Rancangan Mengisi Cuti

Assalammualaikum wbt.

Bersyukur kepada Allah swt atas segala rezeki yang diberikan sehingga saya masih bernafas hingga hari ini.

Pagi ini selepas selesai membantu En. Suami menguruskan hal sekolah, kami ke Shah Alam.

kami merancang untuk mengisi cuti kami dengan aktiviti yang berfaedah dan berguna memandangkan Allah swt memberikan kami rezeki pada tahun ini iaitu kami tidak perlu menjaga SPM.

Kami telah bersedia dengan lebih awal kerana kami tahu bahawa tahun ini merupakan giliran kami untuk menjaga SPM atau STPM. Alhamdulillah sehingga hari sebelum SPM dan STPM, nama kami tidak dinaikkan untuk menjaga peperiksaan tersebut.

Allah s.w.t Maha Mengetahui.

Kami sangat berharap ini akan lebih mendekatkan kami dengan Yang Maha Esa.

Kami ke Yayasan Restu di Taman Seni Islam untuk mendaftar kelas yang dianjurkan.

Kelas yang dianjurkan adalah percuma.



Kami memilih untuk mengikuti Kelas Pengajian Secara Talaqqi Bersanad Muttasil Hingga Rasulullah s.a.w dan kelas Pembelajaran Asas Pemahaman dan Tafsir Al-Quran.

Rasa tidak sabar mahu menghadiri kelas pertama.



Saya turut membawa En. Suami ke Muzium Al-Quran yang juga terletak di sini.



Cuti ini, saya dan suami mengisi masa kami dengan kelas-kelas agama dan ilmu. En. Suami juga menggalakkan saya membaca Tafsir Mubin semasa cuti ini. InsyaAllah, saya akan cuba membacanya setiap hari dengan sasaran 2 muka sura. Percutian pula, kami akan ke Phuket dan Krabi selama 4 hari menaiki Star Cruises. Sekejap sahaja. Hahhahahah...cukuplahkan...asyik jalan-jalan bila masa nak kumpul duit? betul tak?

Bagaimana anda mengisi masa anda?

Published with Blogger-droid v2.0.1

0 comments:

Post a Comment


up