmu. En. Suami juga menggalakkan saya membaca Tafsir Mubin semasa cuti ini. InsyaAllah, saya akan cuba membacanya setiap hari dengan sasaran 2 muka sura. Percutian pula, kami akan ke Phuket dan Krabi selama 4 hari menaiki Star Cruises. Sekejap sahaja. Hahhahahah...cukuplahkan...asyik jalan-jalan bila masa nak kumpul duit? betul tak?

Bagaimana anda mengisi masa anda?

Published with Blogger-droid v2.0.1

Tara

Gelagat Taraku sayang

Selamat Malam


Published with Blogger-droid v2.0.1

Trio

Trio nak tidur, tapi mandi dulu


Tukar tempatlah....tinggi sikit


Mandi dulu, baru tidur...


Gelagat Trio kucingku sayang.

Selamat malam..


Published with Blogger-droid v2.0.1

Beli-Belah Buku

Assalammualaikum wbt,
Semalam saya , suami dan ayah mertua ke Galeri Ilmu DBP milik Dawama Sdn Bhd yang terletak di AU3 Keramat.
Dawama Sdn Bhd merupakan syarikat konsesi dan pengedar DBP yang sedang mengalami masalah kewangan dan dikatakan mempunyai masa depan yang agak samar dan gelap.
Pada 1 Ogos 2011, Dawama Sdn bhd telah memberikan cuti tanpa gaji kepada hampir 400 orang pekerjanya akibat krisis kewangan yang dihadapi mereka.


Oleh itu, Dawama Sdn Berhad telah membuat jualan buku terbitan DBP di :
Kompleks Dawama Lot 1037
Jalan AU3/1, Hulu Kelang
Kuala Lumpur.

Berikut merupakan diskaun yang diberikan untuk buku-buku di galeri berkenaan:


Diskaun diberikan berdasarkan tahun penerbitannya. Semakin lama, semakin murah harganya.

Terdapat pelbagai buku yang dijual. Ilmiah, agama, novel, Ensiklopedia dan lain-lain.


Diskaun untuk Tafsir Mubin Jilid 1-6: 60%
Harga sebelum diskaun RM600
Selepas diskaun RM240

Siri Tokoh-Tokoh Islam. Macam-macam tokoh Islam ada. Hampir ada 40 siri.
1 buah RM10 - 60% = RM4

Buku Faisal Tehrani RM25-60% = RM10.00

Pelbagai majalah dijual dengan harga serendah 10 sen sahaja. Terdapat majalah Kosmik, Dewan Ekonomi, Dewan siswa, Dewan Pelajar, Dewan Masyarakat dan pelbagai lagi.


Sedih melihat pekerja-pekerja Dawama yang bakal diberhentikan.
Secara logiknya Dawama merupakan syarikat yang menerbitkan buku teks sekolah rendah, menengah dan pelbagai jenis buku ilmiah yang lain.
Entah apa yang menyebabkan syarikat ini bakal ditutup.

Berikut buku yang dibeli oleh saya dan tidak termasuk buku-buku encik Suami.


Buku yang dibeli:

Inilah dikatakan kepuasan membeli belah buku!

Tafsir Mubin Jilid 1-6( Set) RM600-60% = RM240
Al-Fawaid Al-Bahiyyah Fi Al-Ahadith Al-Nabawiyyah RM50-60% = RM20
Biografi Tokoh Dakwah: Al-Syahid Hassan al-Banna RM35-50% = RM17.50
Mei 1969 di Kuala Lumpur RM16-50% = RM8
Novel Cinta Al-Hambra RM17-60% = RM6.80
Novel Bedar Sukma Bisu oleh Faisal tehrani RM25 - 60% = RM10.00
Novel Panggil Aku Melaju oleh Rahmat Haroun Hashim = RM30 - 60% = RM12.00
Khabar dari Sydney RM8-70% =RM2.40
Nahu Melayu Mutakhir Edisi Kelima RM40 - 60% = RM16.00
kamus Dwibahasa Edisi kedua RM60-70% = RM18.00
Kamus Istimewa Peribahasa Melayu RM12-50% = RM6
Tujuh Keajaiban Dunia Moden RM16-70% = RM4.80
Tujuh Keajaiban Dunia Semula Jadi RM16 -60% = RM6.40
Tujuh Keajaiban Dunia Pertengahan RM16 - 70% = RM4.80
Al-Kindi Tokoh Muzik Arab RM10-60% = RM4.00
Ar-Razi perintis perubatan Moden RM10-60% =RM4
At-Tusi pengasas Ilmu Trigonometri RM10-60% =RM4
Al-Antaki Ahli Farmasi RM10-60% = RM4
Al-Kashi Perintis Ilmu pecahan Rm10-60% =RM4
Ibn Khaldun Ahli Sosiologi RM10-60% = RM4
Al-farabi Ahli falsafah islam RM10-60% =RM4
Ibnu'l-Haitham Pakar Optometris RM10-60%=RM4
Ibn Malaka Tokoh Ilmu Kinetik RM10-60%=RM4
Az-Zatnuji Tokoh Pendidikan dan Pedagogi RM10-60% = RM4
Thabit bin Qurrah Perintis Ilmu kalkulus RM10-60%=RM4

Kucingku Sayang

Ada 8 ekor tapi susah nak tangkap semua sekali


Published with Blogger-droid v2.0.1

Galeri Bandaraya Kuala Lumpur

Assalammualaikum wbt


Galeri Bandaraya Kuala Lumpur atau dalam Bahasa Inggeris Kuala Lumpur City Gallery yang terletak berhampiran dengan Dataran Merdeka sebuah lagi tempat tarikan pelancong di Kuala Lumpur yang mempamerkan sejarah Bandaraya Kuala Lumpur beserta model replika 3D.


Nama-nama Jalan lama di Kuala Lumpur



Replika 3D Central Market


Terdapat Model Diaroma Bandaraya Kuala Lumpur yang direka khas oleh ARCH dengan menggunakan kayu membuatkan saya kaget serta kagum.

Diaroma Dataran mMerdeka dan sekitarnya

Namun apa yang mengecewakan ialah tempat khas ini hanya memaparkan sejarah Kuala Lumpur dalam Bahasa Inggeris. Tiada terjemahan Bahasa Melayu.

Replika 3D Masjid Jamek


Adakah Bahasa Melayu tiada tempat untuk mencatatkan sejarah Kuala Lumpur?
Adakah tempat ini khas untuk pelancong asing sahaja?
Dimanakah slogan 'Bahasa Jiwa Bangsa' yang sering diungkapkan?
Sungguh sedih.

Pandang atas nampak lampu ini

Bukan saya tidak tahu membaca dalam Bahasa Inggeris, tetapi saya sedih apabila Bahasa Bangsa saya ini tidak mendapat tempat di negara sendiri.
Marilah kita melihat laman sesawang Galeri Bandaraya Kuala Lumpur yang juga dalam Bahasa Inggeris.

Model 3D Big Ben

Sudah mahu keluar

Cenderahati untuk diri sendiri. Magnet fridge RM9

Bertukar kepada yang lebih kacak

Ucapkan selamat tinggal kepada Sony Ericsson Satio yang hanya berjasa kepada saya selama 8 bulan sahaja.
Sangat leceh dengan telefon ini kerana baterinya yang cepat habis dan bila sedang bercakap di telefon selalu tertekan on hold. uhhh... tidak tahan.

Terima kasih atas jasa-jasa Satio selama ini yang menyebabkan suami marah kerana asyik terputus talian, sentiasa cepat habis bateri sehingga semua orang marah kepada saya kerana mereka ingatkan saya sengaja menutup telefon.



Kini, saya terpaksa menukar kepada telefon yang baru yang lebih kacak dan bergaya serta fungsinya yang lebih menawan.
Samsung GALAXY Ace



Setakat ini saya sangat bergembira dengan telefon ini.
Dengan menggunakan Android 2.2, saya dapat memuat turun pelbagai aplikasi yang berguna seperti Kitab Sahih Muslim, Quran Android, Belajar tajwid, Kamus, permainan yang banyak dan lain-lain lagi.
Memang teringin mahu membeli i Phone yang menjadi kegilaan ramai, tetapi difikirkan harganya ermmm....takpalah. Dari beli i Phone baik beli laptop.
Mahu beli Blacberry...ermmm...tak minat sebab guna Qwerty.
Nak beli Samsung GALAXY S II, mahal sangatlah pula.
Benda-benda teknologi, gajet-gajet elektronik ni cepat sangat turun harga. Bulan depan mesti dah keluar yang lebih kacak dari telefon saya ini dengan harga yang sama.

Jadi atas nasihat encik Suami yang tercinta, saya memilih Samsung GALAXY Ace.
Marilah usha telefon baru saya ini.

Boleh lihat di www.samsung.com




Semoga Samsung GALAXY Ace ini dapat berjasa pada jangka masa yang lama.
Duit saya sudah habis kerana Encik yang kacak ini.


Putrajaya


Menara Tinjau, Wetland

Menaiki bas yang banyak berjasa


Makanan yang mahal: Nasi goreng ayam RM7.00, Teh ais: RM2.00

Seri Perdana

Diambil oleh Syuhada Haron.

Cikgu yang seronok. Kalau ada lawatan lagi, silalah ajak saya yer Encik Kaunselor.

up